******************************************************
Selesai solat Maghrib di Desaru Resort, Fatin segera baring. Hatinya masih merintih mengenangkan penghinaan yang dilemparkan oleh Zali. Tetapi dalam masa yang sama, siapakah Nazril? Fatin tidak menyangka bahawa dia diperhatikan oleh Nazril.
Air mata ini terlalu mudah mengalir. Tiba-tiba perutnya berbunyi meminta makanan. Hampir seharian dia tidak menjamah makanan. Mungkin keran terlalu memikirkan musibah yang menimpanya. Di capainya telefon bimbit Nokia E72 di meja solek lau mendail nombor yang tertera.
“ Assalamualaikum… Ayah sihat ke? Dah makan belom nie… Rindu lah kat ayah…” Fatin mula mengadu.
“ Gilah makan.. nanti sakit..Jangan diikutkan hati, mati.. Yang sudah tu sudah.. Akak cari yang lain. Mungkin ada yang lebih baik dari Zali.” Pujuk En Baharom.
Setelah ibu Fatin meninggal dunia, Fatin lebih rapat kepada En Baharom. Segala kisah suka duka, Fatin kongsi bersama dengan En Baharom. Memandangkan abangnya Hasnan telah berumah tangga, Fatin jarang bersua muka dengan Hasnan. Hasnan yang telah berumah tanggan dengan Nini Razali di kuriniakan seorang anak lelaku yang bernama Aidil Fitri,
Adiknya Farisha pula selalu mengikuti suaminya yang ditugaskan ke luar Negara. Fatin dan Farisha selalu berhubung memalau telefon. Farisha muda setahun dari Fatin. Agak sensitive tetapi memahami. Farisha yang berumah tangga bersama Ahmad Nabil di kurniakan 2 orang putera yang kacak dan comel.
Ainul Hadi dan Ainul Irfan nama diberi. Mereka sekeluarga kini menetap di Pembroke United Kingdom. Sudah setahun mereka menetap di situ. Hanya 6 bulan lagi mereka akan kembali ke Malaysia dan menunggu pula di mana akan di tugaskan nanti.
“Ayah.. Tak nak temankan akak ke kat sini.. Boringlah.. Kalau adik ada mesti best. Boleh main dengan Hadi dan Irfan. Hilang sedih…”
“ Sabarlah.. Ayah bukan tak nak pergi.. Nanti sumah sapa pula nak jaga. Anak ayah kena makan ok.. Ayah nak ke masjid ni,nak solat Isyak. Jangan lupa solat ye nak.. Assalammualaikum..” Ucapnya lalu meletakkan telefon.
“ Walaikumsalam…” Balas Fatin lemah.
Perutnya mula berkeroncong lagi.
‘Dah… Berbunyi lagi..Kena makan ni.. Takut gastrik.. Ishhh…’ Getus hatinya.
Fatin bingkas bangun mencapai tuala yang bersidai di kerusi hadapan lalu ke bilik air.Di cucinya dirinya bagaikan mencuci segala perbuatan silam yang pernah di lakukan sebelum ini.
Sementara itu, Nazril membaca suratkhabar di ruangan Lobi Desaru resort. Ruanga sukan di amatinya. Kemenangan pertama Dato’ Lee Chong Wei menarik pemerhatiannya kerana perletakkan jawatan Dato’ Misbun Sidek,sedikit sebanyak mungkin mengganggu emosinya ketika ini. Sedang Nazril khusyuk membaca,matanya terpandang kelibat Fatin di Coffee House. Segera dia melangkah kaki ke Coffee House.
“ Hi.. Can I join u?” Sapa Nazril.
Fatin sedikit terperanjat dengan Sapaan Nazril sebentar tadi, lalu mengukir senyuman.
“Boleh…”
Nazril akur lalu memanggil pelayan untuk memesan makanan.
“ What a small world kan.. Jumpa awak kat sini juga ya..” Nazril memulakan perbualan.
“ Ha’ah… Eh datang sini vacation atau bekerja?” Tanya Fatin.
“ 2 in 1.. Setel down kerja kat Ulu Tiram then saya baru datang sini.. Lama tak bercuti..Awak pula.. tentu bercuti untuk release tension kan?” Duga nazril
Fatin hanya tersenyum lalu berkata” Maafkan saya lah hari tu sebab bersikap kasar sikit dengan awak…”
“ Eh tak pe.. Saya faham.. Masa hati tak tenang.. Mulut lancar je cakap perkara yang bukan-bukan.Cuma.. jangan terlalu memikirkannya… You deserve to be happy cik Fatin” Balas Nazril.
“ Baiklah En Nazril… By the way.. awak nak ke mana lepas nie?” Tanya Fatin pula.
“ Hm.. Danga Bay jelah kot.. Awak kat sini lama lagi ke?”
“ Hm..Lusa balik lah.. Awak pulak…”
“Sama lah… Wah.. bagus nie… Apa kata esok kita jalan-jalan Singapore! Saya drive.. kalau sudi lah…” Cadang Nazril.
“Good idea juga.. Boleh lah.. Dari duk tengok laut, baik gi shopping…”Ujar Fatin lau tertawa kecil. Ada juga kawan untuk berbual. Tidaklah dia merasa sunyi sangat.
p/s: akan di sambung since kepala sudah sakit lagi.....
2 comments:
huk huk..potong stim btul.. ;p
huhuhuhu..nnt lah kepala weng lagi nie... aku pun tak tahu nape...
Post a Comment