Namun, aku tidak tahu akan perasaannya terhadapku. Tetapi, terus terang ku katakan bahawa aku telah jatuh cinta padanya. Ya aku tahu ianya salah, namun aku tidak dapat membohongi diriku. Amri tidak mengetahuinya. Biarlah rahsia ini ku simpan dengan sendirinya kerana, aku tidak sanggup akan kehilangan Amri. Dia amat bermakna untukku. Penawar segala dukaku.
Amri...
* * *
Ramadhan kian menjelma. Aku sibuk dengan majalah ku kini. Sudah seminggu aku tidak berjumpa dengan Amri. Aku cuba menghubunginya tetapi gagal. Risau juga memikirkannya. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Apakah Amri membenciku? Atau, dia mempunyai orang lain.
Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi mematikan lamunan ku. Tertera nama Amri di skrin telefonku.
“ Hi sayang...” Ucapnya.
“ You... Apa dah jadi dengan you nie. I call handphone you. Not reachable.. What happened? Is that something wrong with you...” Terjahku bertalu-talu.
“ Sayang.. Jangan macam nie. Please calm down ok. I’m at your office rite now. You turun sekejap. I nak jumpa you. Itu pun kalau you tak busy.” Pujuk Amri.
“Oklah... I turun sekarang” Bentakku.
Ku lihat Amri berdiri di hadapan keretanya. Amri tersenyum memandangku. Mukanya agak pucat. Ku kira dia tdak begitu sihat. Tambahan pula, dia semakin cekung. Bagaikan ada sesuatu yang menganggunya.
“ What happened to you? Are you sick?” Tanyaku.
Dia memegang tanganku lalu berkata” Come.. We take tea first k.Dah lama I tak jumpa you. Miss you so much” Balas Amri lalu menuntun tangan ku ke arah keretanya.
Dalam perjalanan, kami tidak banyak berbual. Masing-masing melayang perasaan. Tidak sepertia biasa, ada saja topik yang bisa di bicarakan. Argh.. Amri terlalu berbeza hari ini. Pakaiannya tidas kemas seperti selalu. Keadaannya agak kusut. Rambut yang biasanya disir rapi, kini agak comot sedikit. Amri seperti menghadapi satu masalah yang besar. Bagaikan ia tidak boleh diselesaikan.
Setibanya di Dome KLCC, kami berdua memesan minuman. Seleraku mati apabila melihat Amri berkeadaan begini.
“ How are you my dear?” Tanya Amri.
“I’m fine.. How about you? Mana you menghilang seminggu nie? Jumpa Suliza lagi ke? Balasku kasar.Suliza? Cemburukah aku? Mengapa namanya yang tiba-tiba terpacul dibibirku?
“ Now I see.. Suliza yea...” Amri tersenyum memandangku.” Mana ada I jumpa dia lah... I baru balik out station dari Sandakan. Ambil gambar kat sana.”
“ Habis, you serabai sangat nie kenapa?”
“ Jap..Jap.. I sikat rambut... “ Ujarnya lalu menyikat rambutnya.” Ok dah ke? “ Balas Amri seakan mengejek.
“ You.....”
Ya. Dengan Amri aku tidak mampu untuk marah. Dengan Amri jualah, amarahku akan reda segera dengan usikannya. Ah... terlalu indah indah perasaan itu.
“ Jun... Did you love me?” Tanya Amri.
“Eh... Why?”
“ I’m asking you... Did you love me?” Tanya Amri sekali lagi.
Aku sekadar mendiamkan diri sahaja. Tidak mampu aku merenung matanya yang tajam itu. Ku kira, dia tahu perasaan ku terhadapnya atau, adakah aku sahaja yang bertepuk sebelah tangan.
“ Hm.. Ok.. I takkan tanya stupid question to you anymore. But, you should know that... I’m really love you. Cuma....”
Perbualan kami terhenti seketika apabila, pelayang Dome memeberi minuman kepada kami berdua.
“ Apa yang you belikan untuk I dari Sandakan” Aku cuba mengalihkan topik perbualan kami.
“ Nothing.. Air laut jek.. You nak ke?” Usik Amri lalu mengeluarkan bungkusan dari camera bagnya itu.
Segera aku membukanya. Seutas rantai yang mempunyai loket mutiara berwarna putih terletak rapi di dalam kotak tersebut. Aku tersenyum. Amri tidak pernah berjumpaku dengan tangan kosong. Pasti ada saja buah tangan untukku.
“ Hope you like it...” Ujar Amri.
“ Thank you so much....”
Petang itu, sunggu bermakna bagiku. Terubat rasa rinduku pabila bertemu dengan Amri. Bagaikan semua permasalahan ku telah selesai. Sememangnya aku amat menyayangi Amri tetapi tidak pernah ku suarakan hasratku ini kepadanya. Aku berjaya melupakan Shah (lelaki tulen) sepenuhnya setelah kehadiran Amri dalam hidupku. Ya, berbeza perwatakan mereka berdua.
Dengan Shah, aku banyak makan hati kerana sikap buayanya itu. Shah tidak pandai menjaga hatiku walhal, hampir 2 tahun kami menjalinkan hubungan. Bagi Shah, kerja lebih utama. Shah merupakan seorang Ketua Eksekutif bagi syarikat perkapalan yang terkenal di Malaysia. Dia sering menghabiskan masanya di pejabat berbanding berjumpa denganku.
Hanya 2 kali dalam sebulan. Aku tidak pernah menyekat kebebasan Shah untuk bergaul dengan mana-mana perempuan. Aku faham dengan kerjayanya kerana memerlukan ‘outside entertainment’ bersama klien-kliennya. Cuma,kepercayaan ku kepada Shah telah hilang setelah kami berdua terserempak di Curve setahun lalu.
Begitu mesra layanan Shah dengan artis tersebut. Kelihatan Shah begitu erat merangkul pinggal artis perempuan tersebut. Jika berkawan, perlukan sikap begitu yang di tonjolkan? Lelaki.. Dasar jantan, begitulah. Bila di beri kebebasan, diambil pula kesempatan.
Di atas pertemuan yang tidak disengajakan itulah, aku memutuskan hubungan tersebut. Namun, Shah menafikan sekeras-kerasnya hubungan mereka berdua. Katanya, artis perempuan tersebut sekadar rakan kongsi perniagaannya. Jika diikutkan amarahku, mahu sahaja aku lempang pipi Shah namun... Aku tahu batasnya.
Shah cuba memujukku dengan memberi bunga mahupun seutas rantai emas. Aku memulangkan kembali segala pemberiannya. Mungkin difikiran Shah, aku mampu dibeli dengan barang-barang sebegitu. Tetapi, tahukah Shah... Betapa hancurnya hatiku ketika itu. Kerana itulah, aku cuba menyibukkan diri dengan tugasan di luar dan... Aku bertemu Amri di Karnival itu.
Hubungan kami sudahpun mencecah 6 bulan. Begitu pantas masa berlalu. Dalam masa 6 bulan jualah, aku dapat melupakan Shah. Dalam masa 6 bulan jualah, Amri melayan ku dengan begitu baik sekali. Tidak pernah pula Amri menyakitiku. Tidak pernah jua Amri berkasar denganku. Benar, Amri amat bermakna dalam hidupku kini. Setiap hela nafasku, hanyalah untuk Amri seorang sahaja.
No comments:
Post a Comment