Clik For Money...TQ

Monday, July 19, 2010

Sepi itu rindu..

Benarkah sepi itu rindu... Hm bagi pendapat IN , ada benarnya. Di kala di himpit sepi, rindu hadir bertalu. Menamatkan kesepian itu dengan merindui seseorang. Mungkin kerinduan itu menamatkan kesepian yang bertakhta di hati? Namun bagi IN. Sepi itu memeritkan... Jiwa memberontak kerana bila diri di ambang sepi, fikiran akan bercelaru.

Kecelaruan itu memaksa seseorang bermuram durja.Mengapa? Kerana kecelaruan itu memaksa seseorang untuk berfikir.Memikirkan kesalahan yang telah di alami lalu. Bukan untuk mengeji diri sendiri tetapi sekadar mengingatkan pada diri bahawa... kita pernah melalui satu kealpaan yang membuatkan kita bermuram durja sehinggakan... terbitnya sepi dalam diri ini.

Umpamanya, kesilapan memilih pasangan hidup seperti kekasih, tunang mahupun suami. Hm...Tapi, apa yang IN alami....

IN SEPI kerana.. Acapkali diri ini dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk mengisi masa sepi mereka. Mempermainkan hati IN yang begitu ikhlas membantu serta mengasihi mereka tetapi...Mereka sekadar menganggap diri IN singgah sana dalam hidup mereka.

Allah tidak pernah menghukum hambaNYA kerana IN sedar..Mungkin dikalangan lain, hanya IN pendengar setia..Sabar dan apa-apa lah..Cuma harus diperingatkan jua.. In jua punya hati dan perasaan...

Selami lah SEPI itu Rindu...

3 comments:

Unknown said...

awk windoo saferrr? ;p

I.N said...

awak..kita windu best frenz kita...
huhuhu...
the best thing.. aku windu mak aku...uwa...

Ly said...

AM juga merasa yg sama..ya, sepi itu sememangnya memeritkan..tp di ketika ini, pe yg AM rasa..ibarat.."Aku rela menjadi teratai yang layu..Daripada mekar di dalamnya tasik madu.." :'(