Clik For Money...TQ

Tuesday, January 18, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 1 (B)

“Jom pergi sekarang..” Ujar Nazril lalu bingkas bangun untuk membuat pembayaran.

Fatin dengan segera mengeluarkan duit dari beg tangannya lalu dihulurkan ke Nazril. Nazril tersenyum lalu berkata” Tak perlu.. Rezeki awak… Jap lagi awak naik sekali dengan saya yea. Kita pergi satu kereta, senang sikit”

Fatin hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Selesai pembayaran mereka berdua berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta.  Kelihatan sebuah kereta Totoya Vios berwarna hitam di satu sudut. Bersih dan kemas di dalamnya.

‘ Nasib baik tak naik kereta aku..Maunya si Nazril nie mengucap panjang…Fatin..Fatin.. Apalah nak jadi dengan kau nie…’

 Dalam perjalanan ke Danga Bay, mereka begitu rancak berbual. Dari berita sukan sehinggalah cerita artis. Perbualan mereka menampakkan sedikit keserasian, walhal baru mengenali dalam masa sehari. Jujurnya Fatin selesa dengan cara Nazril. Tidak membosankan . Tidak terlalu bercerita mengenai perniagaannya.

  “Nazril asal dari KL ke? Which area?” Fatin memulakan perbualannya

  “ Saya duduk Bandar Tun Hussein Onn..And my parents TTDI..Awak pulak?”

“ Saya duduk Tun Hussein Onn juga.. Ish..kebetulan pula. Saya duduk Suadamai dengan ayah saya. Awak mesti duduk area Suakasih kan….”

  Nazril menganggukkan kepalanya lalu tersenyum” Napa kita tak pernah berjumpa yea… Hahahaha,,,”

  “ Entahlah… Mungkin belum masanya nk berjumpa kot. Lagipun saya selalu berulang alik ke Ampang.. Ayah ada rumah kat sana. Adik saya yang duduk. Memandangkan dia di oversea, kami berdua selalulah menjenguk rumah di sana…”terang Fatin dengan panjang lebar.

  Nazril hanya tersenyum. “ Dah sampai pun… “

 Mereka berdua terus berjalan menyusuri Danga Bay. Ramai juga pengunjung pada malam minggu. Terdapat sekumpulan kecil budak-budak sekolah berbasikal  di sana. Mungkin tiada aktiviti yang dilakukan hujung minggu,maka mereka beriadah dengan cara begini.

 “ Fatin bekerja di mana ?”

 “ Lundin.. Drilling company as Secretary kat Jalan Sultan Ismail. Nazril pula,company Nazril buat apa..”

 “ Company kecik jek..Buat kontraktor kecil-kecilan…” Jelas Nazril. Jarang Nazril menceritakan hal sebenar pada orang yang baru dikenalinya.

“ Ok lah tu.. kecil-kecil dahulu baru besar nanti…” Balas Fatin pendek.

 Mereka berdua terus berjalan sehingga larut malam dan keesokan harinya berdua menghaiskan masa bersama di Singapura. Menuju ke Orchad Road, Fatin tidak melepaskan peluang untuk membeli belah. Mereka juga sempat mengunjungi Pulau Sentosa dan Universal Studio. Masa yang diluangkan bersama agak menyeronokan sehingga Fatin sendiri dapat melupakan Zali.
Mungkin bersama Nazril agak melekakan Fatin untuk mengingati perkara-perkara yang menyakitkan.

  Sempat juga mereka berdua bertukar-tukar nombor telefon agar senang untuk dihubungi. Nazril selesa berkawan dengan Fatin. Begitu juga dengan Fatin. Mungkin, pertemuan kali ini akan mengeratkan mereka sehingga menjadi satu ikatan persahabatan kelak. Siapa boleh menduga, percutian yang tidak di rancang oleh Fatin dan Nazril  akhirnya membina satu perhubungan persahabatan yang  erat.





  Setibanya di Kuala Lumpur, sempat juga Nazril menghubungi Fatin bertanyakan perjalanannya ke Kuala Lumpur tadi. Sedikit sebanyak, hati Fatin mula menguntum indah dengan tindakan Nazril. Namun, dia perlu berhati-hati kerana Nazril baru dikenalinya. Lagipun, dia perlu mengingatkan dirinya di atas status dia sebenarnya.

  Selepas 20 minit, barulah Fatin meletakkan ganggang telefon. Encik Baharom sekadar memerhatikan anaknya itu. Alhamdulillah... Dapat juga dia melihat Fatin kembali tersenyum, walaupun Fatin sekadar anak angkat namun, Encik Baharom sangat bersyukur di atas anugerah tersebut.

 Menunggu hampir 6 tahun bagi zuriat kedua, Baharom menerima berita tergempar setelah kematian adiknya Baharin di Melaka. Tanpa disangkanya Baharin mempunyai seorang anak bersama Latifah. Namun, mereka masih belum diijabkabulkan lagi. Usia bayi perempuan yang baru berumur 30 hari itu mengundang perbalahan bagi keluarga Latifah yang menyalahkan Bahrin di atas kemalangan tersebut.

 “ Aku tak nak bela anak ini.. Dia bukan cucu aku... Nie semua salah adik ko...”Bentak Latif.

 Baharom hanya memerhatikan Fatin dalam dakanpannya. Tanpa banyak bicara, dia bersama isterinya melangkah pergi dengan hanya berbekalkan 2 pasang baju dan 2 helai lampin. Hasnan gembira bukan kepalang setelah melihat ayah dan ibunya membawa pulang seorang adik perempuan.

  “Ayah.. Anan dapat adik .. Yeayyyyy..... Saper nama dia ayah?”

 “ Nama dia Fatin.. Anan dah jadik abang.. Abang kene lindung adik dari di buku atau di kacau...”Pesan Baharom

 “ Ok..Nanti Anan sayang adik Fatin.. Jaga dia elok-elok. Ayah jangan risau..”

    Baharom dan isterinya hanya tersenyum. Bermulalah kehidupan Fatin dalam keluarga Baharom. Hari demi hari dilaluinya dengan tenang dan gembira tiada sebarang permasalahan. Fatin memang seorang anak yang mendengar kata. Setelah kehadiran Farisha, isteri baharom mula beralih arah. Dia mula tidak menghiraukan Fatin lagi. Begitu juga dengan Baharom.

  Adakalanya Fatin di pukul teruk hanya kerana kesalahan yang berpunca dari Farisha. Namun, tidak pernah sekalipun Fatin membantah. Redha dengan apa yang di hadapinya. Sememangnya Fatin seorang anak yang baik. Tidak pernah dia merungut apabila Baharom mahupun isterinya memerlukan wang untuk keperluan Farisha. Fatin yang dahulu memulakan kerja dengan menunggang motorsikal.2 tahun kemudian, dia membeli kereta untuk keperluannya. Setelah Farisha bekerja, Baharom meminta agar kereta tersebut di serahkan pada Farisha.
  
  Tidak pula Fatin membantah. Dia sekadar akur dengan kehendak kedua ibu bapanya. Baharom mulai sedar akan kewujudan Fatin kembali setelah melihat pengorbanan Fatin dalam menjaga isterinya berbanding Farisha. Betapa kesalnya Baharom membiarkan Fatin terumbang ambing seketika.

  Kesal tidak sudah sehingga kini. Namun, isterinya telah kembali bertemu Ilahi. Fatin adalah segala-galanya setelah Farisha berkahwin dan mengikuti suaminya bekerja di luar negara. Fatin jualah penghibur hatinya. Cuma, status Fatin tidak dapat ditukarkannya. Melihatkan Fatin yang agak tabah menghadapi segala tomahan Zali,Baharom menyalahkan dirinya kerana tidak mengambil peduli mengenai adiknya Baharin dahulu.

  Telah di takdirkan kehidupan Fatin begitu. Namun Fatin cukup sabar. Jika dia menangis pun, dia bingkas bangun untuk meneruskan kehidupannya. Itulah Fatin.Meniti kehidupan yang tidak pasti. Meniti kehidupannya yang sentiasa berduri dan sering disakiti. Memang Fatin tenang menghadapi segalanya namun, Baharom tidak sanggup melihat Fatin diperlakukan begitu.

  Kekesalan yang sentiasa menyelubungi hidup Baharom apabila membiarkan semua kesalahan Farisha di bahu Fatin. Apa yang silapnya sehingga Fatin yang menjadi punca permasalahan Farisha. Mungkin kerana terlalu memanjakan Farisha, dia dan isterinya lupa segala etika untuk melihat Fatin. Fatin jua adalah anaknya biarpun berlainan benih. Dia juga lupa perihal doa anak yang solehah seperti Fatin akan memudahkan kehidupannya sebagai bapa.

   Kesal pada perkara yang lalu...Mungkin kerana itulah dia diuji dengan pemergian orang tersayang. Mujur imannya tidak goyah.. Kerana Fatin, dia juga meniti hari-hari yang ceria biarpun Baharom sunyi, Baharom tetap bersyukur dengan kehadiran Fatin.











  ***********************************************************************

No comments: