Clik For Money...TQ

Thursday, February 17, 2011

The Rites

Menang tiket semalam dengan Cinema Online. Jamy Aj pun menang juga.


 Berkisarkan cerita benar. Seorang Paderi yang bernama Michael Kovak anak Istvan Kovak
yang perlu mewarisi kerja kerja bapanya yang menguruskan jenazah di tempat tinggalnya.
Kemudian beliau menyambung pelajaran untuk menjadi paderi.
Ketika beliau memutuskan untuk berhenti dari pengajiannya, beliau di tawarkan jurusan paranormal di Rome.

Beliau bertemu dengan Paderi Lucas(lakonan Anthony Hopkins). Kejadian demi kejadian aneh telah di temui,
namun Michael tetap tidak berganjak dari pendirian di mana semua pesakit yang di rasuk memerlukan
rawatan psikatri dari hospital berdekatan.

Sehinggalah satu kejadian aneh di mana seorang budak yang dirasuk menyatakan bahawa bapanya akan menemui ajal tidak lama lagi. Kenyataan budak itu benar dan pada masa yang sama disebabkan kematian seorang gadis yang telah diperkosa oleh bapa kandung sendiri menemui ajal ketika di rasuk bersama kandungannya,Paderi Lucas telah mengalami sendiri rasukan tersebut.

Michael yang teragak-agak dengan kepercayaan bahawa syaitan merasuk manusia cuba merawat Paderi Lucas sehinggakan hampir di tipu oleh iblis ketika itu. Nak tahu sambungan... Tengoklah sampai habis..


Suspen cuma... biasa-biasa je kot.Tapi IN ingatkan.. Sape yang lemah semangat macam IN(hehehe..)
Tak perlu lah tengok...


P/S: IN memang dah demam dah,,,
       Tak de kene mengena ngan citer nie pun...hahahaha

2 comments:

ArryCode said...

lemah semangat takper, jangan lemah jantung , kang koma kang dalam panggung... hihihhihi
apa kita tgok dlu

I.N said...

hahaha..tengoklah abg harry... hohohoho..