Clik For Money...TQ

Thursday, January 13, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ PROLOG

Lembayung senja berlabuh di ufuk barat.
Fatin melemparkan pandangan ke tengah lautan. Kehadirannya di Pantai Desaru, amat menenangkan hatinya yang sedang berkecamuk. Kicauan burung yang kembali bersarang menggamit hati kecilnya.
Betapa mudahnya jika dia menjadi burung. Tidak perlu berhadapan dengan kesakitan di jiwa.
Tidak perlu menangisi kepergian seseorang yang dicintai. Yang pasti, terbang ke awan mencari rezeki untuk dibawa pulang ke sarang.Tidak banyak onak duriyang harus di tempuhi.

Titisan demi titisan berguguran di pipi.
Hatinya masih sakit mengenangkan peristiwa yang telah berlaku.
Manakan tidaknya,Zali telah memutuskan tali pertunangan bersamanya.
Kata Zali, Fatin tidak berhak dicintai lantaran dia anak angkat keluarga En Baharom.

"Entah mana di kutipnya pun aku tak tahu... Kau ni tak layak untuk berkawin.. ANAK HARAMMMMMM!!!!!!!!!!" bentak Zali.

Fatin menangis tersedu sedan di tepi bangku. Dia tahu, orang yang lalu lalang terus memerhatikannya.
Fatin sebak mendengar bentakkan Zali. Bukan dipinta jadi begini. Ini sudah suratan takdir.

" Kalau aku tahu kau begitu...Tentu aku tidak meminang kau.. Aku nak putuskan hubungan nie..Dasar ANAK HARAM... Cerminlah muka tu sendiri... Arghhh..."Gerutu Zali lalu terus beredar.

Fatin terpinga-pinga di bangku duduk Tasik Perdana. Malunya bukan kepalang dengan hinaan Zali.
Zali yang dikenali begitu lembut, berubah menjadi agak garang dan degil. Sedangkan sebelum ini,Zali amat memahaminya. Mengapa tiba-tiba sahaja Zali berubah rupa.


"Saudari... Saudari tak apa-apa ke?" Sapa seorang pemuda yang dari tadi melihat Fatin menangis teresak-esak.

 Fatin menyeka air matanya sambil menggeleng. Lantas pemuda itu pula menghulurkan sebungkus tisu Scott's seraya berkata: " Lap lah air mata tu... Tak elok menangis kan..."

Fatin mengambil tisu tersebut. Dia menyapu airmatanya.Dalam hatinya terdetik, siapakah gerangan pemuda ini. Baik budi pekertinya tapi..Tidak mungkin dia akan terkena lagi. Fatin binglas bangun untuk pergi tetapi di halang oleh pemuda tersebut.

"Saya Nazril..Awak?" Nazril memperkenalkan dirinya.

" Fatin.. Maaf saya kena cepat...Dah masuk Maghrib..." Balas Fatin dan terus berlalu. Nazril sekadar memerhatikannya dari jauh sahaja.Mungkin, Fatin tidak selesa dengan kehadirannya. Nazril melangkah pergi.

 Mujurlah di tepi pantai Desaru itu disediakan surau. Wuduk di ambil dengan begitu tertib dan sopan.
 Dia bertemu dengan Ilahi. Selesai mengucap salam, lantas dia menadah tangan. Mendoakan kebahagian kedua ibu bapanya yang telah kembali ke rahmatullah. Mendoakan kedua ibu bapa angkatnya yang telah membelanya dari kecil hingga kini, adik beradik angkatnya, saudara seislam dan juga rakan-rakan yang sentiasa senang dan susah bersamanya.

 Nazril Azrin Muhammad Ali itu nama yang diberikan tanpa bin. Mungkin di sebabkan Muhammad Ali orang di sekeliling mengingatkan dia anak Menteri Besar Selangor. Hanya seorang anak angkat yang dibesarkan oleh keluarga berkenaan, Nazril bersyukur dari terus terumabng ambing seperti rakan-rakan yang lain di Rumah Bakti Pernim 28 tahun dahulu. Berbekalkan pendidikan agama yang di curahkan oleh ustazah Nur, tidak mungkin Nazril melupai asal usulnya.

  Perwatakan agak sederhana orangnya. Berkulit putih dan memiliki mata yang sepet berbangsa cina.Lemah lembut tutur katanya. Nazril Azrin memiliki 3 orang lagi adik,tetapi bukan adik kandungnya. Aqil Faiq dan Nazril bekerja di firma milik ayahnya. Manakala Haikal Imran, memiliki firma arkitek kepunyaannya sendiri. Azreen dan Azura pula,masih belajar di IPTA. Azreen dan Azura adalah pasangan kembar Seriras bagi keluarga Muhammad Ali dan Puan Rosnah Hashim.

 Encik Muhammad Ali dan Puan Rosnah tidak pernah mengongkong Nazril Azrin dalam memilih cara hidupnya. Cuma Nazril tahu batas-batasnya untuk memilih kerjaya hidupnya. Di IPTA pun Nazril jarang meminta wang dari kedua ibu bapanya. Dia bekerja sambilan agar dapat memperuntukkan wang gajinya untuk menyara dia semasa belajar. Tidak pula En Muhammad Ali memewahkannya dengan menyediakan kereta atau pun motorsikal. Begitu juga dengan keempat-empat anaknya yang lain. Dididik mereka agar pandai berdikari. Cuma Haikal Imran sahaja yang aga berdegil dengan keputusannya. Mahukan itu ini agak dapat bermegah dengan kemewahan yang di berikan.

No comments: