Clik For Money...TQ

Tuesday, November 9, 2010

Jahat sangatkah aku???

Bertanya pada diri...
Jahat sangatkah aku???
Apa yang dah aku lakukan sehingga adik beradik aku memulaukan aku...
Apa yang telah aku lakukan sehinggakan tiap gerak geriku di pantau...
Apa yang telah berlaku sehinggakan aku di persalahkan seratus peratus...

Yang aku kesalkan...
Mengapa nama semut menjadi pertikaman lidah antara aku dengan ayah,adik dan makcik-makcikku...
Yang telah berlalu biarkan berlalu...
Semut bukan lagi sebahagian hidupku lagi..
Dia dah bahagia...

Namun, aku mengiyakan biarpun apa yang telah berlaku tidak pernah mereka ketahui realitinya.
Ya.. Aku bantu semut tapi... Semut bantu aku balik if aku dalam kesusahan.
Cuma aku tak pernah mention apa tiap bantuan aku pada semut dan bantuan semut padaku.

Memang semut memahami. Dan aku jua tak salah semut jika dia pergi dari hidupku.
Aku dapat rasakan dia tertekan dengan sikap keluargaku yang terlalu mementingkan kesempurnaan
dalam mengejar duniawi daripada kasih sayang sendiri.
Kata mereka, mereka menyayangiku..Namun aku terlalu kesal..
Tiap kali aku terlantar sakit dahulu..Semutlah orang yang sentiasa bersamaku.
Kini setelah ketiadaan semut...
Sakitku,makanku,pakaianku.. Tiada siapa yang ambil peduli.
Malah kata mereka... Aku mampu berdikari.
Bukan apa yang ku pinta dari mereka..
Sekadar kasih sayang dan sedikit perhatian...
Agar aku terus kuat berdiri... Meniti hari yang tak pasti..

Cuma yang paling ku kesalkan.
Segala kekesalan arwah ibu padaku, baru sahaja aku ketahui.
Kenapa ibu tidak sampaikan semua kekesalannya padaku?
Mengapa dia menyampai pada orang lain?
Mengapa kini setelah 6 tahun ketiadaan ibu, segala silapku di huraikan??

Pada makcik-makcikku.. Ya..Mereka inginkan anak buah mereka ini menjadi insan solehah.
Aku akui.. Aku banyak berubah tapi hati ku tetap memanjat  dan meminta pada Yang Esa.
Biarpun aku bersusah sendiri.. Ku harunginya dengan Redha kerna..
Dengan kepayahan itu..Terlalu banyak yang aku pelajari tentang hidup.

Makilah..Cacilah dan Katakanlah apa yang mereka ingin kerna...
Aku tetap Ibnu Nafis yang mereka kenali.
Aku diam bukan bererti aku kalah..
Tetapi segala kesulitan ku simpan dengan kemas..
Agar dapat ku pendam segala-galanya dengan tenang...
Mungkin,ini bukan lagi masa ku..
Bukan masa kegemilanganku..
Masa kejatuhanku..
Biarpun aku jatuh terseungkur..
Aku bingkas bangkit agar aku tidak lagi tersungkur dan terus tertidur..
Kerna..
Aku jua manusia biasa...
Yang memiliki keinginanku..
Yang ingin memiliki kebahagianku sendiri..
Yang ingin jua menggapai apa jua yang ingin ku miliki...

Aku harap..
Pemergianku ini akan melenyapkan segala konflik..
Yang telah berlaku kini...

Aku jua berharap..
Dengan mulut aku terkunci rapat ini...
Akan memulihkan keadaan..
Agar mereka melihat sendiri kepayahanku...

Harap jua begitu...
Maafkan aku jika luahan ini bisa membuatkan hati lain terguris..
Jika benar aku begitu..
Maka..Maafkanlah aku..

Ku bukan insan sempurna yang dikau cari..
Tapi ku lakukan yang terbaik untukmu agar nampak sempurna di mata kalian..

Maafkan saya dari Ibnu Nafis...

1 comment:

adek said...

aku tau ko mungkin salah kan aku sbg adik ko yg tak mampu nk menjaga pakaian, makan, minum n kasih sayang utk ko...aku tak kesah kalo ko salah kan aku...mungkin ko nampak aku bahagia diluar tp didalam hati aku ini sakitnya tak terhingga, cuma aku tak mampu nk bercerita kesemuanya kpd sesiapa....maupun aku ada seorang suami, mak mertua, pak mertua pun tidak boleh membantu n menggembirakan aku termasuk memberi kasih sayang, balik2 aku pula yg mereka hentam...itu semua aku telan...cuma arwah mak sahaja boleh bagikan kasih sayang yg aku inginkan...aku tau semut lebih memahami ko, lebih menjaga ko dr aku...tp aku sbg adik ko sejak dr dulu aku tak penah dpt kasih sayang dr seorang kakak, tak pernah aku dpt pujian dr seoarang kakak dan aku rasa kawan ko lg senang dpt kesemua itu dgn skali pertolongan...dan mulai itu aku rasa renggang bila ko mempunyai seorang kawan yg ko sgt sayang dan cintai...disitu mula aku terasa hati...aku biarkan saja ia berlalu dan.......maafkan kesalahan ku (ADIK MU)