Clik For Money...TQ

Sunday, October 2, 2011

~ Duit BYK@ bawak masuk dalam KUBUR..~

  Terkedu aku mendengarnya...
  Tersentak perasaan aku seketika..
  Apa yang di maksudkan..
  Perlukah aku memberinya duit tetiap bulan...
  Seingat aku.. Ayah dan emak tidak pernah meminta sebegitu darinya..
 
 Ya.. Mungkin rezeki ku lebih sedikit..
 Tapi tahukah dia..
 Aku menyimpan bersebab..
 Aku tidak mahu berharap pada mereka..
 Ya.. Seperti dahulu..
 Ketika arwah emak memerlukan pertolongan..
 Apakah mereka menghulurkan segalanya dengan ikhlas..

 Lebih-lebih lagi aku tahu..
 Apabila hubungan ayah dengan mereka agak renggang...
 Apakah mereka akan membantuku ketika ayah sakit kelak?
 Untuk aku berharap kepada abang..
 Abang punyai masalah sendiri..
 Adik pula tidak bekerja.. Tidak pula aku mahu membebaninnya...

 Merka tahu bukan hakikat semua itu..
 Bila ditanyakan mengenai ikatan perkahwinan?
 Apakah mereka benar-benar membantu...
 Aku sendiri meyaksikan majlis perkahwinan abang dan adik..
 Apakah sumbangan mereka, aku sendiri tidak pasti...
 Yang aku lihat... Ayah dan arwah emak bertungkus lumus menjayakannya..
 Sekadar memberi satu atau dua barang hantaran..
 Apakah perlu dikatakan acapkali kepadaku...

 Entah sampai bila mereka akan mengerti...
 Perbualan bersama kazenku Atasha amat memeritkan..
 Atasha juga mengalami perkara yang sama..
 Wah.. benar kata adikku..
 Segala keturunan kita akan dilayan sebegitu..
 Mengapa? Sebab ayah dan arwah emak tidak berpelajaran?
 Apakah itu jawapannya...

 Mungkin..
 Tapi mereka harus sedar..
 Tiap bantuan tenaga yang diberi oleh ayah dan arwah emak..
 Tidak pula mereka berdua mengambil kira...
 Nah.. Tepuk lah dada...
 Jika benar pelajaran mereka terlalu tinggi..
 Maka mereka boleh fikirkan segala pro dan kontra apa yang mereka utarakan...

 Benar kata orang - orang tua..
 Manusia.. Makin berharta.. Makin lupa diri..
 Makin alpa dengan keegoaan dan kekayaan yang tak selamanya...
 Makin bijak membawa bencana...
 Maaf... Kerana ianya bukan aku..
 Maaf jua.. kerana ianya.. adalah kamu...

1 comment:

Ly said...

sape neh beb? haizz..pe lak dh jadik kat tasha?