Clik For Money...TQ

Monday, November 29, 2010

Perkara yang telah berlaku...

27 Nov 2010 Sabtu.

     Pagi-pagi lagi Ariff dan Aqil dah melalak.. Penat agaknya. Sebab di kejutkan seawal jam 7. Aku yang terpinga-pinga bangun terus mengambil diaorg.
    " Ko jangan lupa bawak ayah gi kenduri kawin adik Syuk tu!"
    Aiyark... Aku leh lupa plak. Hm.. Sib baik dia ingatkan.
    Huhuhu..Diaorg bertolak dalam pukul 7.15am.
    Aku pun meneruskan workout as usual.100 sit up and push up.
    Ish.. X leh jadi nie.. Nak kene jogging jua.
    Hm..Apa lagi mau buat...
    Siapkan jentera untuk mengemas.
    Segala-galanya telah tersedia dalam jam 10.30 pagi.
    Ayah balik. Katanya perlu bersiap dalam pukul 11.45pg gerak terus. Katanya boleh balik awal.
    Hm.. Baiklah.

   Jam 12.30tghari kami sampai. Tapi sedih betul aku melihat ayah.Ketibaan kami di rumah sana seperti tidak di alukan. Mungkin persilihan faham yang terjadi antara mereka berdua.
  Tidak mengapalah. Biarpun kami bukan orang berada, aku meneruskan usaha untuk bersopan demi ayah.
   Lantas ku bantu apa yang ada di dapur seadanya.
   Dalam pukul 2.00ptg, ayah ajak balik.

   Wajahnya agak sugul. Mungkin ada perkara yang membuatkan dia benar-benar kecil hati.
   Aku memendamkan hasrat untuk bertanya.

  "IN.. Ingat pesan ayah nie.. Susah mana pun kita, jangan sewenang2nya kita memakan harta orang lain.. Berusahalah untuk mendapatkannya. Biar susah sekarang... Agar senang di kemudian hari."
  Rngkas tapi padat.Aku cukup faham apa yang dia maksudkan.

    Terus memandu ke majlis perkahwinan kedua di rumah Cheras Baru. Mak aiiii...Berbeza sungguh.Ya masih ada orang yang menghormati ayah di sini.
    Kami berdua makan dengan kenyangnya.

  Malam tu tiada aktivi yang aku lakukan selain work out.
  Mungkin dengan cara itu sahaja yang mampu aku lepaskan segala yang terpendam

Thursday, November 25, 2010

Mengong....

Tu lah eksen...
Mula-mula kata mahu buat sendiri..Skarang apa sudah jadi..
Saya cuma ada 2 tangan.. Staff lain...Bising-bising sebab all task nak done before 1 Disember 2010.
In hand, kerja yang menimbun...

Adoi..
Bidding lagi...
Lunch ,breakfast smua kene skip..
Meering memanjang.Berjela-jela mahu...Lepas tu..Nak lain pulak.
Wah...
Tahu lah korang 'enjin nyer' kitaorang ni 'kulikutif'.
Nak tak nak.Terima seadanya...

Wednesday, November 24, 2010

Menanti dengan sabar...

Hahaha..
Bukan senang nak menggapai apa yang diingini. Kawan aku sms D90 full set RM2900.
Frustnya.. Aku tak der cash in hand.
Kalau dah ada duit, Insyallah aku dah beli.

Ya Allah..
Sesungguhnya apa yang KAU turunkan...
Benar-benar menguji kesabaranku.
Kau berikan aku sedikit pengajaran..
Betapa indahnya kesukaran ini dengan berlandaskan kesabaran yang KAU kurniakan kepadaku.
Betapa aku mendekatiMU bila aku bersendirian kini...

Mungkin..
Itu hikmah yang KAU berikan kepadamu.
Ya Allah...
Aku bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan
Betapa aku memanjat  doa kepadaMU...

Betapa aku terlalu merinduiMU..
Betapa aku tersenyum bermunajat terhadapMU...

Bersyukur aku kepadaMU Ya Allah..

Friday, November 19, 2010

Buhsan...

Buhsan dengan sikap segelintir manusia...
Part aku asyik menjaga hati mereka jek..
Kekadang, kenalah faham..
Nobody perfect ler...
Buhsan dowh...

Friday, November 12, 2010

Take me Away...(Lifehouse)

This time what I want is you
There is no one else
Who can take your place
This time you burn me with your eyes
You see past all the lies
You take it all away
I’ve seen it all
It was never enough
It keeps leaving me needing you

(chorus)
Take me away
Take me away
I’ve got nothing left to say
Just take me away

I try to make my way to you
But still I feel so lost
I don’t know what else I can do
Cause I’ve seen it all
It was never enough
It keeps leaving me needing you

(repeat chorus)

Don’t give up on me yet
Don’t forget who I am
I know I’m not there yet
But don’t let me stay here alone

I’ve seen it all
And it’s never enough
It keeps leaving me needing you
I’ve seen enough
And it’s never enough
It keeps leaving me needing you

(repeat chorus)
Take me away
Take me away

Wednesday, November 10, 2010

Aku kah...

sepi yg mengisi ruang hati...semakin galak menguasai...
berada di alam nan indah terbentang ini...
sikit pun x mampu menghambat gusar dihati...
air yg mengalir tenang...
juga x mampu damaikn sekeping hati milikku...
angin yg berpuput lembut...sepoi2 mencium pipi~...
tetap x mampu memujuk hatiku lagi...
sudah retakkh kini...?

sepi yg menghimpit rapat...semakin akrab...
malah memeluk aku dgn erat...
seperti x mahu lepaskn aku pergi...
rimas aku rimas...sungguh aku rimas...
sukar utk bernafas tenang...
malah x mampu berlagu riang...
duhai beburung di awangan...
bawa lah aku terbang...bawalah aku pergi...
hajatku...
ingin tinggalkn sekeping hati yg sepi disini~....

sepi yg memagari hati...berikan aku kunci...
hapusknlah sumpahan ini...
ingin sekali merenggut pergi sepi dihati...
tp ku takut terluka...
kelilingku...kurasakn lengang...
terasa asing, kerdil dan terpencil...
sesatkh aku di alam nyata...?
penat sudah menganyam kelarai dihati...
namun hati ini...degil utk menyambut indah...
kemesraan yg telah lama layu dan terkubur~...
meninggalkn sepi merewang di segenap ruang hati...
berlalu pergi...meninggalkn aku terkapai2 seorang diri~...
adilkah aku dibebani sebegini...??

Tuesday, November 9, 2010

Jahat sangatkah aku???

Bertanya pada diri...
Jahat sangatkah aku???
Apa yang dah aku lakukan sehingga adik beradik aku memulaukan aku...
Apa yang telah aku lakukan sehinggakan tiap gerak geriku di pantau...
Apa yang telah berlaku sehinggakan aku di persalahkan seratus peratus...

Yang aku kesalkan...
Mengapa nama semut menjadi pertikaman lidah antara aku dengan ayah,adik dan makcik-makcikku...
Yang telah berlalu biarkan berlalu...
Semut bukan lagi sebahagian hidupku lagi..
Dia dah bahagia...

Namun, aku mengiyakan biarpun apa yang telah berlaku tidak pernah mereka ketahui realitinya.
Ya.. Aku bantu semut tapi... Semut bantu aku balik if aku dalam kesusahan.
Cuma aku tak pernah mention apa tiap bantuan aku pada semut dan bantuan semut padaku.

Memang semut memahami. Dan aku jua tak salah semut jika dia pergi dari hidupku.
Aku dapat rasakan dia tertekan dengan sikap keluargaku yang terlalu mementingkan kesempurnaan
dalam mengejar duniawi daripada kasih sayang sendiri.
Kata mereka, mereka menyayangiku..Namun aku terlalu kesal..
Tiap kali aku terlantar sakit dahulu..Semutlah orang yang sentiasa bersamaku.
Kini setelah ketiadaan semut...
Sakitku,makanku,pakaianku.. Tiada siapa yang ambil peduli.
Malah kata mereka... Aku mampu berdikari.
Bukan apa yang ku pinta dari mereka..
Sekadar kasih sayang dan sedikit perhatian...
Agar aku terus kuat berdiri... Meniti hari yang tak pasti..

Cuma yang paling ku kesalkan.
Segala kekesalan arwah ibu padaku, baru sahaja aku ketahui.
Kenapa ibu tidak sampaikan semua kekesalannya padaku?
Mengapa dia menyampai pada orang lain?
Mengapa kini setelah 6 tahun ketiadaan ibu, segala silapku di huraikan??

Pada makcik-makcikku.. Ya..Mereka inginkan anak buah mereka ini menjadi insan solehah.
Aku akui.. Aku banyak berubah tapi hati ku tetap memanjat  dan meminta pada Yang Esa.
Biarpun aku bersusah sendiri.. Ku harunginya dengan Redha kerna..
Dengan kepayahan itu..Terlalu banyak yang aku pelajari tentang hidup.

Makilah..Cacilah dan Katakanlah apa yang mereka ingin kerna...
Aku tetap Ibnu Nafis yang mereka kenali.
Aku diam bukan bererti aku kalah..
Tetapi segala kesulitan ku simpan dengan kemas..
Agar dapat ku pendam segala-galanya dengan tenang...
Mungkin,ini bukan lagi masa ku..
Bukan masa kegemilanganku..
Masa kejatuhanku..
Biarpun aku jatuh terseungkur..
Aku bingkas bangkit agar aku tidak lagi tersungkur dan terus tertidur..
Kerna..
Aku jua manusia biasa...
Yang memiliki keinginanku..
Yang ingin memiliki kebahagianku sendiri..
Yang ingin jua menggapai apa jua yang ingin ku miliki...

Aku harap..
Pemergianku ini akan melenyapkan segala konflik..
Yang telah berlaku kini...

Aku jua berharap..
Dengan mulut aku terkunci rapat ini...
Akan memulihkan keadaan..
Agar mereka melihat sendiri kepayahanku...

Harap jua begitu...
Maafkan aku jika luahan ini bisa membuatkan hati lain terguris..
Jika benar aku begitu..
Maka..Maafkanlah aku..

Ku bukan insan sempurna yang dikau cari..
Tapi ku lakukan yang terbaik untukmu agar nampak sempurna di mata kalian..

Maafkan saya dari Ibnu Nafis...

Monday, November 8, 2010

Tak faham...

Hari ini cakap lain..
Esok cakap lain..
Hari ini kata putus..
Tapi esok kata sayang...

Hm.. Dah berbulan aku mendengarnya...
Mahu tak mahu, aku sekadar mendengarnya sahaja...

Rasa dipermainkan berulang kali dengan cerita yg tak masuk akal..
Tapi aku tetap melayankannya jua...
Entah apa yang difikirkan tentang aku..
Apakah aku ini sekadar pelampias untuk hidupnya...

Mungkin juga..
Tapi, aku benar-benar kecewa dengan org dalaman hidupku..
benar-benar mengecewakan..
hanya kerana atitude aku, mereka memperlekehkan semua keadaan..
mengapa perlu begini..
Dan mengapa mereka tida membimbingku..

Keputusan mereka sekadar membiarkan aku terus berjalan..
Meniti hari-hari yang bakal ku tempuhi tanpa sebarang pertanyaan..
Pedoman dan laluan itu harus kutempuhinya sendiri..

Ya..
Aku sekadar.aku sekadar menumpang dalam keluarga yang terlalu sempurna..
Dan hadirnya aku mencacatkan kesempurnaan mereka
Aku redha...

Wednesday, November 3, 2010

Majuk..

Majuk...

Seyes.. Aku x reti nak pujuk kalau org merajuk.
Mungkin sbb hati nie dah tebal sgt kot...
Ye lah..Bertahun-tahun memujuk org merajuk..
In the end..Aku sendiri yg merajuk..
Dah tu, x sapa pulak yg memujuk...

Ku tabahkan hati dalam apa jua keadaan..
Nak tak nak.. Aku hadapinya jua..
Susah nak perbaiki apa yg telah berlaku...

Mungkin...
Aku terlalu menjaga hati org sehingga satu tahap...
Hati sendiri aku x manjakan...
Benarkah..
Benarkah aku begitu..
Benarkah aku memudaratkan hati sendiri...

Aku sedang kecewa...
Kecewa dengan diri sendiri...
Tersangat lah kecewa...

Pergeseran antara aku dengan....

Semalam 2 Nov 2010...

Perkara yang paling bodoh pernah ku buat selama bekerja 3 tahun di syarikat Konsultan ini.
Bukan sengaja untuk aku melepaskan kemarahan yang meluap-luap..
Tapi kali ini, aku rasakan.. Ianya terlalu menekankan diriku sendiri.
Andai prestasi dalam kerja di pertikaikan, aku masih boleh menerima.

Tetapi.. Penilaian dari sedi penggunaan benefit di tokok tambah!
Apa ni???
Kalau dah benci sekalipun, bagitahu jelah...
Tak perlu berdolak dalih..
Aku faham.. Dan aku akan cari kerja lain..

Dan kalau itu yang di mahu..
Aku turutkan...

Memang aku dah 'terkurang ajar' dengan menepuk meja dalam biliknya.
Tapi terus terang aku katakan..
kemarahan aku tidak dapat di kawal lagi..

Argh..Rezeki bukan lu yang bagi..
Allah.. Aku masih ada Allah untuk bergantung...
Dan bukan kau sebagai manusia bisasa...

Damn it......

Tuesday, November 2, 2010

Apakah... Mengapakah....

Yup... Semak aku rasa skang nie..
Semua hati aku nak jaga..
I try to put hard for myself but unfortunately..Aku jua yang tertewas..

Bagaimana cara lagi harus ku puaskan hati orang sekeliling...
Bagaimana cara lagi, agar aku dapat di lihat hingga satu tahap tertinggi...
Bagaimana cara lagi, harus ku pujuk diri ini..Mereka perlu ku hormati...

Aku tak faham?
Keliru dengan banyak keadaan...
Rasa dikhianati dengan orang dalam...
Rasa terhina dengan kata-kata mereka...

Bukan aku berkira..But I have too..
In mean time, i have my own plan..
To do that.. To do this..
I need enjoy for my life..
Bukan duduk terkurung dalam rumah dan sekadar berkawan dengan orang di sekeliling ku..

I like reading writing and sports..
I like to do photography, singing and enjoy watching a movie.
But in certain circumstances .. Aku jua perlu meluah tension dengan pergi tempat hiburan...
Aku masih tahu batas-batas agama...

Aku tak mengerti...
Mengapakah di usia sebgegini masih lagi orang mempertikaikan segala tingkah lakuku?
Pertikaikan setiap pembelian dan bajet aku..
Pertikaikan ke mana perginya duitku...

Come on lah...
Aku dah terlalu tua untuk menceritakan segalanya..
Aku bukan berumur 12 tahun lagi..

Bila aku meluah di wall sendiri..
Kata mereka aku meroyan..
Kata mereka jua aku tidak menjaga hati mereka...
Kata mereka, berkecil hati dengan tiap patah perkataan..

Habis aku???
Duduk dan angguk saja..
Duduk dan iyakan bukan apa yg aku lakukan...
Duduk membatu diri sahaja..
Itukah aku...

Apakah...
Mengapakah semua ini berlaku..
Namun aku Redha dengan ketentuan-NYA...

Monday, November 1, 2010

Menyesal Part 2...

" Kadangkala orang yang paling menyintaimu adalah...
Orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu...
Kerna orang itu takut...
Kau berpaling dan menjauhinya...
Dan bila suatu masa hilang dari pandanganmu...
Kau akan menyedari dia...
Adalah cinta yang tidak pernah kau sedari..."

Itu yang aku rasai apabila kehilangannya.. Namun telah di takdirkan untukku...

Hari-hari yang kulalui kini kosong tanpa kehadirannya.
Ceria yang ku hadapi bersamanya kini bertukar menjadi muram.
Mungkin senyumku telah hilang..

Selepas setahun baru ku sedar.. Betapa aku merinduinya..
Namanya selalu dibibirku...
namanya masih kekal diingatanku...
Namanya masih utuh di hatiku...

Bagaimana hendak ku lupakan semua kenangan yang tercipta bersamanya?
Bagaimana pula hendak ku kikiskan rinduku ini...
Bagaimana ingin ku nyatakan padanya bahawa aku masih menyayanginya...

Egokah aku...

P/S: Adaptasi dari lagu wali band egokah aku...
       Tak de kene mengena dalam hidupku...