Clik For Money...TQ

Thursday, March 10, 2011

Alhamdulillah...

Yesterday.. I meet someone at KLCC
We have a long chat together...
Story about our life..

Pahit maung kehidupan yang pernah di tempuh masing-masing.
Aku tertarik dengan kata-katanya.
Nasihat yang diberi..
Terpegun mendengarnya...

Mungkin.. Persahabatan yang kami jalinkan lebih bererti dengan nasihat dan pandangan yang diberikan.
Aku sebagai manusia, mana mungkin mampu hidup bersendirian.
Memerlukan rakan dan juga keluarga.

Kata-katanya berbunyi begini.
Mungkin jua.. Allah menduga kita dengan pelbagai dugaan.
Jalan hidup yang berbeza.
Kita memohon pada ALLAH.. Agar kehidupan kita lebih tenang dan mampu melakukan ibadah kepadaNYA..
Bukan memohon agar hidup ini lebih kaya, terjamin.
Ya Allah akan makbulkan tetapi..
Untuk mendapatkannya..Adakah kita mampu menempuh dugaan dariNYA sebelum kita mendapat habuanNYA?
Bertanya balik pada diri...

Aku terdiam seketika..
Dan lantar terfikir? Apa sumbangan aku pada yang Maha Esa...
Apakah aku benar-benar beribadah kepadaNYA..
Apakah aku juga insan/makhluk yang benar-benar mantaatiNYA...


Ya Allah.. Aku mohon agar KAU tempatkan ibu,makcik-makcik,datuk dan nenek ku serta muslimin dan musliman ditempatkan di tempat mulia sebagaimana KAU memuliakan kekasihMU Nabi Muhamad SAW.
Mohon ketenangan dalam menjalani kehidupan ini.
Aku juga memaafkan segala kesilapan yang pernah dilakukan oleh orang sekelilingku.
Aku juga memohon kemaafaan bagi pihak keluargaku, rakan-rakanku dan juga muslimin dan musliman.
Aku juga mohon keredhaan dariMU...

Amin...


P/s: Konteks bermuhasabah diri bermula

No comments: