Clik For Money...TQ

Monday, August 30, 2010

Raya...

Tahun nie... Banyak kontroversi yang jadik. Pasal nak balik beraya. Kadang2 teringin aku nk beraya seorang diri dari luar KL.

Nak mengadaptasikan diri agar menjadi kuat dan mantap mental aku nie. Tapi aku sedih. Setiap tahun telah menjadi rutin untuk sebuah keluarga di mana, aku akan beraya di rumahnya.

Come one! I'm already 30 yrs old.Give some freedom. Takkan nak duduk bawah ketiak jek. Adoi yai... Memang kali nie jek IN minta nak beraya secara solo. Bukan selalu. IN nak buat hal sendiri.

Salah ke? Selama nie IN patuh apa yang makcik2 inginkan. Sampai membelakangkan ayah. Tapi pernah ke makcik2 IN fikirkan keadaan IN??? Yang paling IN tak lupa sekali bila ada seorang makcik ckp" Dah sakit baru nk tipon ..."

Sampai semut menangis dengar statement tu sbb dia yg telefon makcik tu. Sahabat IN pun tahu akan maksud sedih. Kenapa sedara sendiri buleh plak sound mcm tu? Dah besar baru mengaku anak buah yang paling sayang tapi, lupa ke bila IN pernah dihina suatu ketika dahulu???

IN bukan kacang lupakan kulit. IN jaga maruah makcik2 sebab IN ingat apa arwah mak selalu pesan dahulu. Now IN faham sebab.. Arwah mak memang mkn hati ngan korang semua. Arwah mak tetap bersabar sebab SAYANG pada adik-adiknya. Cuma, ALLAH tak buka lagi pintu hati korang.

What u have done u deserve to get back. IN x kan balas... ALLAH tu ADA...

Keputusanku...

Dah lama aku tak check up. AKu takut.. Itu jek yang mampu aku katakan.
Doktor dah sarankan suruh buat pembedahan. Tapi aku masih lagi berdegil.
AKu mampu menghadapinya.

Tapi dah seminggu dua nie... Sakit aku makin menjadi. X tahu mana puncanya. Mungkin,
aku patut melakukan pembedahan itu. Keaktifan ku tak mampu melenyapkan segala kesakitan. Namun, sakitnya makin bertambah.

Persoalannya.. Mampu kah untuk aku mengharunginya keseorang tanpa siapa-siapa di sisi? AKu jua manusia biasa yang ingin di belai tika aku terlantar.

Salahkah permintaanku itu. Hakikatnya... AKu tahu, di mana letaknya diri ku kini.
Ingin ku minta simpati siapa lagi yang sanggup menjagaku??? Mungkin tiada. Sekadar menjenguk dan lalu terus berlalu.Itu sekadar lawatan biasa.

Telah ku duga hidupku ini.. Inilah rencananya DIA. Ku terima segala dugaaNYA kerana ku tahu, dia bukan menzalimi aku dengan sewenang-wenangnya. Kerana di sana, menjanjikan aku sesuatu yg bahagia....

Friday, August 27, 2010

Aku bersamanya.... Idayatie

Malam smalam 26 Ogos 2010, bertempat di Hajris Bistro. Aku berjumpa dengannya.
Wah.. terlalu banyak yang kami bicarakan.
Dari yang kecil sampai yang ke besar.
Tapi Yatie selalu tersenyum.Senyumannya membuatkan aku jua tersenyum

Ya..Memang aku memerlukan someone di ketika ini. Dan buat julungnya, Yatie benar-benar memahamiku kini. 16 tahun kami menyemai kasih sebagai sahabat. Berbalah,gurau dan senda adalah rutin yang kami berdua lalui selama 16 tahun ini.

Adakala sebulan dua kami tidak bertegur sapa kerana masing-masing memiliki ego yang tinggi untuk mengungkapkan kata maaf.Setelah usia kami menjangkau 3 series, baru lah keegoan tu di mansuhkan.Kemarahan tu dapat di redakan dengan sendirinya.

Itulah Idayatie..

Tanggal bulan October ini. Dia akan mendirikan rumah tangga. Ya.. Aku sendiri lagi. Harapanku agar, suaminya membenarkan kami bersahabat lagi..itu sahaja.

Thursday, August 26, 2010

Maafkan aku..Part 1

Aku x pasti.. Apa yang patut ku nukilkan di ketika ini. Hati di ragut-ragut kesedihan. Selama 30 tahun dia memendam rasa. Betapa aku bersalah menyalahinya 100% dahulu tanpa usul periksa.

Ya.. Ketika itu aku amat mentah mengenai kehidupan. Malam tadi, hampir 2 jam dia bercerita dan kini... Aku amat memahami apa yang di tempuhi selama ini. Di hina,di keji, di salah ertikan segala kebaikannya.

Dia berdiam bukan kerana dia bersalah tetapi memberi laluan pada tiap insan yang menghinanya dahulu. Insan yang menghina dahulu kini hidupnya agar sukar sedangkan dia... menempuhi hari hari bahagianya di usia senja.

Betapa aku amat menghormati pendiriannya.

"Biarlah aku di hina kini.. Di kendian hari, orang akan memandang tinggi padaku..Biar bersakit dahulu dan senang di kemudian hari..."

Aku menunduk sekadar merenung kembali apa yang telah di katakan tadi. Betapa dia cekal utk berjimat cermat bagi memberi kami sekeluarga kehidupan yang sempurna. Aku patut mengikuti jejaknya.

" Kesakitan yang ku alami kini..hanyalah seketika kerana...kemanisannya akan ada di hadapanku kelak." Simple tapi tepat.

Wednesday, August 25, 2010

Sedih ku kerananya....

Sedih ku memikirkannya...
Sakitkah aku... Ya.. Lately nie aku merasa kesakitannya...
Sakit kerana merinduinya... Terlalu merinduinya...

Apakah dia jua merindui ku...
Apakah dia jua mengingatiku
Apakah dia jua merasai apa yg ku rasai kini...

Aku berdoa agar dia bahagia...
Aku beroda agar dia tenang di sana...

Thursday, August 12, 2010

Broga Hills





Besar sungguh keagungan Allah. Segala Pencipta. Teruja aku tiap kali
aku mendaki ke Broga biarpun lelah.. Ku harungi jua...




Geng-geng ke Broga. First time my anje Yatie tu buat aktivitti luar..
Hahahaha..kalu tak duk berkepam kat umah je lah...
Thanks for Jamy coz sudi jadik photographer meh..
Ayu n azy yg suka menceriakan suasana dlm perjalanan...

Nikmati lagi gambor-gambor di broga...





Ramadhan Oh Ramadhan...


Slamat berpose... Hahaha.. Best kan bila pose. Semoga Ibadah bulan nie terlaksana dengan jayanya. Wah, bukan mudah nak berpose dan berbuka pose sensorang... Sedih Syahdu aku di buatnya.

Tapi bila tgk gelagat org kat Bazar, aku sengih kambing je lah..

Punyalah banyak juadah kat bazar, Roti John jugak menjadi pujaan hati ku.

Hahaha... Anyway, selamat berpuasa dan berbuka pose...

Wuhoo...

Tuesday, August 10, 2010

Cintaku pada si... Part 2

Namun, aku tidak tahu akan perasaannya terhadapku. Tetapi, terus terang ku katakan bahawa aku telah jatuh cinta padanya. Ya aku tahu ianya salah, namun aku tidak dapat membohongi diriku. Amri tidak mengetahuinya. Biarlah rahsia ini ku simpan dengan sendirinya kerana, aku tidak sanggup akan kehilangan Amri. Dia amat bermakna untukku. Penawar segala dukaku.
Amri...
* * *

Ramadhan kian menjelma. Aku sibuk dengan majalah ku kini. Sudah seminggu aku tidak berjumpa dengan Amri. Aku cuba menghubunginya tetapi gagal. Risau juga memikirkannya. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Apakah Amri membenciku? Atau, dia mempunyai orang lain.
Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi mematikan lamunan ku. Tertera nama Amri di skrin telefonku.

“ Hi sayang...” Ucapnya.
“ You... Apa dah jadi dengan you nie. I call handphone you. Not reachable.. What happened? Is that something wrong with you...” Terjahku bertalu-talu.
“ Sayang.. Jangan macam nie. Please calm down ok. I’m at your office rite now. You turun sekejap. I nak jumpa you. Itu pun kalau you tak busy.” Pujuk Amri.
“Oklah... I turun sekarang” Bentakku.
Ku lihat Amri berdiri di hadapan keretanya. Amri tersenyum memandangku. Mukanya agak pucat. Ku kira dia tdak begitu sihat. Tambahan pula, dia semakin cekung. Bagaikan ada sesuatu yang menganggunya.
“ What happened to you? Are you sick?” Tanyaku.
Dia memegang tanganku lalu berkata” Come.. We take tea first k.Dah lama I tak jumpa you. Miss you so much” Balas Amri lalu menuntun tangan ku ke arah keretanya.
Dalam perjalanan, kami tidak banyak berbual. Masing-masing melayang perasaan. Tidak sepertia biasa, ada saja topik yang bisa di bicarakan. Argh.. Amri terlalu berbeza hari ini. Pakaiannya tidas kemas seperti selalu. Keadaannya agak kusut. Rambut yang biasanya disir rapi, kini agak comot sedikit. Amri seperti menghadapi satu masalah yang besar. Bagaikan ia tidak boleh diselesaikan.
Setibanya di Dome KLCC, kami berdua memesan minuman. Seleraku mati apabila melihat Amri berkeadaan begini.
“ How are you my dear?” Tanya Amri.
“I’m fine.. How about you? Mana you menghilang seminggu nie? Jumpa Suliza lagi ke? Balasku kasar.Suliza? Cemburukah aku? Mengapa namanya yang tiba-tiba terpacul dibibirku?
“ Now I see.. Suliza yea...” Amri tersenyum memandangku.” Mana ada I jumpa dia lah... I baru balik out station dari Sandakan. Ambil gambar kat sana.”
“ Habis, you serabai sangat nie kenapa?”
“ Jap..Jap.. I sikat rambut... “ Ujarnya lalu menyikat rambutnya.” Ok dah ke? “ Balas Amri seakan mengejek.
“ You.....”
Ya. Dengan Amri aku tidak mampu untuk marah. Dengan Amri jualah, amarahku akan reda segera dengan usikannya. Ah... terlalu indah indah perasaan itu.
“ Jun... Did you love me?” Tanya Amri.
“Eh... Why?”
“ I’m asking you... Did you love me?” Tanya Amri sekali lagi.
Aku sekadar mendiamkan diri sahaja. Tidak mampu aku merenung matanya yang tajam itu. Ku kira, dia tahu perasaan ku terhadapnya atau, adakah aku sahaja yang bertepuk sebelah tangan.
“ Hm.. Ok.. I takkan tanya stupid question to you anymore. But, you should know that... I’m really love you. Cuma....”
Perbualan kami terhenti seketika apabila, pelayang Dome memeberi minuman kepada kami berdua.
“ Apa yang you belikan untuk I dari Sandakan” Aku cuba mengalihkan topik perbualan kami.
“ Nothing.. Air laut jek.. You nak ke?” Usik Amri lalu mengeluarkan bungkusan dari camera bagnya itu.
Segera aku membukanya. Seutas rantai yang mempunyai loket mutiara berwarna putih terletak rapi di dalam kotak tersebut. Aku tersenyum. Amri tidak pernah berjumpaku dengan tangan kosong. Pasti ada saja buah tangan untukku.
“ Hope you like it...” Ujar Amri.
“ Thank you so much....”
Petang itu, sunggu bermakna bagiku. Terubat rasa rinduku pabila bertemu dengan Amri. Bagaikan semua permasalahan ku telah selesai. Sememangnya aku amat menyayangi Amri tetapi tidak pernah ku suarakan hasratku ini kepadanya. Aku berjaya melupakan Shah (lelaki tulen) sepenuhnya setelah kehadiran Amri dalam hidupku. Ya, berbeza perwatakan mereka berdua.
Dengan Shah, aku banyak makan hati kerana sikap buayanya itu. Shah tidak pandai menjaga hatiku walhal, hampir 2 tahun kami menjalinkan hubungan. Bagi Shah, kerja lebih utama. Shah merupakan seorang Ketua Eksekutif bagi syarikat perkapalan yang terkenal di Malaysia. Dia sering menghabiskan masanya di pejabat berbanding berjumpa denganku.
Hanya 2 kali dalam sebulan. Aku tidak pernah menyekat kebebasan Shah untuk bergaul dengan mana-mana perempuan. Aku faham dengan kerjayanya kerana memerlukan ‘outside entertainment’ bersama klien-kliennya. Cuma,kepercayaan ku kepada Shah telah hilang setelah kami berdua terserempak di Curve setahun lalu.
Begitu mesra layanan Shah dengan artis tersebut. Kelihatan Shah begitu erat merangkul pinggal artis perempuan tersebut. Jika berkawan, perlukan sikap begitu yang di tonjolkan? Lelaki.. Dasar jantan, begitulah. Bila di beri kebebasan, diambil pula kesempatan.
Di atas pertemuan yang tidak disengajakan itulah, aku memutuskan hubungan tersebut. Namun, Shah menafikan sekeras-kerasnya hubungan mereka berdua. Katanya, artis perempuan tersebut sekadar rakan kongsi perniagaannya. Jika diikutkan amarahku, mahu sahaja aku lempang pipi Shah namun... Aku tahu batasnya.
Shah cuba memujukku dengan memberi bunga mahupun seutas rantai emas. Aku memulangkan kembali segala pemberiannya. Mungkin difikiran Shah, aku mampu dibeli dengan barang-barang sebegitu. Tetapi, tahukah Shah... Betapa hancurnya hatiku ketika itu. Kerana itulah, aku cuba menyibukkan diri dengan tugasan di luar dan... Aku bertemu Amri di Karnival itu.
Hubungan kami sudahpun mencecah 6 bulan. Begitu pantas masa berlalu. Dalam masa 6 bulan jualah, aku dapat melupakan Shah. Dalam masa 6 bulan jualah, Amri melayan ku dengan begitu baik sekali. Tidak pernah pula Amri menyakitiku. Tidak pernah jua Amri berkasar denganku. Benar, Amri amat bermakna dalam hidupku kini. Setiap hela nafasku, hanyalah untuk Amri seorang sahaja.

Friday, August 6, 2010

Tensi...

Emo aku..Mana ntah tercicir pen drive tu...Mungkin masa sibuk2 naik bukit kot smalam...Argh.. Aku kene carik idea utk karang balik citer 'Cinta pada si...'

'Air mataku kerananya..' lagi lah.. The whole story kena pikir balik

DAMN!!!!!! IN..IN... Apsal lah ko careless whisper sgt nie...

Anyway.. Smalam the best thing yg aku face. Suka duka, semuanya dtg sekali harung. Then aku jadik sengal jap... terus buat kije gila bagai...

Org lain dok carik aku tp aku duk diam-diam kat satu sudut... Mcmana lah aku nak hadap...Hari ni.. Nak senyum jek..Tp sampai opis carik pen drive, aku dh jadik hangin.. Semua diari kehidupan aku dalam tu. Dan if org baca apa yg terbuku kat hati dalam pen drive tu...Confirm, boleh jual citer aku yg ada 200+ pages.

That's is my real life story. No hidden character inside there.. Org yg jumpa tu akan mengetahui.. Siapa SSMNSIT, Jun, Suliza, Amri dan 'AKU" dalam konteks lain...

SHIT Man!!!!

The best feeling hari nie... Get 2nd Interview. Hopefully semuanya ok.. hope so coz I really need new environment. But if tha post tk bagi salary yg aku minta..Mungkin di fikirkan balik kesemuanya...

Yup..hari nie rasa bercampur baur perassan ku. Kesal hanya kerana satu pen drive.. Senget dengan emosi aku.. Sengal ngan orang lain.. Semuanya lah... TIDAKKKKKKKKKKKK... I hate this situation beb.. Serius...

Tuesday, August 3, 2010

Cintaku pada si.... PART 1

Sekilas terpandang wajah dan susuk tubuhnya, aku diselubungi keraguan. Kalau nak diikutkan pada gaya; dengan penuh yakin aku boleh mengatakan yang dia seorang lelaki. Tak dapat dinafikan, dia seorang yang cukup kemas dan bergaya. Rambut pendeknya digayakan dengan gel rambut yang tak keterlaluan, kemeja putihnya nyata telah digosok dengan rapi, dipadankan pula dengan seluar jeans dan kasut jenama Dr. Cardin. Gabungan formal dan kasual yang menarik. Di tangannya sebuah kamera professional; matanya didekatkan pada lensa hanya apabila ada sesuatu yang betul-betul menarik minatnya. Dia nampak seperti seorang yang amat teliti dalam mencari sesuatu.

“Zana, siapa tu? The one with the camera?” tanya aku pada rakan yang turut hadir di karnival tersebut; tempat di mana aku pertama kali bertentang mata dengannya.

“OBVIOUSLY he’s the official cameraman,” balas rakanku dengan nada menyindir.

“He is the official cameraman ye?” aku sengaja menguji daya pemerhatian rakanku itu.

Zana memandang aku dengan keliru, masih tak dapat menangkap apa yang aku cuba sampaikan. “You ni kenapa?”

Aku sekadar menggelengkan kepala. Aku menunggu rakanku Natasha kembali duduk bersama-sama kami setelah membeli makanan ringan di gerai berdekatan. Aku yakin Natasha akan lebih faham dengan maksudku.

Elok sahaja Natasha melabuhkan duduknya, aku berkata, “Tasha, cuba you tengok orang yang tengah pegang kamera tu”

Natasha melontarkan pandangannya pada si dia. “Oh… interesting…” ujarnya.

Mendengarkan Natasha berkata begitu, Zana turut memandang dengan lebih teliti. “Hm… betullah. He’s cute. Quite handsome,” Zana cuba menyertai perbualan.

Aku dan Natasha mentertawakan Zana.

“Why? What’s so funny?” tanya Zana.

“Zana, she is cute and quite handsome,” Natasha membetulkan ayat Zana.

Dengan mata terbeliak, Zana memandang si dia sekali lagi. “You mean…? No way!” ujarnya dengan nada tak percaya.

“Hai, takkan you tak percaya cakap Tasha. Tasha kan ada pengalaman couple dengan orang macam tu,” kata aku.

Serta-merta, raut wajah Natasha berubah. Ada rona melankolik bermain di matanya. Begitulah reaksi Natasha setiap kali topik itu muncul. Suatu ketika dahulu, Natasha pernah ada hubungan dengan seorang perempuan yang berperwatakan lelaki- Lee namanya. Percintaannya mendapat tentangan hebat dari keluarga, membuatkan Natasha terpaksa memutuskan hubungan tersebut. Tetapi sehingga ke hari ini, Natasha tidak putus-putus mengatakan bahawa itulah hubungan terbaik dan terindah yang dia pernah lalui. Katanya Lee tidak seperti pasangan lain yang pernah bersamanya. Lee lebih romantik dan lebih peka terhadap keperluannya. Lee sentiasa mendahulukan Natasha dalam apa jua keadaan, dan layanan serta kata-kata Lee tak mungkin datang dari seorang lelaki sejati.

Sejauh mana kebenaran kata-kata Natasha? Untuk mengetahuinya, aku perlu mengalaminya sendiri. Memang benar; aku juga pernah mengenali Lee sebagai seorang kawan. Tapi mengenali seseorang sebagai seorang kawan dan seorang kekasih pastinya berbeza.

Dan untuk mengetahui perbezaannya, aku perlu mendekati si kacak di karnival itu… dan aku perlu pastikan yang satu hari nanti, aku lebih dekat dengannya daripada kamera kesayangannya.





* * *



“Serius? Dia setuju?”

Zana seolah-olah tidak percaya dengan berita yang aku bawa. Aku sekadar tersenyum sambil mengangguk.

Semalam, aku telah bertemu dengan si dia. Tanpa berdolak-dalik, aku katakan padanya yang aku perlukan pertolongannya. Aku ceritakan yang hubunganku dan teman lelakiku kini sedang goyah; dia sudah kurang memberikan perhatian padaku. Jadi, aku perlukan dia untuk membuatkan teman lelakiku rasa cemburu. Perjanjian ini tidak melibatkan sebarang bayaran; aku cuma inginkan masanya diluangkan bersamaku.

Aku tidak pasti apa yang membuatkan dia bersetuju. Mungkinkah pada cara pemakaianku pada hari itu? Adakah dia benar-benar sudah mengalami transformasi sebagai lelaki, sehinggakan naluri lelakinya juga begitu kuat?

Tapi aku rasakan tidak. Pada awal pertemuan, aku sedari satu perkara; amat mudah untuk aku berbual dengannya. Kami boleh berbual tentang pelbagai perkara. Dan aku dapat rasakan yang dia senang berbicara denganku. Dia juga seorang pendengar yang baik. Bila aku berbicara dengannya, aku dapat rasakan yang perhatiannya tidak berbelah-bagi. Aku membuat satu kesimpulan; pemikirannya tidak sedangkal lelaki tulen, di mana fokusnya berbentuk seksual. Orang sebegini lebih mementingkan keselesaan, dan keselesaan berinteraksi adalah salah satu daripadanya. Ini secara tak langsung membuatkannya lebih faham tentang apa yang seorang wanita inginkan.

“You memang liciklah. You memang dah nak break dengan Azlan pun kan?” duga Zana. Azlan merupakan teman lelakiku. Benar kata Zana; aku memang sudah merancang untuk memutuskan hubungan dengan Azlan. Perhubungan kami diibaratkan retak menunggu belah; cuma hubungan ini aku jadikan alasan untuk menjerat si dia.

Yang aku perlukan ialah masa. Masa untuk mengenalinya dengan lebih rapat; dan masa untuk membuatkan si dia jatuh cinta denganku. Barulah aku dapat mengalami sendiri bagaimana dicintai oleh seorang wanita.





* * *



Sepertimana yang telah aku jangka, aku menghadapi pelbagai dugaan ketika mendampingi si dia. Bekas teman lelakiku, Azlan sudah pastinya tercabar dengan keputusanku untuk mendampingi seorang ‘lelaki celup’ berbanding dirinya. Selain itu, terdengar juga suara-suara sumbang daripada rakan-rakanku selain Zana dan Natasha mengatakan aku wanita terdesak. Tidak cukup dengan itu, dugaan dari pihak si dia juga datang dalam pelbagai bentuk. Memandangkan dia seorang yang mempunyai ramai kenalan wanita dan pandai pula mengambil hati mereka, salah seorang daripada tunang kenalan wanitanya telah datang membuat kacau di tempat tinggalnya. Bekas teman wanitanya sendiri pernah datang mencarinya kembali, namun ditolak mentah-mentah di hadapan mataku sendiri. Hmm… mungkinkah si dia sudah benar-benar tertarik padaku, sehinggakan sanggup mengenepikan cinta lamanya?

Rakanku Zana berkali-kali menasihatkan aku agar aku sendiri tidak jatuh cinta padanya. Setiap kali dia berkata begitu, aku tertawa. Mustahil! Aku tahu hakikatnya dia seorang wanita…

Walaupun aku harus akui, ada waktu dan ketikanya… aku terlupa yang dia seorang wanita. Aku bisa hanyut dengan kata-kata manisnya, dengan caranya menyusun ayat dan yang lebih penting; dengan keikhlasannya. Ketika dia membawaku ke tempat-tempat indah yang keistimewaannya bukan terletak pada nilai wang ringgit yang dibelanjakan, aku biarkan diriku dimanjakan olehnya. Ketika dia bertungkus-lumus menyambut hari jadiku walaupun aku sengaja membatalkan temu janjiku dengannya di saat akhir, aku biarkan diriku merasa terharu dengan usahanya. Ketika dia berkongsi secebis kisah silamnya, aku biarkan tanganku mengusap lembut tangannya untuk menenangkan jiwanya yang kacau.

Ya, kadangkala aku terlupa yang nama asalnya ber‘binti’. Aku terlupa di sebalik kekacakan dan kesegakannya berupa dan berpakaian lelaki, bentuk badan fizikalnya tetap serupa denganku.

Ada satu peristiwa yang tak mungkin dapat aku lupakan. Ketika bersiar-siar dengannya di Melaka, tanpa disedari hari sudah lewat malam dan kami terpaksa bermalam di sana… kerana masa berjalan terlalu pantas ketika aku bersamanya. Tetapi kebanyakan hotel penuh dengan pelancong dan hanya ada satu hotel yang ada kekosongan; itupun sekadar satu bilik sahaja. Si dia telah memberikan dua pilihan kepadaku; untuk terus pulang ke Kuala Lumpur ataupun aku tidur di bilik sementara dia tidur di dalam kereta.

Aku tergamam seketika. Sanggup dia mendahulukan kepentinganku sebagai seorang wanita dan bertolak-ansur sehingga begitu sekali! Sedangkan tiada masalah kalau aku dan dirinya menginap di bilik yang sama- dan itulah yang telah aku cadangkan. Pada mulanya, dia kelihatan serba salah tetapi akhirnya dia bersetuju. Fikirku, seorang lelaki tulen tak mungkin begitu bertimbang-rasa.

Ada satu lagi kejadian yang telah berlaku pada malam itu. Sewaktu aku terjaga di tengah malam, aku lihat katilnya kosong. Dia telah meninggalkan sekeping nota yang berbunyi “Jun. Emergency. Don’t worry, will be back around 11 am. Really sorry. Please… wait for me…”

Mula-mula, aku risau. Mungkinkah dia sengaja meninggalkan aku di sini? Tak mungkin! Aku tidaklah mengenalinya dengan begitu lama, tapi aku rasa aku sudah cukup mengenalinya untuk mengetahui yang seorang gentleman sepertinya tidak mungkin berbuat demikian.

Dan jangkaanku tepat sekali. Dia seorang yang menepati janji. Dia telah kembali sepertimana yang tertera di dalam notanya, dan kisah di sebaliknya juga sebuah kisah yang mengharukan…

Bekas teman wanitanya telah terlibat di dalam sebuah kemalangan dan terlantar koma di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Dia mendapat berita daripada sahabat baiknya, Shan (seorang lelaki tulen) dan dia telah terus bergegas ke sana. Bayangkanlah, di tengah malam setelah penat seharian melayanku di Melaka, mendengarkan berita tentang wanita yang pernah dicintainya terlibat dalam kemalangan dia telah terus ke sisinya. Tindakan itu sendiri menggambarkan betapa si dia seorang yang amat setia. Duduk sebilik dengan wanita lain tidak cukup untuk menghalangnya daripada berbuat demikian…

Cemburukah aku?

Tidak. Tak mungkin. Aku cuma ingin lebih mengenalinya. Dan salah satu cara terbaik untuk mengenalinya… ialah melalui seseorang yang pernah menjadi cinta hatinya…





* * *



Aku bertemu Suliza, bekas teman wanitanya setelah aku mendapat tahu bahawa dia telah sedar dari komanya. Malah, aku telah menemuinya lebih awal daripada si dia sendiri, memandangkan informasi yang aku terima memudahkan aku berbuat demikian. Aku tidak dapat menjangka bagaimana reaksi Suliza ketika bertemu denganku, kerana aku akan memperkenalkan diriku sebagai teman wanita baru si dia; biar menimbulkan sedikit provokasi.

Suliza ternyata seorang yang berbeza dariku. Dia seorang yang lemah-lembut dan sopan-santun. Telah aku nyatakan yang aku pernah bertemu dengannya sekali sebelum ini; ketika si dia telah menolak kehadirannya. Di ketika itu, aku berasa hairan kerana Suliza seorang gadis bertudung; suatu ciri luaran yang membuatkan aku memperoleh persepsi yang dia seorang yang berpegang teguh pada agama. Masakan dia telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita? Begitu kuatkah tarikan si dia?

Berikut merupakan perbualan antara aku dan Suliza…



Suliza: Kenapa awak datang sini?

Jun: Saya nak tahu tentang masa silam Amri…

Suliza: Kenapa? Dia milik awak dah sekarang. Kenapa awak perlu tahu tentang masa silam dia?

Jun: Saya nak tahu kenapa awak tinggalkan dia.

Suliza: Awak tak yakin dengan Amri?

Jun: Saya yakin dengan Amri. Sebab tu saya pelik kenapa awak tinggalkan dia.

Suliza: Saya ada tanggungjawab terhadap keluarga…

Jun: Jadi, saya ni tak ada tanggungjawab pada keluarga?

Suliza: Saya tak cakap macam tu. Cuma mungkin… keluarga awak lebih liberal daripada keluarga saya.

Jun: Tapi awak masih menaruh perasaan pada dia?

Suliza: (mengangguk)

Jun: Sampai bila?

Suliza: Sampai bila-bila.

Jun: Sampai awak bersuami? Berkeluarga?

Suliza: Perempuan mana yang boleh lupakan cinta pertamanya…

Jun: Lelaki pun tak boleh lupakan cinta pertamanya.

Suliza: Jadi? Awak takut? Takut yang Amri akan kembali pada saya?

Jun: Tak. Sebab saya kenal Amri. Dia orang yang berpegang pada janji. Dia dah janji pada saya, jadi dia takkan mungkir janji. Lagipun, awak dah hancurkan hati dia. Tak mungkin dia kembali pada awak.

Suliza: Jadi, apa tujuan awak datang jumpa saya?

Jun: Saya nak tahu; kalau awak betul-betul sayangkan dia, macamana awak boleh tergamak lukakan hati dia?

Suliza: Kalau awak di tempat saya, awak akan faham…

Jun: Saya dah pun di tempat awak sekarang. Saya hadapi macam-macam tentangan; dari keluarga, kawan-kawan. Kawan baik Amri, Shan, dah kena pukul dengan kawan bekas teman lelaki saya! Tapi tak mungkin saya tinggalkan Amri. Apa yang buatkan awak tergamak tinggalkan Amri?

Suliza: Awak tak ada hak nak tanya saya soalan ni…

Jun: Kalau awak betul-betul sayangkan Amri, awak akan beritahu saya. Supaya saya bersedia hadapi segala dugaan bila bersama Amri… supaya hati Amri tak terluka lagi…

Suliza: (diam)

Jun: Melainkan awak memang sengaja nak sakitkan hati dia. Kalau betul macam tu, tak perlulah saya risau. Saya rasa saya cukup sayangkan Amri untuk tak…

Suliza: Awak tahu tak… bila ayah saya dapat tahu tentang hubungan saya dengan Amri, dia baru lepas dapat serangan sakit jantung? Dan sebaik saja dia dapat tahu pasal hubungan tu, dia dapat serangan sakit jantung buat kali kedua?

Jun: (terus mendengar)

Suliza: Ayah saya seorang ahli usahawan ternama. Dia dapat tahu tentang saya dan Amri daripada sahabat lama yang juga kliennya. Sahabat ayah saya tu ada anak di universiti sama tempat saya dan Amri menuntut di German. Dunia ni tak cukup besar untuk saya dan Amri bina dunia kecil kami sendiri.

Jun: Lepas ayah awak tahu… awak terus putuskan hubungan dengan Amri?

Suliza: Saya lengahkan. Saya tak sampai hati. Tapi pada masa yang sama, ibu mendesak. Katanya keadaan ayah tak sihat dan berita ni membuatkan keadaannya lebih teruk; saya zalim kalau saya seksa ayah macam tu…

Jun: Tapi Amri macamana? Awak tak rasa awak berlaku zalim pada Amri kalau awak tinggalkan dia setelah awak bagi dia harapan?

Suliza: Kalau awak di tempat saya, apa yang awak buat?

Jun: Saya yakin yang Amri boleh jaga saya. Kita orang perempuan cuma perlukan keyakinan tu. Kalau tak, takkanlah ada pepatah Melayu yang bunyinya, “Buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan”…

Suliza: Awak hidup dalam dunia idealistik…

Jun: Tak, saya seorang yang realistik. Tanyalah pada sesiapa yang kenal saya.

Suliza: Jadi awak yakin yang hubungan awak dan Amri ni akan berkekalan sampai bila-bila?

Jun: Kenapa tidak? Awak sendiri cakap yang awak akan sayang Amri sampai bila-bila. Bezanya ialah saya sertakan kasih sayang saya tu dengan komitmen.

Suliza: Baguslah kalau macam tu…

Jun: You don’t sound convinced…

Suliza: What do you want? My blessing?

Jun: Don’t think too highly of yourself.

Suliza: I think we’re done here. You know where the door is.

Jun: (berjalan ke pintu, kemudian berpaling) If you think you did the right thing, then you need to ask yourself… why does it feel so wrong?



Dan sebaik saja aku keluar, aku terdengar esakan Suliza di sebalik pintu… Betapa hancurnya hatiku kerana, Suliza masih menyimpan perasaan sayang yang amat mendalam terhadap Amri. Ku amati esak tangisnya itu. Ya.. Terlalu dalam.Setia pada Amri. Bagaikan aku merampas Amri dari genggaman tangannya.Betapa bersalahnya aku pada Suliza.

Ku tinggalkan hospital itu dengan keadaan sedikit tertekan. Bertanya pada diriku, apakah aku harus terus begini. Membiarkan diri terus di belenggu rasa begini? Amrikah cintaku sebenarnya...

Monday, August 2, 2010

Weekend yang menggembirakan org ...

Last weekend... Weekend yang paling best biarpun Jumaat lalu, aku di belasah ngan org2 yang tak patut...

Xpe..Lantak koranglah... Bestnya sebab.. Kuar ngan dak sengal...
Layan karenah sengal ngan manja dia..

Teringat kat someone.. Someone yang almost 6 years aku kuar ngan dia jek.Hehehehe...

Pas tu jenjalan kat KLCC. Dah aim satu jam untuk aku neh...
Layan nengok kasut Adizero... pergh, memang best giler...
Sabar IN, kumpul duit dulu...

Beli present si Ms S... Hope dia suka...

Hi tea kat Big Apple restoren... Hm tak de lah sedap sangat. Buleh lah kalau nak alas perut.

Layan nengok org kat sekeliling... Layan 'handbag'...Aku kah itu..

Walau apa pun.. Aku happy bila dia happy... Sebabnya.. Aku sekadar mampu untuk menggembirakan org lain.

Cukuplah melihat dia tertawa dan senyum. Bagiku, itu sudah cukup menggembirakan aku....

Adios...