Kembalinya Sufri bertemu-NYA
Sabtu 14 Januari 2011(12 Safar 1432 Hijrah)
Sufri adik officemate aku Siti Amilia Ramli. Diagnos Kanser Hati.
Disebabkan lately nie aku jarang buka FB, aku agak kurang tahu betapa kritikal
adiknya sebenar.
Pernah lah bertemu Sufri beberapa kali. Dia seorang adik yang baik sebab menjaga Umi
dan juga kakaknya Amy. Cuma, aku sedikit terkilan. perkhabaran mengenai pemergian arwah diketahui
semasa aku di Manjong, Perak Semalam.
Jika di beritahu awal pada hari Sabtu, tentu aku melawat Amy di Desa Pandan.
Umur Sufri ku kira dalam 23-24 tahun, Begitu tenang dia menghadapi penyakitnya tanpa sebarang rungutan.
Ya Allah lebih menyayanginya. Betapa tinggi kesabaran sufri. Jika aku berada di tempatnya,apakah aku untuk meneruskan kehidupan sepertinya???
Aku sendiri tidak mampu menjawabnya.
Pembedahan Kak Dena pada 17 Januari 2011 (12 Safar 1432)
Aku tahu, kak dena tiada kaitan dengan ku. Suaminya abang Haizan duduk bertentangan di hadapanku.
dan aku jua tahu.. Ramai yang tidak menyukai sikap abang Haizan..Tapi bagiku..Dia tetap manusia biasa.
Aku bertemu dengan kak Dena pada pagi Sabtu lalu.
Selalunya Kak Dena ceria tapi dapat ku rasakan pada kali ini betapa dia gementar untuk pembedahan kali ini. Ku amati ceritanya.
Siapa sangka dalam masa 2 tahun ada ketumbuhan di ginjalnya. Siapa sangka, tiada kesakitan yang di alami
semasa dia membawa 10centimeter ketumbuhan tersebut.Siapa mampu menduga.. Pembedahan yang sedang dijalankan kini tidak menjanjikan apa-apa...
" Operation makan masa 6 jam... Doktor tak tahu nak jawab apa.. Ko rasa sukse ke pembedahan ni? Kalau aku mati, aku tahu Haizan mesti kawin lain..Aku tak kisah tu tapi sian pulak pada anak-anak aku..."
" Ish.. Tak de apa-apa lah kak. think postive ok... Insyaallah semua akan ok. Doa pada DIA.. DIA dengar..DIA tahu apa yang DIA tengah buat.."Pujukku.
Aku sendiri tidak tahu takdirNYA.
Ya ALLAH... Cucuri Rahmat pada arwah Sufri. Agar dia ditempatkan di sisimu seagaimana ENGKAU memuliakan kekasihmu Nabi Muhammad S.A.W. AKu juga bermohon padaMU agar diselamatkan pembedahan yang sedang dijalankan kini pada kak Dena. Moga KAU berikan ketabahan padanya... agar DIA kuat mengahadapi harinya.. Amin...
P/S: Hanya itu yang mampu ku lakukan... Hanta mampu berdoa untuk semua org disekelilingku..
AMIN YA RABBUL ALAMIN..
No comments:
Post a Comment