Clik For Money...TQ

Tuesday, January 18, 2011

Air Mata Keinsafan...

Bukan gambaran sebenar-Credit to Jiwa sukses Blog

Baru pulang melawat orang sakit di Gleneagles,Ampang tadi.
Alhamdulillah.. Kak Dena dah sedar dari komanya tetapi masih di ICU.

Melihat keadaanya lemah tetapi aku tahu, semangatnya begitu kental untuk meneruskan kehidupan.
Sempat juga lah aku berbual dengannya.

  " Sakit gila aku nie IN..Nasib baik dia bagi morfin tuk tahan sakit..."Kak Dena mengadu.

  " Sabarlah kak.. Mungkin ada hikmahnya... Saya tahu akak kuat.. Sekarang nie akak berdoa semoga cepat sembuh...Dan boleh kembali hidup macam biasa.." Pujukku.

 " Alhamdulillah.. Aku mati tak pe IN.. Aku kesian kat bebudak tu..." kedengaran nada sedih di corong telingaku.

  " Ish.. Ke situ pulak.. Tak de apa-apa lah...Semua dah selesai. Jangan fikir yang bukan-bukan.. Allah tu adil lah kak. Dia tahu apa yang Dia buat..Akak rest dulu yea..jangan fikir bukan-bukan. nanti saya datang lagi.." Balasku yang cuba mengelakkan dia dari berfikiran negatif.

  Aku benar-benar memahami isi hatinya kerna ibu jua begitu. Tiap kali pembedahan di jalankan, pesannya tetap sama. Tengok-tengokan ayah dan adik.. Jadi anak yang solehah. Jangan jauhi keluarga.. Rapatkan keluarga dengan sanak saudara yang lain.
 
  Sayu aku mengenangkannya. Begitu juga kak Dena. Bukan mudah untuk dia menghadapinya sendiri. Adik beradik yang lain sudah tentu bekerja dan ada tanggungjawab yang lain. Abang Haizan pula sibuk menguruskan persekolahan 2 orang anaknya. Sebagai ibu,iseri dan juga anak tentu bingung memikirkan keadaanya.

 Aku cuma mampu berdoa agar dia akan sihat selepas ini.

No comments: