Clik For Money...TQ

Sunday, August 20, 2017

Hanya untuk awakkkkk...

Dear eff...
 Saya tahu awak marahkan saya... awak kecewa ngan saya.. awak juga benci ngan saya.. tapi ketahuilah... saya tiada peneman baru seperti yang awak sangkakan... kalau awak nk saya mengaku sekalipun, saya mampu mengaku seperti selalu tetapi hakikatnya.. tiada siapa yg mengisi hati saya buat masa ini.

Eff,
 Apa yg awak nukilkan berkenaan media sosial... saya kurang faham.. cuba awak jelaskan.. dan bagaimana awak boleh menuduh saya yg melakukannya!
Apa yang menyebabkan saya nak insecure walhal kita memang dah tiada apa2 seperti yg awak minta dahulu... saya sekadar ingin bersahabat dengan awak... tipulah saya tak rindu nak mengusik awak seperti selalu.. tipulah saya tak rindu kan awak seperti mana awak pun rindukan saya..

Eff,
Saya rendahkan ego saya utk berbaik dengan awak walaupun sekadar kawan rnr sahaja... untuk terus- terusan melupakan awak adalah sukar kerna setiap detik susah senang, kita selalu bersama dan... awak juga tahu saya tidak pernah meninggalkan awak dalam apa jua keadaan sekalipun.. saya xpernah membiarkan awak terduduk dan pergi dengan begitu sahaja.. kalau saya manusia sebegitu, awak xkan berada dalam keadaan sekarang dan kita sudah pun bermusuhan...

Eff,
 Saya x sempurna seperti yg awak inginkan... saya juga tidaklah sebaik mana yg awak pinta untuk kebahagiaan diri awak... tapi.. bila awak throw saya mcm sampah ... saya berasa terhina... jiwa saya kosong... saya juga rasa tidak diperlukan oleh awak lagi.. kenapa? Sebab org ketiga atau awak sendiri yg pinta untuk pergi dari hidup saya...

Eff,
  Jujur dengan hati sendiri... awak dah BENCI dengan saya... saya masih dapat rasakan dalam diri awak masih ada RUANG utk saya.. tapi saya juga tahu... LUKANYA hati awak tu JUGA disebabkan oleh saya...

My Eff,  
  6 tahun kita berkawan atau bersahabat, adakah akan berakhir dengan mcm ni je atau... ianya tiada pengakhiran yang pasti?

Eff,
  Tahukah awak... jiwa saya x menentu.. fikiran saya bercelaru... segalanya mendatar dengan kejadian ini...Dan awak!!!! Tetap diam MEMBISU...

Eff,

Sekali lagi MAAFKAN saya... jika kehadiran saya membahagiakan awak, ingatlah segala kenangan indah yang pernah kita lalui bersama...
Jika kehadiran saya tu MEMBEBANKAN hidup awak... maka hapuskan lah segala kenangan yg ada dlm kamus hidup kita berdua tu.

Saya juga berharap awak bertemu dengan kebahagian yg seperti awak inginkan...

Thanks effa...


No comments: