Clik For Money...TQ

Friday, December 31, 2010

2010 ...

Semua org bercerita mengenai 2010.

  Apa yang dah aku kecapi dalam 2010. rumah yang mampu aku miliki. Terletaknya di Balakong. Seluas 650persegi namun aku bersyukur dengan adanya rumah kecil ku ini. Dah hampir 3 bulan aku duduk rumah tersebut. dingin dan damai ku rasakan. Biarpun kelengkapannya amatlah tiada namun aku bersyukur kerana hasil titik peluhku sudah wujud di hadapanku. Ini adalah aset pertama bagi ku selain tanah di melaka.




Oktober 2010.
  Admitted di Pantai Medical Centre at Ampang. Doktor suspect ada ketumbuhan dalam usus.
  Memang ader pun . So advise from doctor, take soft food.. No meat..No coffee.. No junk food.
  Tang coffee yang tak boleh tahan tu. tapi Tak pe.. caover balik ngan air masak yang bergelen-gelen.
  Itu Dugaan 2010.

  

   April 2010
  Mengenali cik Jamy Aj, amatlah aku syukuri. Banyak perkara yang aku pelajari dari dia terutamanya dalam sesi fotografi. Bukan mudah rupanya nak hamik gambau. Banyak kesabaran dan idea yang perlu dititikberatkan dalam hobi ini.
  Nah itu hobi terbaru ku untuk 2010. Hobi ini bisa membuatkan aku sendiri merasai kepuasan dalam kehidupan tetapi dari sudut yang berbeza. Mungkin kepuasannya lebih dari aku menulis cerpen atau novel.
Bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.


      
   
  Disember 2010.

  Dia sudah berkahwin. Mengenalinya hampir 6 bulan, dan banyak dugaaan yang ditempuhi. Dan tanggal 11-12-2010, dia diijabkabulkan.Menjadi isteri pada si suami..Moga dia berbahagia hendaknya.






Many bad things happened on this year but seriously.. I put all the thing on positive side.
Is better that away.. Don't look back cause it maybe keep remaining all the time.
As my friend said to me. Keep it simple... Move forward. think at positive side.
No need to remember your failure.
Even though you loose your gud friend because of one mistake. Just forgive her/him.
Is ok.. Is life.. Normal life.
That's call life is not easy as u seen on television. 

Kehidupan harus diteruskan..
Besar mana sekalipun ujian yang datang...
Anggaplah ianya seumpama satu warna yang ingin mencorakkan kehidupan kita.
Adakalanya, ia lebih mematangkan diri dari terus bergantung dengan apa yang selalu kita miliki.


So welcome 2011.I'm ready to face new chapter for next year. Insyaallah...



 

The Tourist....

Malam semalam nengok citer ini..
Even kaki sakit, temankan jamy Aj bermain badminton(walhal..Ngan aku sekali terbabit dalam permainan)..
habis badminton, terus ke curve tgk movie.

Cuak gak ler..Sepasang couple kata tempat kami duduk tu tempat dia..
Sekali tgk date, lu punya tuk esok hari dah...


  Sebenarnya apa yang aku nak rumuskan di sini.. Melihat keupayaan Johny Depp berlakon sebagai Frank dan Angelina Jolie sebagai Elise, agak sedikit mengecewakan. Filem yang ku harapkan mempamerkan aksi Johny Depp sangat hambar.
  Tak tahu mana silapnya jalan cerita ini

  Mengisahkan Frank sebagai Tourist(pelancong) melancong ke Paris telah bertemu dengan Elise di dalam keretapi ke Venice.
    Titik permulaan yang baik untuk elise mempergunakan Frank kerana Elise merupakan teman wanita Alexender Pearce yang di kehendaki polis dan ahli kongsi gelap Shawl.
   Terlalu banyak adegan romantis yang ditonjolkan. Namun aku kagum dengan keindahan Venice.
   So nilai sendirilah cerita nie k... Selamat menonton.

  

Thursday, December 30, 2010

Broga Hill Again....


Again..
On 29th December 2010, early in the morning 4 of us going to climb Broga Hills which located at Semenyih nearer Nottingham University.
We start our journey from 5.15 am from Ikram Institute(Azy place) to Semenyih.
6.15am we reached at Rabbit farm along the way to Broga Hills.
Speed it up with stranger, we reach at Broga Hills around 6.45am, and surprisingly is a lot of people up there.
Sekumpulan dari master Skill student dan Sekolah kebangsaan cina dari ampang.
Serious ramai gila..
Tak termasuk 2-4 kumpulan kecil dari budak2 sports dan sekumpulan kecil pelajar perempuan.
Proud with myself coz this is 4th time climbing this hills
Hehehe...

Scenery from Broga, capture by Jamy AJ.. Nice work dude...







Finally..Malaysia Win AFF Suzuki Cup with Aggregate 4-2

Jakarta: Goalkeeper Khairul Fahmi Che Mat saved an early penalty and Safee Sali netted his fifth goal of the tournament as Malaysia claimed the AFF Suzuki Cup title for the first time despite losing 2-1 to Indonesia in the second leg of final at the Gelora Bung Karno Stadium on Wednesday. 

Trailing 3-0 from the first leg, Indonesia squandered an opportunity to cut the deficit when Firman Utina's weak spot kick in the 19th minute was stopped by Khairul. And the home team's hopes of rescuing the match were effectively snuffed out when Safee scored on the break nine minutes into the second half. 

Mohammad Nasuha pulled back a goal with 18 minutes remaining and Muhammad Ridwan scored with a deflected effort two minutes from time to give the home side the win on the night although Malaysia still prevailed 4-2 on aggregate. 

The Malaysians had lost their opening match of the tournament 5-1 to the Indonesians but they claimed the AFF Suzuki Cup by allowing only three goals in their last five games. Meanwhile, the Indonesians were left to rue yet another disappointing end to an AFF Suzuki Cup campaign as they lost in the final for a fourth time. 

Both sides made two changes to their starting line-ups from the first leg. Arif Suyono replaced the suspended Oktovianus Maniani on the left of Indonesia's midfield while striker Irfan Bachdim was brought back in to replace Yongki Aribowo, who was ruled out with a knee injury. 

For Malaysia, right-back Sabre Abu and right midfielder Ashari Samsuddin came in for the suspended Mahalli Jasuli and Amirulhadi Zainal. 

The crowd, which included Indonesian president Susilo Bambang Yudhoyono, had filled every seat in the 85,000-capacity stadium nearly two hours before kick-off, hoping to roar their team on to the quick start that they needed to turn the tie around after their decisive loss in the first leg. 

The home side's first real opportunity arrived in the 17th minute when a long free-kick by Zulkifli Syukur was flicked on by Cristain Gonzales to his strike partner Irfan Bachdim, who stabbed his effort from close range straight at the goalkeeper. 

The Indonesians were presented with a gilt-edged opportunity to take the lead two minutes later when Australian referee Peter Green awarded pointed to the penalty spot after spotting a handball by Malaysian defender Sabre Abu. 

Skipper Firman took responsibility for the penalty but his weak effort was easily saved by Khairul, who dived low to his left. 

The Malaysians were a constant menace on the counter-attack and they nearly got the crucial away goal a minute later when Ashari Samsuddin received a pass from Norshahrul Idlan and went past the challenge of Hamka Hamzah before unleashing a fierce low drive that goalkeeper Markus Harison did well to parry. 

On 25 minutes, a cross from the right by-line by Ridwan took a deflection off Malaysian defender Asraruddin Putra and looped up to the far post to Gonzales, who failed to put his header on target. 

A minute later, a free-kick by Firman found Ridwan and Gonzales unmarked at the far post, but the pair appeared to get in each other's way and Gonzales headed over. 

Two minutes before the break, the ball dropped to Gonzales on the left of the box but his effort from a narrow angle flew well over the crossbar. 

And right before half-time, the Malaysians had another lucky escape when Irfan outjumped Khairul to meet a corner-kick by Firman. The ball looped up and hit the crossbar before Muslim Ahmad headed it clear. 

The Indonesians continued to force the issue after the break but despite dominating play, they were caught on the break in the 54th minute after giving away possession cheaply inside the Malaysian half. 

Zulkifli Syukur's misplaced pass went straight to Ashari and the right-back launched the ball forward to Safee, who outpaced the Indonesian defence before lashing the ball with his left foot into the top left corner of the net for his tournament-leading fifth goal. 

Needing five goals now to win the tie, Indonesia coach Alfred Riedl threw on Bambang Pamungkas and Eka Ramdani to replace Irfan and Firman. 

The Malaysian continued to hold firm but their run of three clean sheets was finally ended in the 72nd minute when Khairul could only parry a shot by Ahmad Bustomi, which allowed Nasuha to put away the rebound, giving the home fans some renewed hope. 

The Indonesian continued to press but could not manage another breakthrough until the 88th minute when Ridwan's shot from the edge of the box took a deflection off Muslim Ahmada on its way past Khairul. 

Bambang had a chance to net a third for the Indonesians in stoppage time but his free-kick was well saved by Khairul as the Malaysians easily hung on to claim the title. 



Welldone guya.. I Luv MALAYSIA and proud to be MALAYSIA...

Tuesday, December 28, 2010

Kisah rumput dan orang yang disayangi...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


                               

***********************

Apa yang ingin kusampaikan di sini, hargai apa yang ada dihadapan kita.
Dia bukanlah sempurna.. Pernah melakukan kesilapan jua.
Maafkan dia.. Kerana mungkin, dialah peneman hidup kita.
Mungkin jualah dia seorang sahabat yang mampu bersusah payah demi kita.
Mungkin di saat kita berbalah dengannya.. Dia jua punyai masalah yang tidak mahu dikongsi bersama.
Kenalkah kita padanya sedalam-dalam yang mungkin..
Mungkin tidak..

Dia tetap manusia biasa.
Apa yang dah berlaku, telah pun terjadi...
Maka, kita sebagai insan atau makhluk yang berakal perlu meneruskan hidup.
Menangislah jika perlu menangis..
Kerana tangisan itu akan membawa kita kepadanya..
Kerana tangisan itu akan menyedarkan kita akan erti sebenar kasih sayang..
Kerana tangisan itu jualah.. Tali pengikat kasih sayang yang sejati.

Bukan mudah untuk menjadikan diri yang terbaik...
Kita jua membuat kesilapan untuk menjadi seorang yang sempurna...
Kita jua kadangkala leka dibuai arus permodenan hingga terlupa padaNYA..
Kita jua.. Hanyalah makhluk seperti makhluk yang lain...

Belajar dari apa yang telah berlaku.
Jangan kerna nila setitik rosak susu sebelanga..
Anda terus menutup pintu hati untuk menjalinkan sirraturrahim..
Islam itu indah...
Tiada cacat celanya..
Jika anda memaafkan kesilapan orang sekeliling..
Hati akan menjadi tenang..
Biar pun disakiti diibarat luka di hiris belati tajam...
Namun, sedarlah... Kita hanya kecil baginNYA.

Sedangkan DIA juga memaafkan kita yang seringkali melakukan dosa yang sama..
Dosa kecil mahupun besar... DIA tidak pernah merungut..
Malah memberi segala yang kita hajati..
Biarpun kita lalai mengingatiNYA..
Dia Maha Pengampun..
Lagi Maha Mengasihani...

Contohi DIA yang sempurna..
Mungkin dengan cara ini..
Hati kita akan menjadi lembut dan mengikuti apa yang telah di praktikan...


Senyum itu membuang duka...maka... Senyumlah wahai ahli2 blog...


Monday, December 27, 2010

I Wish I Can Do that...

Wah...
Early in the morning i woke up coz of 1 interview session with my ex-boss at PAAB.
Fuh... Can't sleep tight last nite. I don know why.. Maybe too nervous for interview session.

Around 9.15am, safely arrive at Multipurpose Capital Square Tower at Jalan Munshi Abdullah.
My heart beat moving quickly. My instinct is not so good for this session. No idea for this.

Go thru the receptionist. Suddenly she came out with some document.
Shit.. Is a test. Adoiyai...
Blur-blur itik tgk soalan selama 10 minit.

Just imagine,how can i drow the planner schedule for certain period to makesure 360 nos 6 meter length pipe laying at site. In mean time,only 6 nos can laying for the construction work daily.
That paper have 10 nos question and i need to finish that test in 30min.

Uwaaaaaa.....
Ini bukannya purchasing. Dah consider,planner + engineer + logistics and contract team nie.
Ya Allah.. Permudahkanlah urusan ku ini.
Then on 10.30am,interview pun bermula.

Kelepuk kelepak kecembom kedeba bom...
11.45 habis.
From 10 question only 7 question is totally rite.
Wah.. Is difficult test for me. Is not easy but..I know is not easy to get the job.
Hopefully, Allah permudahkan segala urusan.

Maybe, is not the rite time for leaving my current company.
Maybe, i need to catch up back for all activities in terms of the material side.
maybe, I need to patience with my boss now.
Hehehe...
Yang Baik dari Allah.. Yang kurang dari IN sendiri..
Pulang interview dengan segala kekusutan, walaupun jawapannya belum diterima.
Hehehe.. Insyaallah.. Rezeki di tempat lain kot.
Hehehehe...

Malaysia vs Indonesia (Final Part 1 Stadium Bukit Jalil)

Serius,
Like watching World cup game last nite.
Unbelievable when Malaysia beat Indonesia with 3-0.
I am salute with Gunalan,Norshahrul and Mohd Safee which is they are very commited and show their effort to make Malaysia lead Indonesia on 62 min for 2nd half time for first goal.


Macam tak caya tengok Apa taknya..Permainan dihentikan 5 minit gara-gara penyokong Malaysia menghalakan pancaran laser ke Markus. Tapi, itu semua alasan lapuk.

Goal kedua dimasukkan oleh Amirulhadi. Leretan kencang darinya dapat mematahkan kecekapan Markus dalam menangkap bola dengan kemas. Markus tertewas pada minit ke 67.
Belum pun reda kebimbangan Markus, Mohd Safee Ali menandukan gol ke tiga pada minit ke 68.
Is totally awesome goal i had been seen that for Malaysia player. Like a Robbie Fowler goal for Liverpool beat Manchester United last time.

 Akhirnya kemarau bola sepak sudah berkahir untuk ini. Moga, FAM akan mencari bakat baru dan tak juga bias dengan apa yang di rencanakan. Malaysia memerlukan pemain muda bukan lagi pemain veteran untuk merealisasikan kemenangan di peringkat Asia mahupun Antarabangsa.

Congratulation for Rajagobal and Malaysian Footbal Team.

Norshahrul di asak oleh 2 pemain Indonesia untuk Gol pertama Malaysia.

Friday, December 24, 2010

Ding Dong...

Ding Dong...

  Semalam dapat email dari Tiffy Assed. Hm.. Terus kol dia tanya khabar.Happy yang aku rasakan.
  Lama tak berjumpa dengan dia.
  Walau suatu ketika dahulu, kami pernah bercuti bersama.
  
  Namun aku sedikit tersentak dengan perkhabaran darinya mengenai seseorang.
  Biarlah ku berikan namanya A.
  Ku kira A bermain dengan ilusiya.
  Apa tidaknya, pasangan yang di war-warkan itu.. Amatlah aku kenali cuma...
  Kami tidak berhubung lagi sejak dia terus melangkah keluar dari hidupku.

 Aku cuma doakan yang baik-baik dalam kehidupannya.
 Cuma aku khuatir kerna.. Dia bermain dengan imaginasinya.
 Tidak mampu untuk menegurnya kerana.. Aku bukanlah sebahagian dari hidupnya lagi...



Petang semalam... Aku,Jamy , K Ema dan anak-anaknya skali meluangkan masa di Tasik Permaisuri Cheras.
memang happening.. Lama betul tak bermain dengan budak2 since aku dah tinggal kat Kajang.
Adik sepupuku lebih gemar menghabiskan masa dengan PS2 so, ngan aku aku skali join game tu ler..

Release ler tension bila bermain begitu... Hehehehe...

Thursday, December 23, 2010

Jangan Jadi Langau...

Tak tahu nk sakap apa..
Setiap penulisanku di salah erti
Setiap kata-kataku dipertikaikan..

Yang aku pelik langau bih banyak dari lauk.
Input sikit tp output dia pelbagai...
Apa yg harus ku sampaikan..
Apa yg harus ku diamkan..
Jika aku berdiam..
Pengecut katanya...

Tapi memang lumrah..
Aku lebih suka mendiamkan diri..
Kerana...
Kebenaran nyata akan kluar jua..
Cuma lambat atau cepat sahaja...
Ntah ler...
Sabar selagi mampu...
Maafkan jelah apa yg patut.

Monday, December 20, 2010

Hidup dan kehidupan....

One Big Happy Family





Cute Boy Muhammad Aleef Haqim

Mintak Izin amik gamba dia..Hehehehe

Kenangan Bersama Penagantin

Monasaziera Mohd Kassim wif her Huby Mohd Redza Sarkhan

    
Adik Pengantin



Sunday, December 19, 2010

Tenang di sana..



Suatu ketika dahulu, aku selalu ke sini...
Betapa damai ciptaan ALLAH di bumi ini...
Tenang..Bagaikan tiada apa yang menghimpit di benakku...


Namun..
Tiada lagi suasana kedamaian yang ku alami...
Memandangkan aku berada di tengah kota..
Hiruk pikuk kenderaan membuatkan aku semak..
Semak dengan godaan duniawi..

Betapa aku cintakan segalanya...
Mungkin.. Allah menguji hamba-hambanya agar kembali kepadaNYA...
Mungkin jua, itu petanda dunia kian uzur..
Ajal menghampiri kita..

Walaubagaimana sekalipun...
Hatiku tetap tenang dengan ketentuanNYA..

Lihatlah alam yang terbentang luas..
Akan ku potretkan segala keindahan mu di mindaku..
Mungkin itu akan menerbit rasa senyumku terhadap keindahan mu..
Mungkin dengan cara itu...
Akan ku anyam puisi-puisi indah khas untukmu...

Friday, December 17, 2010

Cubit Paha Kanan.. Paha Kiri Terasa...








Itu yang berlaku malam semalam...
Meriah sungguh wall aku di FB.
Tipulah aku tak DOWN gara-gara IBNU di tukar kepada IBLIS...
Hina sangatkah nama Ibnu hingga di samakan dengan IBLIS sedangkan...
Org yang menaipnya itu sekadar manusia biasa sahaja...      

Teringat konteks ini dari Entri Langit Ilahi..

"Adakah memaafkan itu menghalalkan perbuatan salah?

Bila kita memaafkan seorang pencuri, apakah kita menghalalkan tindakannya mencuri? Bila kita memaafkan seorang yang menganiayai kita, apakah kita menghalalkan tindakannya menganiayai kita?

Tidak. Perbuatan salah itu tetap salah.
Adakah memaafkan itu bermaksud tidak menegur?
Tidak. Kita tetap menegur.

Beza orang yang memaafkan menegur, dengan orang yang marah-marah menegur,
orang yang memaafkan itu lebih bersih tegurannya.
Dia tidak bersalut emosi yang melampau. Dia menegur memang betul-betul kerana dia faham 
tanggungjawabnya untuk menegur.

Apakah memaafkan ini bermaksud kita tidak boleh marah?
Tidak. Kita boleh marah. Tetapi bagaimanakah marah yang sebenarnya?
Terbina di atas apakah kemarahan kita? Semestinya kita marah pun, mengikut neraca Allah SWT.
Memaafkan adalah untuk kita sebenarnya. Dengan memaafkan, bermakna kita sedang taat kepada Allah SWT. Memaafkan, bermakna kita sedang berusaha menjaga jiwa kita.

Syaitan, menjadikan amarah manusia, sebagai kuda tunggangannya."


Biar pun kalian terasa dengan segala apa yang  dinukilkan didalam FB nya..
Ingatlah.. Maafkan perbuatannya.
Mungkin dia terlalu mentah untuk berfikir di ketika ini.
Mungkin usianya begitu bergetah untuk menguasai amarahnya..
Mungkin jua, dia seorang insan yg lemah seperti kita...


:)

                                    

Thursday, December 16, 2010

Di malukan...






Mungkin ada hikmahnya apabila di malukan dengan segala tohmahan yang tidak berasas.
Salah diri sendiri kerana mengamuk sakan...
Tapi kesalahan tu di salurkan pada pihak tertentu untuk menagih kembali apa yg diingini dari 'cinta hatinya'.
Mudahkan...
Mengapa diri yang tidak bersalah di malukan sebegini rupa walhal...
'Persahabatan' yang terjalin lebih dari 7 tahun begitu mudah di robohkan..
Hanya kerana sebuah 'hubungan' yang tidak pasti arahnya.. Ingin diperteguhkan.

Mana perginya akal dan fikiran..
Yang empunya diri terlalu educated sehingga lupa akan kedudukan sebenar..
Mana perginya maruah diri jika..
Mereka mempamerkan akhlak yang tidak bermoral di kala dunia yang dikecapi begitu mudah...

Ini kali kedua kejadian sebigini berlaku..
Mungkin, Allah memberikan amaran pada hamba-Nya supaya kembali pada landasan sebenar.
Alhamdulillah...

Pada tuan punya page..
Thanks a lot.. Even tho u say I am Iblis..
You are not right person to humiliate me to other people.
Sendiri pun ada bikin salah...
Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya..
Sebab buaya nie masih bersabar lagi...

To 'my frenz'(yeke???)..
Thanks dude..
Apa yang dah jadi mungkin tidak akan berpatah kembali...
Jangan hidup seperti langau...
Susah, mengemis simpati...
Tatkala bahagia terbang mencari cinta...

Ingat satu yang pernah kau ajar dulu...
Musuh,kalau kita balas dengan kebaikan dan doa...
Musuh itu sendiri yang akan malu..
One day, musuh itu jualah yang akan kembali pada ku...

That's your quote man...
So.. Just go with your ASSUMPTION..
I'm not stupid..
But still have a feeling...
What ever it is...
Alhamdulillah di atas kata-kata keji dari partner tu..
I know her better now then ever...

Salam...

Tuesday, December 14, 2010

I'm not upset that you lied to me, I'm upset that from now on I can't believe you...

After all going thru this situation..
I realize something which is.. Is all about me... Myself and..Only me...
Hm...

Is easy to forgive...
But not easy to forget...
Yup.. Selepas apa yang berlaku..
Sememangnya segala kepahitan di semat dalam hati.

Is really hurt..They doesn't care about my feeling..
Appreciation ..Huh.. jarang kot...
"Bayaran" terima kasih... hanya kadangkala kedengaran..

Hendak je di bunuh org yang membuat aku berasa sakit...
Tapi terlupa... Bukan sekejam gila...
But to you..
Thanks a lot ....
Is very 'KIND' thing.. and very 'LOVELY' moment you did..
Thanks a lot...

Bukan robot untuk di hala sana sini..
Bukan lembu nak di cucuk hidung...
Bukannya kereta perlu dipandu ke sana ke mari...

Aku punya hati jua..
Hati yang memiliki perasaan..
Bukannya dituduh-tuduh tanpa asas..

Alhamdulillah..
Bohonglah mana nak bohong...
Perdayalah selagi boleh..
Tapi...
One day, org disekeliling akan tahu jua hakikat sebenar...

Monday, December 13, 2010

Bila Cinta


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa

Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu

Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu

Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Thursday, December 9, 2010

Cuba jadi yang terbaik...

Mungkin..
Terlalu banyak yang telah ku lakukan..
Sehingga aku di duga begini...
Mungkin DIA yang Maha Mengetahui segalaNYA..

Mungkin jua..
Ini adalah amaran dariNYA supaya kembali pada jalanNYA...
Kerana DIA tahu apa yg terdetik di hatiku ini...
Mungkin juga... DIA mahu aku menyanjunginya...
Tanpa membelakangkan asas yang selama ini aku pegang...
Tanpa mencerobohi janji pada arwah ibuku...

Ya... DIA menentu segala...
Menentu segala kehendak yang diinginkan...
Dan aku..Perlu patuh dan tunduk semalu-malu-NYA pada DIA...

YA ALLAH...
Aku malu pada diriMU...
Berilah Kekuatan agar aku senantisa mengingati diriMU..

Pengalaman ini..Akan ku semat semahu-mahunya..
Agar tidak kecundang lagi pada bumi yang tak utuh untuk...
Dijadikan haluan hidup..
Pentas segala kedurjanaan...

Amin...

Wednesday, December 8, 2010

Sangap Mangap

7 Dec 2010. Maal hijrah
Hm... X brapa sihat..
Migraine...
Demam...
Nak taknak bangun gak sebab aktiviti jogging bersama Jamy Aj totally dah lari sebab terbabas tido,gara-gara tido lambat.
Uik..Dah bangun tu,mengemas rumah like cinderella. Tanpa makan dan minum,membasuh baju dan menggosok pakaian yang lama tertangguh. Dalam kul 12.30tghari terus ke umah K cha.
Mula-mula nak isi perut tapi lain pulak jadiknya.
Sampai je umah dia, aku minum air lantas atur langkah ke bilik.
Tarik selimut, aku tido. Badan memang panas tapi sebelum tu aku dah telan ubat.

Sebenarnya.. Terlalu banyak perkara yg aku fikir...
Bohonglah kalau aku bahagia sekarang...

Bohong pada kenyataan yang pudar...

Tak mengapalah..
Ianya satu takdir di mana aku sendiri yang mencorakkannya.
Apa yang perlu ku khuatiri...
Adalah sebagaimana harus ku tempuhi segala galanya tanpa sebarang prasangka..
Mungkin ini yang terbaik untukku...

Semalam jua segala kerinduanku pada Puan noor Idayatie terubat jua...
Sudah 2 bulan aku tidak bertemu dengannya...
Mana tidaknya rindu.. 2 bulan pun jarang-jarang jawab kol..
Hehehehe..Ampun yatie..

Tapi yang peliknya, semalam aku dan Jamy Aj seperti dipukau.
Niat kami ingin bertemu Ana si tenet di LCCT tapi hanya kerna satu panggilan...
Kereta meluncur laju terus ke KLIA.
Punyalah hebat.
AKu hanya memandang Jamy yang agak terluka dengan tindakannya sendiri..
Nak gelak..Takut kena libas.. Diam buat muka toye je lah..
Yang paling bangang tu..On the way gi umah yatie yang terletak di kota warisan...
Boleh pulak memasing tersalah direction direct ke Putrajaya...

Haram jadah tul...
Adieh..Tapi memang memasing lesu dan letih
Sampai umah yatie, terhidangnya jemput-jemput dengan air kopi.
Aku bajet bapak yatie pun tahu yg kami berdua memang lapar gilos...
Habis sepinggan kami makan.Hehehehe.. X leh buat menantu tul..

Sampai umah Bdr Tun Hussin Onn around 10.30pm.. Jamy dah membuto..
Aku pun layan mata sampai tertidor baik punya...
hahahahaha....

Sunday, December 5, 2010

Happy...

Bukan mudah nak buat aku kembali tersenyum tatkala dugaan datang bertalu..
Ya.. Ada hikmahnya biarpun kembali biarpun ia hanya sesaat cuma..
Tidak mungkin aku persiakannya..

Kadangkala Allah menyempitkan kita..
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan...
kadang-kadang Dia melapang kita..
Supaya kita tidak selalu dipagut kesempitan...
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya...
Supaya kita bergantun pada sesuatu selain-NYA..

5 Disember..

Semalam.. Majlis tahlil dan khatan Aiman Fiqri berlangsung di rumah makcik Rodiah.
Alhamdulillah... Syukur jua biarpun tahlil tu berlangsung di rumah lain.
Terkilan juga kurasakan namun, apa yang telah ditakdirkan harus kulalui..
Adakalanya.. Aku gembira bila berkenduri di sana..
Merasakan kenikmatan berkeluarga...

Mungkin, aku akan adakan kenduri di rumah arwah mak pula...
Mungkin jua  dirumah baru ku...
Insyaallah.. Jika ada rezeki, akan aku lakukan...

Rasa happy sebab malam tadi bermimpikan arwah... Lama tak ketemu dengannya...
Rinduku kembali bertaut apabila aku bertemu dengannya...
Ya Allah...Mungkin ini hikmahnya dengan dugaan yang datang bertalu...

Malam tadi jualah, aku meluangkan masa dengan Eqa dan Liza..
Datang ke Majlis CIMB Events... Hm.. Bertemu jua dengan Lina Teoh dan Sheila Majid..
Teruja ke? Hahaha.. Definitely ler...Hahahaha...

Pas tu melepak pula kat Old Town.Pergh...Gao dah lama aku dah minum..
Terubat rasa rindu. Time nie pulak aku teringat Jamy..
Tapi Jamy ada 'acara' tersendiri malam nie..
Maka nak tak nak..Aku pun menikmatinya..

Hari nie...
Yeayyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ikan sambal dowh... Eqa masak..
Nie yang sayang lebih nie...
Giler kentang dah lama aku tak makan ikan sambal..
Masak sendiri lain rencahnya...
Tapi kalau orang masak.. Macam bestkan...
Lamanya tak dibelai manja macam nie...
Hahahaha..
kalau arwah mak ada..Aku order jek...
Especially tomyam dia ngan ikan sambal ler...
Hehehe.. Xpe Xpe... Nanti.. Nak carik plak orang yang pandai makan asam pedas...
Saper plak nak masak kan wei...

Hehehehe..Oklah...Nak makan dah...Weeeeeeeeeeeeeee


CC: Jamy ngan ally- jangan jeles dude...:P

Thursday, December 2, 2010

HANGAT DI PASARAN............

Wah.. Lately nie, rasa macam artist plak..
Yelah.. Kat Office, laku je memanjang...
Asyik meeting sana..Meeting sini...

Yang paling hangat lagi..Ade plak salah memanipulasikan keikhlasan aku berkawan..
Alamak.. Apa dah jadi? Saya mahu berkawan je.. Bukan bercinta...
Ayark!!!!
Nak tak nak.. Ku teruskan jua kehidupan nie...
Cuma.. orang disekeliling menyalah ertikan diriku.
Etika hidupku mula bercelaru.
Apa tidaknya.. terlalu banyak tomahan...

Ya Allah.. Berilah kekuatan pada diriku...
Tapi hakikat sebenar, aku benci di pandang begitu..
Hanya kerna fizikal ku begini tidak bermakna dalaman jua ku begitu..

Manusia terlalu suka memandang di LUARAN dari DALAMAN..
Kerana LUARAN hanya mencerminkan sebahagian dari kehidupan kita lalui secara lahiriahnya..
Namun, Allah dah tentukan perjalanan hidupku begini.
Mungkin ada ketikanya..
Aku akan berubah..
Tanpa desakkan...
Tanpa pengaruh dari orang lain.

Ya..Aku akan berubah dengan keRELAAN ku sendiri...

Wednesday, December 1, 2010

Susah ke??Ade ke?

Kadangkala aku tak faham dengan perangai manusia...
mengapa perlu monitor segala perbuatan aku sedangkan...
Aku yang mengalami segala permasalahan sendiri...
Financial aku, aku yang hadap..
Perlu ke manusia tersebut yg costing kan segala aktiviti-aktiviti aku???
Perlu ke?

Huh... Bukan nak mengungkit tapi...
Siapa yang buat onar dulu..
Yea.. Kalau lah aktiviti aku buatkan manusia tersebut..Merasa beban..
Eh..please lah.. Aku tak kacau hidup sesapa k.
Bertatih sendiri.. jatuh dan bangun dah menjadi lumrah hidupku..
Bak kata bapak aku...
Biarkan orang menghina di atas kemiskinan kita yang diluaran
Tapi...Ilmu tu perlulah kaya. Biarlah orang meNILAI dari segi peMAKAIAN...
Tapi hati kita DINILAI dari aspek kehidupan..
SUSAH dulu...SENANG kemudian...