Clik For Money...TQ

Wednesday, July 28, 2010

Semak...

Hari ni, rasa sangat semak. Puncanya masih tidak dikenal pasti. Mungkin terlalu memikirkan sesuatu yang di luar jangkaan. Mungkin jua terlalu mengikut arus permasalahan. Mungkin diri ini di uji dengan pelbagai dugaan.

Ya... Diam dan membisu. Tanpa berkata. Tanpa boleh fokus untuk membuat tugasan. Tanpa mampu melakukan segala aktiviti. Menjadi longlai tanpa kata. Menjadi lemah kerana rindu. Menjadi serius tanpa sebarang senyuman. Apa yang bersarang di hati, tidak diketahui. Yang tahu, otak bercelaru. Segala urat tersimpul rapi bagaikan tiada penyelesaian. Penyelesaian pada permasalahan apa, masih tidak di kenal pasti.

Tetapi di hati seperti tersimpan rasa gundah gulana. Mungkin kerana situasi kini banyak menguji kesabaran yang ada. Mungkin keadaan aku kini tidak seperti dahulu. KepadaMU aku bermohon.. Agar di berikan ketenangan yang hakiki.

Yang pastinya, aku jua menginginkan sesuatu yang boleh membuatkan aku tenang. Tenang seketika agar akalku kembali berfikir seperti sediakala...

Tuesday, July 27, 2010

Rindu Padanya


Rindu padanya

Ya.. Aku rindu padanya. Sebab malam 27 Julai 2005, aku masih berada di Empire Tower. Melaksanakan final documentation untuk di serahkan kepada Client (OGPC) pada esok hari. Tetapi, hati ku ketika itu ssangat kusut. Ku leraikan kekusutan di jiwa dengan mendengar lagu-lagu yang berkumandang di desktopku.

Jam menunjukan pukul 12.30 malam. Aku masih bersama Ana dan Shafiq. Fail-fail bertaburan di atas lantai. Aku agak semak waktu itu. Di benakku teringat dengan keadaan ibu di rumah. Ibu dah makan ke belom. Sudah mandikah dia. Ya ibu sakit. Menghidapi breast cancer untuk tahap 4. Kami sekeluarga terpaksa berpura agar ibu tidak mengetahuinya. Namun jauh di sudut hati, aku tahu… Ibu sudah ppun duga dengan takdirnya itu.

Tiba-tiba deringan telefon berbunyi. Nama ibu tertera di skrin Nokia 3310 ku.”Assalammualaikum….”

“Walaikumsalam…IN kat mana?”Tanya dengan lemah.

“ Dekat office mak.. IN balik lambat sikit. Nak hantar dokumen kat Client esok…” Balasku lembut

“ Kije rerajin. Mak rindukan IN nie.. Anak mak dah makan ke?”

Tersenyum aku mendengarnya” Dah.. Siapa suap mak tadi.. Mak makan apa.. Banyak tak mak makan?” Tanya ku bertalu-talu yang cuba menyembunyikan kesedihan di hati.

“ Adik suap tadi.. “ Balasnya pendek.

“ Tak pe.. esok kita sarap sama. Nanti IN suapkan pula. Nanti kita beli nasik lemak simpang. Mak jangan tak makan tau… IN sayang emak. IN nak buat keja dulu.. Dah siap nanti, IN balik. Jangan lupa makan ubat…” pujukku. Walhal aku sendiri tidak pasti jam berapa aku akan pulang ke rumah.

“ Jangan lupa balik tau..”Pesanannya.

“ Ok..”.

Aku segera menyambung kerjaku. Menyiapkan segala dokumen yang ada dengan sepantas mungkin. Ya, aku telah berjanji dengannya. Berjanji untuk pulang dengan kadar segera. Ku lihat Shafiq beredar untuk pulang. Ya, Shafiq adalah Penolong Pengurus untuk Jabatan Perolehan kami. Tentu dia boleh pulang awal.

“ Kalau boleh esok pukul 8 semua dah setel.”Pesan Shafiq ringkas sebelum beredar..

Kami berdua sekadar menganggukkan kepala sahaja.Jam di jam menunjukkan 2.30 pagi. Masih banyak yang belum di bereskan.Hatiku makin tidak keruan. Bagaikan ada sesuatu yang bakal terjadi. Namun ku pujuk hati ini agar tenang dengan keadaan semasa.

Setelah berhempas pulas, hampir jam 5 pagi kami menyiapkannya.

“ IN.. Tak payah balik. Risau aku kau balik naik motor nie. Tidur rumah aku jelah. Nanti esok terus gi office..” Pujuk Ana.

Aku bersetuju dengan cadangannya memandangkan aku terlalu letih dengan kerja-kerja tadi.Kami berdua pun pulang ke keramat dengan selamatnya.



************************************



“ IN, balik..Emak tengah nazak” Ringkas sahaja perbualan telefon dengan ayah sebentar tadi. Kini, aku menunggang motosikal dengan begitu pantas. Semua lampu isyarat tidak ku hiraukan. Bagiku, aku telah melakukan dosa dengan ibu kerana memungkiri janji untuk bersarapan bersamanya.

Aku menyalahkan diriku sepenuhnya. Betapa aku menyesalinya. Hati merintih kesedihan. Sempatkah aku memohon maaf darinya? Mahukan dia memaafkan aku? Mampukah aku hidup tanpanya disisi? Mampukah..Mampukah… Pelbagai persoalan bermain di benakku kini. Ya Allah… Ampunkan lah aku kerana memungkiri janji dengan ibu.

Setibanya di rumah, ku lihat Pakcik Rahman bersama isterinya. Alunan yassin berkumandang di dalam rumah. Adik menangis di sisi ibu. Makcik-makcikku, abangku dan ayah, masing-masing menungguku.

“ IN anak mak…” Ucap ibu lemah.

Aku merapatinya lantas mengenggam tangannya yang makin berkedut itu.

“Maafkan mak sebab tak dapat sarap sama. Mak sayangkan IN. Mak Maafkan IN. Ingat nak, walau apa sekalipun yang berlaku dalam rumah ini, mak amanahkan IN menjadi penyambung talian keluarga ni. Jangan tinggalkan adik. Kahwinkan dia dengan Syukri.
Jangan biarkan abang terumbang ambing dengan hidupnya. Bimbing dia. Yang penting, sayangi ayah…Dia tetap ayah IN…. Bila mak tak der nanti.. Lawat makcik-makcik IN. Diaorang semua sayangkan IN…” Bisiknya lemah.

“ Insyaallah..IN tunaikannya mak…” Balasku. Tanpa kusedari air mata jatuh di ruang pipi. Ya, aku menangis.

Selesai sudah azan Zohor, ibu pergi menghadap Ilahi. Aku menangis sendirian melihat pemergian ibu.

“ Kau pergi mana semalam… Tido umah Ana kan.. Mak carik kau tau tak!!! Mak bangun mak… Adik tak boleh hidup tanpa mak” rintihnya berulang kali.

Aku sekadar diam membisu tetapi, hati ini merintih kesedihan. Berulangkali aku salahkan diriku.Menyesali dengan perbuatanku berulang kali.Air mataku gugur dengan derasnya. Ya Allah.. Apa yang telah aku lakukan ini.

Ku lihat keadaan disekelilingku begitu asing, Tanpa orang yang paling aku kasihi. Betapa aku amat menyintai ibuku sendiri kerana dialah seorang sahabat sejati dalam hidupku. Tiada penggantinya. Biarpun aku sering di sisinya, namun.. Aku masih belum puas untuk menjaganya. Bagiku dia amat teristimewa.

Aku duduk memencilkan diriku di satu sudut. Along menghampiriku. Ku lihat raut wajahnya begitu sugul. Ya aku memahami tetapi aku tak mampu memberi kekuatan padanya sedangkan… Aku sendiri begitu lemah untuk menghadapinya kini.

Mak Ton menghampiri lalu memelukku seraya berkata” Sabar IN.. DIA menyayanginya.. IN redha ya”.



Ya .. Mak Ton selalu ada ketika arwah ibu sakit. Dia tahu betapa aku dan adik bersusah payah menjaga arwah ibu dahulu. Mak ton melihat segala kesulitan yang kami berdua hadapi. Mak Ton jua lah yang selalu melawat arwah ketika dia sedang sakit. Banyak jasa Mak Ton yang tidak mungkin mampu aku membalasnya.

“ IN, mari mandikan jenazah”Pujuk Kak Ton. Aku sekadar menuruti langkahnya.

“ IN… Mandikan bahagian atas mak yea tapi jangan menangis… Selawat dah baca al Fatihah” Ucap Makcikku Lisa dengan nada sedih. Aku sekadar mengangguk.

Air mengalir di setiap celahan anggota tubuh badannya. Ku usap wajahnya yang tersenyum dengan lembut. Bercahaya wajah ibu bagaikan dia tahu, ada sesuatu yang menantinya di sana. Ku urut jari jemari ibu seperti selalu untuk kali terakhir dan, kukucup dahinya. Segala-galanya begitu lembut,hinggakan air mataku akhirnya gugur jua tanpa kusedari.

Ku lihat kain kapan telah tersedia. Segala-galanya di lakukan bersama. Sepanjang aktiviti tersebut, aku hanya mendiamkan diri. Tidak terdaya untuk ku ukirkan senyuman seperti selalu, apa ntah lagi untuk aku bersuara.Ku ikat kain kapannya setelah jenazah di qiyamkan. Wajah ibu di ketika itu sangat tenang. Lebih tenang dari biasa.

Ku kucup dahinya buat kali terakhir lalu duduk bersandar di satu sudut sepi. Orang ramai mula mengangkat jenazah ibu dan berlalu pergi meninggalkan aku. Keadaan sekeliling menjadi sunyi seketika. Tiada jeritan dari anak buahku Aiman seperti selalu hanya persoalan yang ditanya padaku” Nenek gi mana IN.. Nape nenek kene selimut…”

Aku diam kan diri. Ana datang menghampiriku. Di peluk lenganku sekuatnya. Dia menangis teresak-esak di bahuku.

“Maafkan aku IN.. Maafkan aku… Salah aku suruh ko tido rumah aku malam tadi..”
Tidak terbalas aku dengan ucapannya itu. Ku berlalu pergi tinggalkan dia bersendirian. Aku perlukan ketenangan.. Ketenangan yang boleh mendamaikan hati ini. Betapa aku menyesali perbuatan ku semalam, masih tidak mampu ku bayangkan.

Masih terngiang-ngiang pertanyaan adik, di mana aku semalam. Dan, aku tiada jawapan untuk itu.

Selepas pemergian ibu, hampir 3 bulan kehidupan aku tidak menentu. Ibu pernah berkata, kesunyian itu banyak membunuh hatinya setelah ketiadaan nenek. Tiada tempat untuk dia mengadu. Segala permasalahan yang dihadapi tersimpan kemas dalam hatinya. Perasaannya gundah kerana beban yang ditanggunginya tiada siapa yang mampu menghuraikannya.

Ya.. Benar kata ibu. Aku jua menghadapinya. Yang pasti, aku begitu menyesalai dengan apa yang telah berlaku. Benar, yang terjadi kan tetap terjadi. Aku perlu menghadapinya sendiri. Tiada kata semangat yang bias ku dengar lagi dari ibu. Betapa aku merinduinya senantiasa. Betapa aku terlalu merindui belaiannya dan betapa aku rindu kata-kata bebelan darinya.Betapa aku merindunya.. Terlalu merinduinya.

Sunday, July 25, 2010

Ini Harapanku


Dan Irama malam membisik
Lalu kabus terhurai
Yang Datang bersama semalam
Kita yang bertali oh ikatan indah
Pengikat asmara
Jangan air mata kau berikan aku
Penghilang dahaga

Sayup telah melambai
Harapanku yang hilang
Masih setia kau padaku

Berkali berulang..
Cinta yang sama yang aku lakukan
Cuma ada harapan darimu itu
Membuatkan ku rindu

Pulang kepulangan ku nanti
Dengan harapan yang sangsi
Kaliku melangkah
Menghala ke arah
Apa di hatimu kutahu penuh siksa
Hilang...
Hilang masa yang lalu
Bagaikan kau menelan hempedu
Hanya pahit yang bakal mengubati
Harapanku ini


Senandungkan perjalanan kita ini
Dengan sinaran yang menanti
Tak ku lupakan perkara yang silam
Yang kita tinggalkan

Dulu, lagu ini selalu berkumandang di gitar Along. Mana mungkin aku lupakan kenangan bersamanya. Bermain gitar bersama sambil di temani unggas malam di kampung. Betapa petahnya jari jemari kami berdua memetik gitar di kala itu. Kagum dengan kesungguhan kami berdua. Berhempas pulas menyiapkan satu lagu ketika itu. Namun, ianya hanya sejarah silam.

Waktu ini, aku tahu.. Along agak kecewa dengan cintanya. Kerana, latar belakang keluarga kami. Bak kata along " Dia umpama bulan..Kita pulak punggok. Bulan jauh di angkasa..kita pula di teratak usang nie"

Aku tersenyum sambil membalas " Biarpun punggok rindukan bulan..Dia tetap setiakan sebab..Si bulan tahu, hati budi si punggok tuh!" Along hanya tersenyum sahaja.

Aku tahu, Along kecewa.. Siapa tidak kenal dengan Sharmila.Manis orangnya. Aku pernah berjumpa dengannya beberapa kali. Hanya kerana darjat, mereka berdua berpisah. Pujukku pada Along.. "Lepaskan dia.. Mungkin ada yang terbaik menanti di kemudian hari.. Siapa tahu?Kita mampu merancang..Jodoh, cinta, maut semuanya di tangan Allah.. Kena redha dengan apa yang DIA tetapkan."

Along hanya tunduk membisu. Bermula dari situ, dia sibuk bekerja hingga satu tahap, kami berdua jarang berjumpa. Ibu membeli gitar untuk Along. Bermula dari situ, niatku untuk bermain gitar begitu tinggi. Biarpun ditegah ibu, namun kedegilan aku membuatkan ibu terus membisu.

Ibu khuatir jika aku khayal dengan muzik. Katanya, muzik tak boleh membawa ke mana. Masa depan tidak cerah. Masa muda, semua orang suka mendengarnya namun, satu tahap bila usia tua menjelang.. Album tak dapat sambutan. Aku tersengih kambing mendengar bebelan ibu. Bagiku, muzik sekadar hobi mengisi masa lapang. Dan aku tahu akan kenyataan itu.

Aku masuk ke bili Along. Sebuah buku terbuka luas.Tertulisnya note-note kecil di atasnya. AKu kenal benar note itu. Lantas, aku cuba bermain note-note tersebut. Nyata ianya cukup menenangkan aku. Aku tahu, Along telah mencipta lagu.. Ya lagu tanpa lirik. Mungkin dia buntu memikirnya.

Lantas, ku capai sekeping kertas dan sebatang pen. Ku nukilkan satu sajak di mana ianya menggunakan bahasa santai agar mudah di fahami. Ku nyanyikan bait-bait lagu tersebut bersama alunan gitar.Ku tinggalkan nota kecil yang tertulis'Cuba main lagu tu dengan lirik ni. Kalau tak ok, tukar jek wordingnya..'

Malam itu, aku dengar Along pulang agak lewat dari kerja. Mungkin banya function yang dia kene ikuti. Maklumlah, Along bekerja sebagai pelayan di Hotel Holiday Inn(kini dikenali sebagai Quality Hotel).Ku dengar jua, Along mandi dan masuk ke biliknya. Tidak beberapa kemudian, aku mendengar alunan gitar dan suaranya bersatu. Dan kemudian diam seketika.

Pintu bilikku di ketuk.Aku tersenyum. Aku tahu itu Along.

" Jom..Buat lagu nie sampai siap. Sedap pulak lirik nie.. Akak pilih word yang sesuai sikit k..Nanti Along cuba nyanyikan." Katanya.

Aku sekadar menurutinya. Kami berdua pun memulakan 'Projek' di tengah malam. Biarpun suara tidak sebagus awie atau Mus di ketika itu, namun kegigihan tetap ada dalam diring masing-masing.Hampir subuh barulah kami menyiapkan dua buah lagu. Tajuk lagu tersebut adalah Lagu Untukmu dan jua Ini Harapanku.

Aku bergegas menyiapkan diri untuk ke sekolah kerana pada hari itu aku adalah hari persekolahan. Memandangkan aku perlu hadir awal di atas ada perjumpaan untuk Student Development Club bagi Majalah Sekolahku,aku diperlukan untuk mengedit tiap cerpen yang kami terima dari pelajar-pelajar sekolah kami.

Bercita-cita ingin menjadi penulis namun ku tahu, niat ku ini pasti ditentang oleh ayah dan ibu. Sebagai anak, aku perlu menuruti segala perintahnya.Dalam masa yang sama, Along dan aku telah berjanji untuk bertemu selepas waktu sekolah. Katanya, lagu-lagu yang dicipta itu perlu di rekod. Ingin mencuba nasib katanya. Aku sekadar mengiyakan apa yang dikatakan oleh abangku ini.

***********


Deringan loceng memecah kesunyian kelas aku pada hari itu. Siapa tidak kenal dengan Cikgu Wan Jamilah. Sudah tentu banyak latihan Matematik Moden yang kami terima pada hari itu. Namun, aku menggemari pembelajaran darinya.Aku pulang berjalan kaki pada hari itu. Berbekalkan sepasang baju, aku menukarnya di tandas sekolah. Tujuanku bukan terus ke sekolah. Seperti biasa, Along akan menungguku di Pertama Kompleks. Hari ini dia tidak bekerja.

Setibanya di Pertama Kompleks, ku lihat beberapa rakanya telah ada di sana. Tentu aku mengenali mereka.Aku sekadar melihat mereka melangkah menuju ke bilik latihan. Bersungguh-seungguh Along kali ini.Recording telah di jalankan dengan jayanya. Biarpun habis lewat dalam pukul 8 malam.

Dalam kepala ku begitu ligat dengan apa yang bakal terjadi apabila tiba di rumah. Pasti ayah telah menanti dengan rotan di tangan.Pasti berbirat-birat badanku ini.Setibanya di rumah, yang ku jangka, ku hadapi jua. Begitu juga Along. Kami berdua sekadar mendiamkan diri sahaja.

Selang beberapa minggu, Along mendapat sepucuk surat dari Superfriends Entertainment. Along tersenyum lebar pada hari itu. Surat itu meminta Along hadir ke studio mereka.

" Gi lah Along, mana tahu jadik recording artis... " Seloroh ku.
" Ye lah tu.. Mana ade rupa..."
" Cuba jelah...Mana tahu ade rezeki kan..."
" Mungkin..Oklah Along pergi esok.." Kami berdua tersenyum sendirian. Mungkin usaha kami berdua tidak lah sia-sia.


**********************



Aku menunggu dengan penuh debaran. Dan akhirnya kelibat Along, menggembirakan aku. Namun dari riak wajahnya, dia ternyata murung. Aku menanti dengan penuh sabar apa yang ingin di ungkapkan nanti. Ku tunggu hingga dia membersihkan dirinya. Jelas wajah Along tidak begitu ceria bagaikan sesuatu yang mengganggu di benaknya.

"Kak... Sini jap.." Panggil Along.
Aku masuk ke biliknya.

" Nie hah diorg bagi..."Beritahu Along sambil menyerahkan cheque ke tangan ku. Tertulis RM2K.

" Ok lah tuh... "Balasku spontan.
" Ok. Memanglah amount tu banyak tapi... Kita yang buat lagu tu kan. Tapi nanti keluar album kat sesapa, penulis lirik dan lagu adalah orang lain... Macamana tuh.. Lagu kita lah Kak!!! Lagu kita!!" Keras suara Along kali ini.

" Akak mana lah tahu... Tak pe lah kita cuba lagi Along. Move on... Sok lusa mungkin masa kita pula nanti kan..."

Aku lihat Along membisu seribu bahasa.Aku tahu hatinya. Usaha yang kami lakukan hanyalah sia-sia.Aku tahu Along begitu kecewa dengan nasibnya. Bagi ku, itu semua takdir... Takdir dimana kami perlu lagi berusaha. Ternyata, usaha kedua dan ketiga kalinya tetap sama.

Aku masih menyimpan semua hasil usaha kami berdua. Mahu tidak mahu, ianya hanya sekadar kenangan yang tidak luput dari ingatan. Kenangan kami berdua bersama. Kenangan di mana betapa akrabnya kami pada waktu itu. Kini, aku hidup bersama kenangan lama. Harapanku hanya satu.. Supaya Along dapat meneruskan kehidupan biarpun kini dia meniti hari-hari yang tidak pasti.

Aku sebagai seorang adik, hanya sekadar mampu memberikan semangat agar dia terus meneruskan kehidupan ini dengan sempuna mungkin. Ini sajalah yang aku harapkan untuk Along. Moga dia tabah seperti arwah ibu yang sabar menghadapinya.


Maafkan IN Along.. Kalam ini hanya mampu di nukilkan untuk Along. Moga Along ceria bersama keluarga tercinta.. Amin...

Tempat kedua....

Pernah tak terjerumus dalam 2nd place... Bukan pertandingan atau mana2 torney tapi... Kedudukan anda pada seseorang.. Katanya penting dalam hidup! Akan tetapi, diletakkan kita 2nd place dalam apa jua keadaan... Nak tak nak si 2nd place nie,ikut jek keadaanya... Demi menjaga hubungan... Akan tetapi, si 2nd place nie akan byk makan hati... Nak tak nak, dihadap jua... Nak tak nak, ditelan je semuanya tanpa membantah sebab... Dah sayang...
Tapi... Pernahkan dia nampak akan kewujudan 2nd place nie... Andai suatu hari nanti, 2nd place nie menarik diri dari kehidupan seseorang, x mungkin lagi 2nd place memandang ke belakang lagi.... Mungkin dia akan berlalu pergi dengan begitu sahaja....


Menyayangi seseorang tanpa berharap balasan adalah menyakitkan. Itu yang pasti. Bukan mudah untuk menyayangi seseorang tanpa dia mengetahui akan niat kita. Hm... Begitulah topik perbualan pada malam ini. Bersama Ida di tepi tasik dan di temani dengan Farouk. Perbualan pada malam ini agak hangat memandangkan Farouk meluahkan keadaanya di mana, dia merasakan bahawa dirinya hanya sekadar di tempat kedua sahaja.

Sentiasa berada bersama orang yang disayanginya ketika susah namun, orang tersebut seakan-akan tidak mengendahkannya. Hanya memerlukan Faraouk ketika dianya ditimpa musibah dan ketika dia gembira masanya hanya di utamakan pada kekasihnya tersebut.

"Habis Far, kau luahkan tak pada dia yang kau suka kan dia?"Tanya Ida.
"Dia tak tahu..."Jawab Far ringkas
Aku hanya tersenyum sahaja mendengarnya. Kenal benar dengan perangai Far yang begitu bijak menyembunyikan perasaannya.

"Salah kau Far.. Patutnya luahkan je... At least, tak delah kau sakit hati.." Ida bersuara.

"Fis, kau senyap jek dari tadi. Aku buntulah...Rasa macam diri ni tempat dia meluah masalah je. Bila dia susah, aku tolong.." Luah Farouk yang melihat aku mendiamkan diri.

Aku sekadar tersenyum lantas membalas" Kau sayangkan dia kan...Kalau sayangkan dia, bererti kau dah bersedia untuk menerima semua keadaan..."

" Habis, tak kan lah Far nak menerima je...Pompuan tu datang bila dia dalam keadaan susah.Dah tu dia senang, blah je mcm tu kan... Ingat Far nie tunggul ke?" Bidas Ida.

Tertawa kecil aku mendengarnya."Lain macam je bunyinya Ida!"Sindir aku.

" Hish Fis nie..."

" Ida.. Far malu nak luahkan yang Far suka kan dia. Far takut lah Ida..." Pintas Farouk.

"Far.. Mungkin dia menganggap kau sebagai sahabatnya tapi jangan sampai di pergunakan. Perlu ingat, Far boleh membimbing dia agar tidak terjerumus dalam dosa. Sahabat yang baik pun tak salah Far, janji dia boleh menerima seadanya...Cuma Far kenalah pandai pilih topik agar Far tak rasa tidak di hargai..." Jelas ku pendek.

Farouk tunduk membisu. Sukar untuk bermain dengan perasaan lebih-lebih lagi pada orang yang kita cintai dan sayangi. Bertepuk sebelah tangan membuatkan seseorang menjadi kurang waras malah mampu bertindak di luar batasan.

"Far.. Doalah.. Doa agar dia nampak kau hadir dalam hidupnya. Jika masih begitu, mungkin dia bukan untuk kau..Come on Far! Cari yang lain k..." Pujuk Ida.

" Far... Kalau kau terus begini, tidak mustahil nanti kau jua boleh memenangi hatinya. Sabar kunci utama... Memahaminya adalah yang terbaik buat kau ketika ini. Cuma jangan terlalu mengharap padanya Far.. Sebab dia juga manusia biasa seperti kita..."Ucapku lau tersenyum.

Faraouk membalas kembali senyuman ku seraya berkata" Insyaallah Fis,mungkin dia akan sedar bila aku tiada di sisinya. Waktu itu baru lah dia sedar, betapa pentingnya aku dalam hidupnya."

Aku sekadar mengangguk. Dalam hati ini berdoa, agar Farouk tidak terlalu mengharap padanya. Kerana, khuatir dengan tindakan Farouk yang agak terhegeh-hegeh untuk mengenali gadis tersebut.

Apa yang di faham dgn situasi ini... Sbb IN sendiri tak faham... Dengar jelah.. Tp yg IN tahu, tinggi tahap kesabaran org yg duk 2nd place nie sbb akan byk makan hati dgn org2 yg di sayangi. Melihat pada keadaan 2nd place nie... Lebih eloklah undur diri dari setiap detik dan keadaan agar hatinya tidak disakiti atau dirinya terus dipergunakan....hehehe... Pendapat IN jek....

Tuesday, July 20, 2010

Sekadar perkongsian...

Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?

Quote di atas mengingatkan aku kembali satu perbincangan bersama seorang teman dahulu. Cantik orangya. Dia duduk dihadapanku sambil tersenyum.
"Apa lu tahu pasal sahabat beb?" Tanya dia pada aku
"Apa maksud lu.. Sahabat mcmana yang lu nak?"Balas ku selamba.
"Lu ramai sahabat ke or tak de sahabat.. Sahabat yang boleh susah senang bersama..." Jawabnya ringkas.

Sahabat.. Tentu semua orang di dunia ini punyai sahabatkan. IN pernah memilikinya dahulu. Ya.. Bertahun lamanya IN mempunyai sahabat yang cukup memahami IN. Sayangnya IN sampai ke mati tapi.. Hujan tak sampai ke petang. Kesilapan IN kepadanya mungkin banyak. Kerana terlalu memanjakan dirinya sehinggakan mata IN ditutupi dengan kesilapannya.

Bak kata kawan IN' Yang buruk tu lah IN nampak cantik padahal..DIa terlalu banyak melukakan IN sehinggakan IN tidak nampak akan kelukaan itu'

IN bukan begitu. IN sangat pemaaf orangnya. Bagi IN, IN bukan Tuhan. IN perlu memberi peluang pada insan lain. Biarlah mereka menyedari akan kesilapan mereka sendiri.

Berbalik mengenai SAHABAT. Sahabat dalam konteks yang IN fahami adalah, seorang insan yang mampu berkongsi kebahagian, kesempitan hidup serta kemurungan jiwa bersama-sama. Sukar untuk mencari sahabat yang benar-benar memahami diri kita bahkan..Mencari sahabat yang boleh menerima kekurangan kita seadanya.

Benar..Kita perlukan teman dalam hidup. Tetapi bertemu dengan teman-teman sekadar untuk mengisi masa lapang tidak menyamai dengan SAHABAT yang mampu membimbing kita jika tersasar dari laluan sebenar.

Ada yang berpendapat, sahabat boleh melebihi dari seorang.Dan ada juga beranggapan, cukuplah hanya dengan seorang SAHABAT. Terpulang pada individu. Jika niatnya ikhlas..Ikhlas jualah perhubungan tersebut. Namun jika sesuatu hubungan hanya berdasarkan harta dan wang semata-mata, pincanglah hubungan tersebut.

Pernah suatu ketika, hubungan IN dan sahabat ini ditimpa dugaan yang agak berat. Wujudnya halangan keluarga.. Namun IN yakin, niat IN ikhlas cuma.. Kesilapan IN terlalu banyak sehinggakan IN melupakan ikatan kekeluargaan yang telah terjalin sejak dari uri ibu lagi.IN lupa diri...

Membelakangi keluarga hanya kerana seorang SAHABAT.Salah IN sendiri dan akhirnya IN terduduk lesu di atas kealpaan IN.Bila bersahabat, keluarga perlu diutamakan. Biar seakrab mana kita dengan sahabat kita, jangan lah membelakangi keluarga kerana ikatan kekeluargaan tidak akan putus sampai bila-bila...

Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita?
Dalam maknanya ni. Bukan menggunakan tangan untuk menyentuhnya tetapi menggunakan hati untuk menyelami apa yang sedang dihadapinya. Kadangkala, sahabat tidak mudah meluahkan apa yang dihadapinya sendiri. Lebih rela memendam perasaan dari bercerita.Di situlah kita perlu memahami dia sebaik mungkin.

Pernahkah kita isi kekosongan hatinya?
Bila sahabat memerlukan kita, selalu lah berada disisinya. Sentiasa bertanya khabar. Atau meluangkan masa untuk berbual-bual dengan apa yang sedang atau telah di hadapinya. Di sini, kita sebagai sahabat perlu bijak memainkan peranan agar, sahabat kita tadi tidak bosan dengan diri kita.

Pernahkah kita memimpinnya?
Memimpin bukan bererti berjalan sambil berpimpin tangan tetapi... Memimpin sahabat ke arah kebaikan. Bila sahabat berbuat salah atau perkara yang bertentangan, jangan sesekali kita mencaci atau menghinanya.Pimpinlah dia kembali pada jalan yang diredhai olehNYA kerana tangan yang dihulur oleh kita akan memberi satu keselesaan yang membawa akalnya untuk terus berfikir.Berfikir agar dia dapat melunaskan apa yang kusut di benaknya.

Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?
Sukar untuk mengungkap kata sayang pada sahabat bukan etapi tidak pada kekasih. Menagapa..Kerana masyarakat sekarang terlalu taksub dengan ungkapan lesbian or gay walhal, mereka berdua hanyalah sahabat sejati saja. Ungkaplah kata sayang sementara mereka ada dan jangan disia-siakan peluang itu kerana... Kita tidak akan tahu, masihkah ada hari esok untuk kita mengungkapkannya...

Sekadar memberi pendapat..Jika IN salah, maafkan IN... Yang baik datang dariNYA.. Yang salah dan silap itu,datang dari IN sendiri.

Monday, July 19, 2010

Sepi itu rindu..

Benarkah sepi itu rindu... Hm bagi pendapat IN , ada benarnya. Di kala di himpit sepi, rindu hadir bertalu. Menamatkan kesepian itu dengan merindui seseorang. Mungkin kerinduan itu menamatkan kesepian yang bertakhta di hati? Namun bagi IN. Sepi itu memeritkan... Jiwa memberontak kerana bila diri di ambang sepi, fikiran akan bercelaru.

Kecelaruan itu memaksa seseorang bermuram durja.Mengapa? Kerana kecelaruan itu memaksa seseorang untuk berfikir.Memikirkan kesalahan yang telah di alami lalu. Bukan untuk mengeji diri sendiri tetapi sekadar mengingatkan pada diri bahawa... kita pernah melalui satu kealpaan yang membuatkan kita bermuram durja sehinggakan... terbitnya sepi dalam diri ini.

Umpamanya, kesilapan memilih pasangan hidup seperti kekasih, tunang mahupun suami. Hm...Tapi, apa yang IN alami....

IN SEPI kerana.. Acapkali diri ini dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk mengisi masa sepi mereka. Mempermainkan hati IN yang begitu ikhlas membantu serta mengasihi mereka tetapi...Mereka sekadar menganggap diri IN singgah sana dalam hidup mereka.

Allah tidak pernah menghukum hambaNYA kerana IN sedar..Mungkin dikalangan lain, hanya IN pendengar setia..Sabar dan apa-apa lah..Cuma harus diperingatkan jua.. In jua punya hati dan perasaan...

Selami lah SEPI itu Rindu...

Sunday, July 18, 2010

Ibnu Nafis, Manusia biasa....

Hm.. Lama tidak aku nukilkan dalam blog nie. Rasa 'semak' dengan beberapa situasi yang melanda kebelakangan ini. Mungkin patut aku luahkan di sini agar apa yang terbuku dapat ku kurangkan dengan mudahnya.

Ya sudah lama kami tidak berhubung tapi setelah satu peristiwa itu, aku menghubunginya... Ternyata dia menerimaku dengan tangan terbuka namun... Jauh di sudut hati, ada sedikit kegusaran dengan keihklasannya. APa tidaknya, aku takut pisang berbuah dua kali. Mudah menerima dan mudah membuang orang sesuka hati.

Aku masih teringat dengan statementnya. Dia hanya mampu menyintai tetapi tidak erti akan maksud menyayangi. Dalam erti kata lain, bercinta dengan sepenuh hati tetapi tidak menyayangi insan-insan di sekeliling. AKu terima kenyataannya kerana pada waktu itu, terdetik di hatiku betapa aku menyayanginya. Dia adalah sebahagian dari hidupku. Dia jualah yang mengembalikan keceriaan di wajahku setelah aku terduduk membisu pada satu ketika yang lalu.

Dan pada masa yang lalu jua, dia jualah yang menyebabkan aku jatuh tersungkur. Apabila dia membuang aku kemudian mengutip aku pada bila-bila masa dikehendaki. Adilkah??? Namun, kasih sayang membatasi segalanya. Ketika kami bertemu semula, hadir pula org ketiga.

Ternyata aku lebih selesa dengan kehadiran orang ketiga tersebut. Begitu memahamiku. Terbuka mindanya tanpa sebarang perasaan cemburu cuma terlalu awal untuk aku menilainya. apakah dengan kehadirannya sekadar menambah luka di dada.. atau kehadirannya akan menambahkan kegembiraan yang selama ini terpelosok di bawah sinar kemurungan yang wujud dalam hidupku.

Aku sendiri tidak pasti..Mungkin di waktu aku memerlukan mereka..Kehadiran mereka membawa rencana sama ada aku sekadar pelepas sepi mereka atau sekadar mengisi ruang masa kosong yang mereka ada. Aku sendiri tidak pasti. Cuma, aku tahu, aku menyayangi mereka sepenuh hati tanpa rasa ragu. Terpulanglah pada mereka berdua...

Mungkin dengan adanya luahan ini, mereka kan sedar bahawa, aku jua punya perasaan. Jangan sesekali meperkotak katik kan perasaan aku ini tanpa menghirau akan kewujudannya. Aku jua manusia biasa yang mempunyai sifat marah, kecewa dan rasa terhina. Moga mereka kan sedar kewujudan ku ini. Jika mereka benar-benar menyayangiku, mereka kan sedar dengan sikap yang mereka pamerkan sendiri. Aku jua seorang pemaaf. Jangan gentar dengan diri ini.

Cuma, aku jua manusia biasa.. Seperti manusia lain... Ah... Tidak perlu aku jelaskan lagi. Ku harap dengan luahan ini, mereka mengerti.. Aku masih lagi Ibnu Nafis..Hanya manusia biasa...

Tuesday, July 6, 2010

Fis ....


Pernah aku bertanya pada diriku, sampai bila harus ku begini. Menanti kehadirannya dalam hidupku. Yang pasti, dia telah berpunya. Ingin ku nyatakan padanya, betapa aku terlalu menyintainya. Dengannya, hisupku terlalu indah. Dengannya jualah, hidupku amat bererti. Dengan kehadirannya jualah, ku rasakan dialah permaisuri di hati ini.

Namun, aku sedar. Dia ku lepaskan. Kasih yang ku sulam bersamanya, musnah di pukul badai. 5 tahun kami bersama, namun... Setelah hadirnya Darwish Haiqal dalam hidup kami, dia mula berubah sikap. Pemarah, murung dan pendiam. Apa yang ku lakukan untuknya semua tidak kena. Apa tah lagi jika aku membuat kesilapan yang tidak di sengajakan...

Mana mungkin ku melupakanmu. Nama yang berjaya mencuri hatiku di kala aku di ragut kesepian lalu. Dia seorang isteri yang baik,solehah dan bertanggung jawab pada tahun pertama perkahwinan kami. Namun, panas tidak ke petang, hujan turun di tengahari. Aku terima dengan hati terbuka setelah di desaknya berulang kali agar melepaskannya. Dia menemui cinta yang lain sewaktu aku agak sibuk di pejabatku.

Apa yang harus ku lakukan? Tanpa kerelaan, ku lepaskannya dia pergi. Hampir setahun aku membesarkan Darwish Haiqal yang kini telah berusia 5 tahun. Petah berkata cilik orangnya,cerdik apabila melontarkan satu-satu persoalan.

Ibu, sering bertanya.
“ Fis tak nak kawin ke? Kesian mak tengok Awish tu...Risau mak di buatnya..”
Aku hanya tersenyum saja.
” Bila mak tanya, Fis akan senyum..Dah beku ke hati Fis tu?” gerutu ibu, Puan Kalthum
”Tak lah mak... Siapa lah nak kan Fis duda anak satu nie... Tunggu Puteri Gunung Ledang lah jawabnya..”usikku
”Eh! Anak mak kan ada rupa..Macam Tom Cruise lagi... Takkanlah tak da satu pun yang Fis berkenan....Si Amy tu, baik je budaknya mak tengok. Apa yg kurang dengan dia?”Balas ibu.

Fikiran ku melayang memikirkan Amy. Ruhaimie namanya. Secretary di pejabatku. Memang comel orangnya tapi, agak keterlaluan sedikit perangainya. Kecoh juga di pejabat bila aku dikhabarkan sedang hangat bercinta dengannya walhal, urusanku sekadar tugas harian sahaja. Mungkin keihklasan ku untuk meghantarnya pulang telah disalah ertikan olehnya.

”Cakap pasal kahwin je,termenung. Lepas tu, senyum sendiri...”

Teguran ibu mematikan lamunanku.


Aku tersenyum lagi. Darwish begitu leka bermain di luar. Bukan tidak mecari tapi, mungkin belum tiba masanya lagi. Kekhuatiran ibu agak merunsingkan fikirannya. Mungkin dia bimbang dengan masa depan Darwish. Ibu..Ibu..

”Mak carikan lah untuk Fis... Senang cerita..Buleh?” usikku.

Ibu memandang tepat ke arahku.” Betul nie? Fis tak main-main... Nanti mak carikan, Fis pulak tak berkenan...“

”Ala mak..Kenal-kenal dulu.. Takkan nak suruh Fis kawin terus... Baik jek Fis kawin ngan Nasha Azia tu jek...” Selorohku.

Ibu hanya tersenyum sahaja.

”Aik, apa yang dibualkan tu mak. Mesti mencari calon menantu utk abg Fis lah nie... Habis Ijal macamana?” Celah adik ku Faizal dari jauh. Baru pulang dari kerja agaknya. Faizal terus meluru ke arahku lau kami bersalaman. Dia adalah adik bongsuku. Kami hanya empat adik beradik. Dua orang kakakku selamat berumah tangga.

Kak Farihah tinggal di utara semenanjung manakala Kak Fatiha pula, di Sabah. Mengikut suaminya bekerja. Hanya Faizal yang tinggal bersama ibuku. Ayah telah 15 tahun meninggalkan kami di waktu aku berusia 15 tahun. Perit juga bila ketiadaan ayah. Faizal yang ketika itu baru berusia 10 tahun agak murung. Apa tidaknya, dialah satu-satunya anak yang paling rapat dengan arwah.

Tetapi kasih ibu begitu tinggi. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran ibu, kami semua berjaya di menara gading biarpun aku dan Faizal mempunyai sikap degil yang terlalu tinggi.

Faizal masih lagi bujang. Berusia 25 tahun dan bekerja sebagai jurutera mekanikal di syarikat gergasi minyak di Malaysia. Bijak orangnya tetapi agak sedikit baran. Tegas dalam membuat keputusan.Aku pula, mempunyai firma arkitek di Kuala Lumpur. Berkat doa ibu, aku bersama rakan kongsiku Ariff Syazwan berjaya membuka firma tersebut. Alhamdulillah, agak maju juga perniagaan kami. Pesan ibu untuk tulus membuat kebajikan pekerja serta aliran kewangan, memaksa aku bekerja dengan lebih berkhemah. Ibu pernah berpesan, kerja merupakan ibadah. Dengan berkatNYA barulah segala urusan akan menjadi mudah.

Benar kata ibu.

” Hai abang Fis, takkan lenggang kangkung je nie.. Jom keluar makan... Ijal dah lapar nie..”

” Abang gak ke nak banje.. Apa kata kali ni, Ijal lak open table.. Lama tak makan malam ngan duit Ijal kan...”balasku.

” Hahaha.. No problem.. tapi minum air masak ngan makan roti bakar jelah...” Usik Faizal.

” Ceh.. Hah, ibu.. Apa lagi.. Siap lah cepat.. Kita nak keta Ijal yea... Fis ambil Awish dulu...” Balasku lalu beredar ke halaman rumah.

sambungan Part 2...

Monday, July 5, 2010

Mana Benar.. Mana Tidak...


Hm… Tertanya-tanya pada diri sendiri… apa maksudnya jika seseorang berkata begini:-

“IN.. Dia hanya tahu menyinta tetapi tidak menyayangi…”

Aku diam. Menyintai dan menyayangi dua phrase yang berbeza. Menyinta adalah golongan manusia yang meletakkan sepenuh jiwa dan raganya pada seseorang yang di cintainya. Manakala menyayangi adalah kasih sayang yang tercipta dari persahabatan, kekeluargaan etc.

Golongan mana korang berada skang nie? Aku sendiri pun tak tahu nak letakkan kedudukan aku di ketika ini. Agak kabur dengan diri sendiri.. Apa ntah lagi dengan penilaian orang lain.

Tegas aku nyatakan di sini… Aku bukanlah berada di dunia sebaliknya. Orang kata dua alam. Huh! Ya.. Ada juga orang yang salah faham dengan fizikal ku kini. Mungkin cara layanan aku jua turut di perhatikan oleh mereka. Mungkin mereka lupa, siapa mereka untuk menilai diri orang lain.

Sedangkan Allah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk bertaubat, apa ntah lagi kita hanya manusia biasa. Tidak layak menilai orang lain atas pemerhatian kita yang agak cetek. Lebih-lebih lagi mengikut hawa nafsu yang hakiki.

Mengapa perlu menyalahkan perkara yang tidak pasti salah dan membenarkan sesuatu yang tidak pastinya benar? Membenarkan perkara salah dan menidakkan perkara yang benar? Mengapa manusia mengikut emosi dan mengunakan cakap-cakap orang sekeliling tanpa melihat, menilai dari sudut hati dan rohani?

Alasannya…
‘Memang betul dia mcm nie.. Dia memang suka melayan…’
‘Si polan bercinta dengan laki org…’
‘Saya tak suka si polan nie sebab dia rasa tunjuk bagus…’

The best thing aku dengar waktu sekarang nie…
‘Senangkan nk bagi no tipon kat orang..Walu baru beberapa hari masuk.’

Fikir-fikirkanlah… Jika anda berada di satu tahap di mana anda tidak buleh membuat keputusan, diam… Berfikir sejenak sebelum terus-terusan menuduh sana sini tanpa usul periksa… Berfikir sebelum berkata… Bukannya bertindak.

Buku Kehidupan 2


Di ambang 2010, banyak perkara yang aku lalui… Banyak pengalaman yang aku pelajari…Ada ketikanya, aku lalai.. Lalai dengan kealpaan diri sendiri..lalai utk melakukan tugasan ‘wajib’ku. Terlalu taksub dgn kehidupan duniawi.

Apa yg ku cari dalam 2010, masih tidak lagi diketahui. Ibarat hidup ini tanpa arah tujuan. Meniti hari-hari yg penuh dgn kesamaran. Ingin ku gapai bintang di langit tapi aku tahu akan ketinggian ku. Apa kan daya… Impian mungkin jadi kenyataan jika haluan hidupku menuju ke arah yg diingini namun… Aku tidak dapat tentukannya lagi.

Apakah takdirku berbeza untuk tahun ini? Tidak ketahuan olehku. Walaubagaimana sekalipun, akan ku lalui hari hari itu dengan penuh bermakana. Bangun, bertatih,berlari, tersungkur..Akan ku lalui dengan kewarasan akalku. Biarlah org sekeliling tidak mengendahkan akan kehadiranku tetapi.. perjuanganku ini haruslah berbataskan laluan yg benar.

Kehilangan yg paling perit telah ku lalui 2005. Tersungkur ke tanah tanpa sebarang semangat. Mujur ada teman yg sudi membantu ku. Hingga kini, kenangan bersamanya tak mungkin dapat kulupakan biarpun aku bukanlah insan pilihannya. Namun, menyayanginya adalah suatu perasaan yg sangat bererti di ketika itu. Bila ku tatap kembali potretnya, hati ku berbunga. Mengenang kembali kenangan lalu. Mengenang kembali di saat dia memelukku dengan erat. Mengenang kembali ketika kami berjalan berpimpingan tangan ke sana dan kemari. Dan semua itu membuatkan aku tersenyum.

Namun aku sedar. Dia bukan miliku. Dia kembali kepada-NYA. Betapa kehilangannya menambahkan impak yang besar dalam hidupku. Terlalu lemah utk ku bertatih kembali. Dia punca kekuatanku. Dialah punca utk aku berjaya dan dialah satu-satunya insane yg mungkin memahami jiwa dan perasaan ini.Walaupun tempatnya kini telah diisi oleh orang lain, IBU ku hanya tetap dia seorang. Tak kan sama.. Tak kan serupa.

2010 ini, aku mahu melihat apa yg diinginkan oleh mereka tertunai. Akan ku usahakan biarpun perit. Aku tak mahu lagi dipandang sedemikian rupa. Bertatih dan berlari kembali. Mungkin berkat dorongan-NYA, hati ku kembali bertaut pada impian IBU. Menjadi insan sempurna di matanya… Mungkin jua.. Itulah doanya hingga kini jika dia masih ada…