Clik For Money...TQ

Friday, February 11, 2011

Cerita di sebalik durian...

Semalam.. Balik jog je..Ayah dah tersenyum-senyum.
Katanya dia ada beli durian...
Dia tinggalkan untuk aku..
Aku pun apa lagi..
Membedal lah sampai tak boleh tido malam sebab panas.

Masa menikmati durian tu, ayah buka satu satu citer..
Aisey.. Ni yang malas nak dengar nie.
Tapi aku tahu..Ada hajatnya..
Mungkin, dia terlalu mengharapkan aku..

Tapi.. Aku sekadar mampu menolong takat yang termampu..
Mungkin, aku terpaksa menolak hasrat ke benua Asia..


Petang semalam jualah aku terima sms.
"IN..Sediakan duit strata untuk rumah BTHO yea"
Tergaru-garu kepala yang tak gatal.
Sebab tulah larian semalam agak suram..
Cuma..aku gagahkan jua berlari 4 round sampai kaki aku benar-benar sakit.


Well....
Dah termaktubkan..
Apa yang dikehendaki..Jarang didapati..
Tapi..
Dalam situasi begini.. Aku pasrah sebenarnya..
Apa yang diingini di usia 31 tahun nie...
Ibarat dalam novel imaginasi yang pernah aku lakarkan dahulu...
Adalah tidak benar...
Maka...Aku hanya mampu memandang ke hadapan..
Dan.. Sekadar memandang sahaja...

Alhamdulillah...

No comments: