Clik For Money...TQ

Tuesday, October 26, 2010

Menyesal... Part 1

Mana mungkin aku melupakan perbuatannya...
Mana mungkin dapat aku memaafkannya...
Mana mungkin aku melupakan akan kesakitannya...
Mana mungkin...

5 tahun aku mengenalinya.. Sgt penyayang.. Manja...Setia...
Hm.. Dia sahabat aku... Org yag pernah membimbing aku ketika terduduk..
Org yg sentiasa menyokong segala akitiviti ku...
Org yg sentiasa memberi tumpuan kepada aku...

Cuma.. Tahun ke 5 tersebut..kerana keinginannya bermain futsal...
Ku bawa jua ke Pan Global..
Ku harap..Aktiviti ini memberikan dia ketenangan...
Betapa dia sangat gembira untuk menendang bola...
Berlari dengan penuh kesungguhan...

Tersenyum ku melihatnya....
Ya.. Salah aku..Dengan kehadiran org ketiga, kami jauh terpisah....
Mana mungkin dapat ku lupakan lirik matanya ketika memandang sahabatku...
Mana mungkin dapat ku lupakan tawa senda mereka bersama..
Mana mungkin jua dapat ku lupakan betapa bahagianya dia bersama teman baru...

Tatkala itu.. Kesal yang ku rasakan..kerana tanpa sedar..
Mereka menjalinkan cinta di belakangku...
Hancurnya hatiku ini tak terkata...
Lantas keputusan ku lakukan...
Ku tinggalkannya tanpa kerelaanku...

Dan kini... KEKESALAN yang mampuku katakan..
Kerna... Sehingga kini, aku masih mengenangkannya...

" Terkadang ku menyesal...
Mengapa ku kenalkan dia padamu......"

Menyesal by Ressa Herlambang

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski di hati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia...

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu..

Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang aku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu...

Thursday, October 14, 2010

Lepaskan....

Hehehehe...

Itulah hakikatnya...
Baru-baru ini aku diuji dengan beberapa siri kurang menyenangkan...
Especially mengenai dengan kesihatanku.
Tapi yang aku musykilkan...
Tiap kali aku kurang sihat.. Aku akan bermimpikannya..
Bukan sekali dua...
Tapi mimpi yang agak sama nadanya...

Terkenangkah aku akannya...
Mimpi itu sebagai petanda bahawa dia sudah gembira dengan hidupnya yang baru...
Atau..
Aku sendiri tidak boleh melupakannya...

 Bangun sahaja dari tidur...
Air mataku berlinang...
Ya aku tahu dia sedang gembira...
Ya aku nampak garis kegembiraan di riak wajahnya..
Ya dalam mimpi itu...
Dia merayu kepadaku agar dilepaskan dirinnya seikhlas hatiku...

Aku nampak akan kesuraman wajahnya ketika merayu padaku...
Baiklah...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih serta Pengampun..
Aku lepaskanmu wahai ..... Dengan tenangnya.. Agar kau gembira bersama si dia.
Ku mohon agar ketenangan di dada dan benakku menjelma kembali..
Agar dapat ku jalani kehidupanku seperti sediakala..
Sebelum kehadiranmu dalam hidupku....

Ya Allah..Berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya..
Berikanlah aku jua kekuatan untuk menjalani hidup tanpanya...
Agar aku kuat dan tabah untuk menempuhnya..
Amin...

Tuesday, October 12, 2010

Kain Lap....

Fuh!!!
Susah nak jadik ahli kaunselor...
Patutlah kat mesia nie, ahli kaunselor sendiri biol...
Namun, bila mendengar tu.. Banyak gak aku boleh blajar...
Matang gak dengan masalah yang bertimpa-timpa....

Tapi..
Ada juga yang jadik kan aku seperti kain lap...
Susah juga kan.. Bukan tak ikhlas cuma..kapasiti ku kekadang tu penuh.
Ada juga yg mengklasifikasikan bahawa aku senang untuk dipergunakan.
Tapi...
Aku sendiri tidak pasti..
Siapa aku sebenarnya...
Sehinggakan aku dikatakan mempunyai pelbagai karektor.
Aku sendiri tidak pasti...

Bila sebut kain lap..
Memang.. Aku juga merasainya..
Bila perlu.. mereke menggunakan aku untuk meluahkan masalah...
Bila tidak perlu...Mereka meninggalkan aku sahaja..
Namun, ikhlas untuk aku membantu...

Kini..
biarpun aku sebagai kain lap..
Aku bermohon agar kain ini, sememangnya berguna untuk semua org...
Tapi ..Aku membantu setakat yang termampu sahaja lah...



Hehehehe...

Thursday, October 7, 2010

Pertanyaan

Ko naper beb?

Erk..Nape ngan aku...

Serabut jek.. Tak sihat ke... Mana ko menghilang 2-3 hari nie...

X sihat jek. Serabut sgt ke aku?


Hm... Bukan serabut...Kalau berjambang, dah nampak dah jambang ko tu...
Problem ke?

Sekadar membalas senyuman.

Baru seminggu tidak ku bertemu dengan rakan-rakan sepejabat,pelbagai persoalan dan reaksi yang aku jumpa.
Mungkin kitaran atau gelombang permasalahan tu masih ada di raut wajahku.
Bagaimana mungkin ku berbohong... Aku tak mampu kot buat masa nie..
Tapi, aku masih lagi buleh mengukir senyuman memandangkan...
Aku agak sibuk dengan kerja-kerja yang tertangguh...

AAA panggil masuk ke biliknya. Ku kira dia ingin memberi task baru.
Tapi sebaliknya..
Awak amik lah cuti IN..
Sy rasa awak ada masalah nie...

Aku sengih. Mana ada..Ish.. Bih baik buat kije...


Hahahahaha..Berjaya juga aku mengelakkan dari disoal siasat.
Tak sanggup den...
Ada hikmahnya...
Aku tahu... Tapi lambat atau cepat sahaja penerimaanya.

Mungkin jua aku perlu berpura-pura...
Agar senyumanku tidak lagi susut di telan waktu...
Mampukah aku menjawab tiap persoalan itu...
Mampu atau tidak...
Aku perlu ceria seperti dulu biarpun musibah mendugaku bertimpa-timpa...

Hehehehe...

Susan Boyle..

First time i saw her in the contest, I'm big surprise..

But after i heard her sang... Awesome.. She got talent in this industry. Seriously... She had good voice. i like her voice.
Now this.. U can buy from Susan Boyle album. Publish on 9th Nov 2010.

Check it out k.

I know u miss me so much

Hahaha..

Tido tak lena malam nie bila dapat panggilan dari si dia..
Tak semena-mena aku tersenyum jek..
Hm.. Baru sebulan aku diam kan diri tapi ko dah angau...
Siap bagitahu yang tak sihat...

Wah.. Prihatin sangat aku kan... Walhal..
Masuk tinge kana..Kuar tinge kiri mcm korek taik tinge...

Hahaha... Siap request mau jumpa hari jumaat...
Owh no... X janji sayang.. I try my best k...
So..Dun put any hope k.. Coz currently.. I'm a bit rude..

So darling.. Nite n sweet dream...
Moga harimu ceria tanpaku...

Muahahahaha...

Tuesday, October 5, 2010

~AKU DAN KEHIDUPAN~: Silent is the best MEDICINE..

~AKU DAN KEHIDUPAN~: Silent is the best MEDICINE..

Silent is the best MEDICINE..

Mana aku nak mulakan...
Hmpf.. Hmpf.. Hmpf...

Hahahaha.. What can I do..
Terkejut dengan kata-kata yang tak disangka...
Mungkin dalam alam nyata, aku tidak dibenarkan utk bersuara..
Alam maya saja tempat luahanku...

Mungkin juga benar kata mereka aku terlalu banyak karakter..
Karakter yg aku hasilkan kerana sikap2 mereka sendiri...
Karakter yg ku nobatkan sebagai watak dalam kehidupan mereka..
Karakter yg di cipta kerana aku tak mampu untuk bersuara...

Sekarang, aku belajar untuk menjadi diriku...
Kejam kata mereka...
Sombong.. Tohmahan mereka...

Kata mereka..
Tiada lagi masa yg aku luahkan...
Kata mereka...
AKu jauhkan diri dari mereka...
Kata mereka lagi..
Aku sudah jauh berubah...
Aku lebihkan rakan2 ku berbanding mereka.

Hidupku kini seperti kereta..
Di pandu oleh semua orang...
Di reka bentuk oleh org lain...
Di warnakan mengikut kehendak mereka...

Tapi diriku...
Sekadar perhiasan sahaja...
Digunakan ketika perlu..
Tidak diservis seperti selalu
Tidak di jaga seperti mula2 di beli/direka dahulu...

Ke mana luahanku kini...
Ke mana lagi perlu ku ungkapkan...
Ke mana lagi perlu ku tulis tiap apa yg ingin ku katakan...

Tentu bukan di wall aku...
Tentu bukan dalam diari hidupku...
Tertanam rapat di sanubariku.

Sungguh, aku tidak berdendam...
Tiada dendam dalam kamus hidupku..
Sungguh, aku tidak layak mempunyai sikap marah...
X mampu langsung utk aku bersuara..

Nah kini..
Karakter ku adalah diam seribu bahasa..
Mengiya atau menidakkan pun aku tidak lakukan..
Hanya diam seribu bicara..

Jika aku bersalah..Maafkan aku...
Jika aku benar sekalipun.. Aku meohon maaf...

SILENT is best MEDICINE..
Bagi mereka aku tidak layak untuk happy..
Bagi mereka.. Aku untuk mereka...
Bagi mereka.. Aku tetap untuk mereka SAHAJA...

Maka dengan ini..Lebih baik aku diam dan terus diam..
Tidak akan ku berbicara selain dari mulutku terkunci rapat..
Mungkin, itu ubat terbaik untuk semua org...
Biarpun hakikatnya.. Aku menanggung kesakitan yang amat sangat kini...

Monday, October 4, 2010

X Tahu nak sakap...

Bila aku buat silap... AKu akan engaku salah tu...
Tapi for this time...
Mmg aku terduduk sgt dengan apa yg berlaku...
Bila Niat kita di salah ertikan...
AKu tak tahu mcmana nak beritahu..

Gara2 kes FB..
Wall aku yg selama nie sekadar bermain kata..
Rupanya ada pemerhati yang tak di sangka2..
Niat aku sekadar bergurau tapi..
Sebaliknya telah berlaku...

Argh...
Serabut dengan statement gitu...
AKu tak tahu nk luah mcmana lagi...
Tapi, tiap gerak geri aku..Benar2 di perhati..
Yg aku tahu...
Aku diibaratkan seperti kera sumbang...
Buat apa salah...
Buat baik pun tak memadai...

AKu hanya manusia biasa...
Baca buku agama pun org ingat aku sgt baik..
Ibarat aku tahu semuanya...

Salah ke jika aku masih belajar...
Belajar utk mengenali erti kehidupan...


ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.......