Bagaimana harus ku luahkan...
Ya.. Aku faham siapa aku disisinya..
Cuma, aku terlalu mengharapkan pengertian darinya..
Agar dia tahu di mana kemampuan aku.
Aku redha dengan apa yang direncanakan untuku..
Cuma..Aku ingin kan sedikit ruang agar insan tersebut, benar-benar memahami akan situasi ku.
Bukan aku ingin bertindak kurang ajar..
Berikan sedikit pengertian aku bisa mengorak langkah ke hadapan.
Berikan aku sedikit masa untuk aku buktikan kepadanya.
Dia meninginkan aku membeli rumah..
Aku menuruti kehendaknya.Katanya itu penting untuk aku di kemudian hari.
Tidak pernah aku membantah kerana ia merupakan aset pertamaku.
Tiap majlis yang diadakan dia meminta.
Tidak pernah juga aku membantah biarpun majlis itu tidak pernah diadakan untukku.
Majlis perkahwinan yang tiada darah daging dengan hidupku pun aku membantu.
Bukan aku nak mengungkit tapi aku terlalu lelah menghadapinya..
Segala-galanya aku diibaratkan seperti tunggul atau hanya tuk membayar..
Apa dan segala yang tidak mampu di bayar oleh sesiapa..
Siapa aku sebenarnya...
Wujudkan aku di dalam dunia ini...
Hidupkah aku di mata dia????
Semalam...
Buat pertama kali aku merasakan aku sangat kurang ajar dengannya.
Dapat aku melihat linangan air matanya ketika dia begitu kecewa dengan tindakan agressif ku semasa
memasuki bilik.
Berdosanya aku dengan dia...
Entah dia ampunkan aku atau tidak..
P/S: Aku sekadar ingin meluah kerana.. Tiap permasalahan yang datang kini.. Acapkali aku memendam rasa.. Tiada tempat tuk aku mengadu memandangkan.. Aku serabut dengan keadaan sekarang. Pada siapa yang terasa dengan coretan ini, maafkan aku.
No comments:
Post a Comment