Clik For Money...TQ

Thursday, January 27, 2011

Pahit.. Kepahitan..


Kepahitan yang saya maksudkan adalah kepahitan yang bukan sekadar literal. Tetapi memang kepahitan yang sebenar-benarnya. Pahit kehidupan. Yang hadir daripada segala kesusahan dan cabaran yang wujud di atas perjalanan diri ini di atas dunia.

Ramai yang tidak suka dengan kepahitan kehidupan. Maka ramai yang berlari daripadanya. Sebab itu ramai yang jatuh tersungkur dan tidak mampu bangkit apabila di’sapa’ olehnya.

Tetapi akhirnya saya melihat, sekiranya kepahitan itu dipandang sebagai minuman seharian, kejatuhan bukanlah sesuatu yang akan datang menghinggap diri kita apabila disapa olehnya.

Mengambil pengajaran daripada ramai orang, dan akhirnya lebih yakin apabila dibuktikan oleh diri sendiri.

3 comments:

Unknown said...

kopi pahit pun sodappp ;)

Ly said...

???

I.N said...

Jamy: tgh merasa kepahitan..Tp REDHA jek..
Ally: ngape???