Aku x pasti.. Apa yang patut ku nukilkan di ketika ini. Hati di ragut-ragut kesedihan. Selama 30 tahun dia memendam rasa. Betapa aku bersalah menyalahinya 100% dahulu tanpa usul periksa.
Ya.. Ketika itu aku amat mentah mengenai kehidupan. Malam tadi, hampir 2 jam dia bercerita dan kini... Aku amat memahami apa yang di tempuhi selama ini. Di hina,di keji, di salah ertikan segala kebaikannya.
Dia berdiam bukan kerana dia bersalah tetapi memberi laluan pada tiap insan yang menghinanya dahulu. Insan yang menghina dahulu kini hidupnya agar sukar sedangkan dia... menempuhi hari hari bahagianya di usia senja.
Betapa aku amat menghormati pendiriannya.
"Biarlah aku di hina kini.. Di kendian hari, orang akan memandang tinggi padaku..Biar bersakit dahulu dan senang di kemudian hari..."
Aku menunduk sekadar merenung kembali apa yang telah di katakan tadi. Betapa dia cekal utk berjimat cermat bagi memberi kami sekeluarga kehidupan yang sempurna. Aku patut mengikuti jejaknya.
" Kesakitan yang ku alami kini..hanyalah seketika kerana...kemanisannya akan ada di hadapanku kelak." Simple tapi tepat.
No comments:
Post a Comment