Hidup hakikatnya mempunyai dua sempadan – harapan dan ajal. Dengan harapan kehidupan terpelihara dan dengan ajal kehidupan berhenti
Clik For Money...TQ
Sunday, July 25, 2010
Ini Harapanku
Dan Irama malam membisik
Lalu kabus terhurai
Yang Datang bersama semalam
Kita yang bertali oh ikatan indah
Pengikat asmara
Jangan air mata kau berikan aku
Penghilang dahaga
Sayup telah melambai
Harapanku yang hilang
Masih setia kau padaku
Berkali berulang..
Cinta yang sama yang aku lakukan
Cuma ada harapan darimu itu
Membuatkan ku rindu
Pulang kepulangan ku nanti
Dengan harapan yang sangsi
Kaliku melangkah
Menghala ke arah
Apa di hatimu kutahu penuh siksa
Hilang...
Hilang masa yang lalu
Bagaikan kau menelan hempedu
Hanya pahit yang bakal mengubati
Harapanku ini
Senandungkan perjalanan kita ini
Dengan sinaran yang menanti
Tak ku lupakan perkara yang silam
Yang kita tinggalkan
Dulu, lagu ini selalu berkumandang di gitar Along. Mana mungkin aku lupakan kenangan bersamanya. Bermain gitar bersama sambil di temani unggas malam di kampung. Betapa petahnya jari jemari kami berdua memetik gitar di kala itu. Kagum dengan kesungguhan kami berdua. Berhempas pulas menyiapkan satu lagu ketika itu. Namun, ianya hanya sejarah silam.
Waktu ini, aku tahu.. Along agak kecewa dengan cintanya. Kerana, latar belakang keluarga kami. Bak kata along " Dia umpama bulan..Kita pulak punggok. Bulan jauh di angkasa..kita pula di teratak usang nie"
Aku tersenyum sambil membalas " Biarpun punggok rindukan bulan..Dia tetap setiakan sebab..Si bulan tahu, hati budi si punggok tuh!" Along hanya tersenyum sahaja.
Aku tahu, Along kecewa.. Siapa tidak kenal dengan Sharmila.Manis orangnya. Aku pernah berjumpa dengannya beberapa kali. Hanya kerana darjat, mereka berdua berpisah. Pujukku pada Along.. "Lepaskan dia.. Mungkin ada yang terbaik menanti di kemudian hari.. Siapa tahu?Kita mampu merancang..Jodoh, cinta, maut semuanya di tangan Allah.. Kena redha dengan apa yang DIA tetapkan."
Along hanya tunduk membisu. Bermula dari situ, dia sibuk bekerja hingga satu tahap, kami berdua jarang berjumpa. Ibu membeli gitar untuk Along. Bermula dari situ, niatku untuk bermain gitar begitu tinggi. Biarpun ditegah ibu, namun kedegilan aku membuatkan ibu terus membisu.
Ibu khuatir jika aku khayal dengan muzik. Katanya, muzik tak boleh membawa ke mana. Masa depan tidak cerah. Masa muda, semua orang suka mendengarnya namun, satu tahap bila usia tua menjelang.. Album tak dapat sambutan. Aku tersengih kambing mendengar bebelan ibu. Bagiku, muzik sekadar hobi mengisi masa lapang. Dan aku tahu akan kenyataan itu.
Aku masuk ke bili Along. Sebuah buku terbuka luas.Tertulisnya note-note kecil di atasnya. AKu kenal benar note itu. Lantas, aku cuba bermain note-note tersebut. Nyata ianya cukup menenangkan aku. Aku tahu, Along telah mencipta lagu.. Ya lagu tanpa lirik. Mungkin dia buntu memikirnya.
Lantas, ku capai sekeping kertas dan sebatang pen. Ku nukilkan satu sajak di mana ianya menggunakan bahasa santai agar mudah di fahami. Ku nyanyikan bait-bait lagu tersebut bersama alunan gitar.Ku tinggalkan nota kecil yang tertulis'Cuba main lagu tu dengan lirik ni. Kalau tak ok, tukar jek wordingnya..'
Malam itu, aku dengar Along pulang agak lewat dari kerja. Mungkin banya function yang dia kene ikuti. Maklumlah, Along bekerja sebagai pelayan di Hotel Holiday Inn(kini dikenali sebagai Quality Hotel).Ku dengar jua, Along mandi dan masuk ke biliknya. Tidak beberapa kemudian, aku mendengar alunan gitar dan suaranya bersatu. Dan kemudian diam seketika.
Pintu bilikku di ketuk.Aku tersenyum. Aku tahu itu Along.
" Jom..Buat lagu nie sampai siap. Sedap pulak lirik nie.. Akak pilih word yang sesuai sikit k..Nanti Along cuba nyanyikan." Katanya.
Aku sekadar menurutinya. Kami berdua pun memulakan 'Projek' di tengah malam. Biarpun suara tidak sebagus awie atau Mus di ketika itu, namun kegigihan tetap ada dalam diring masing-masing.Hampir subuh barulah kami menyiapkan dua buah lagu. Tajuk lagu tersebut adalah Lagu Untukmu dan jua Ini Harapanku.
Aku bergegas menyiapkan diri untuk ke sekolah kerana pada hari itu aku adalah hari persekolahan. Memandangkan aku perlu hadir awal di atas ada perjumpaan untuk Student Development Club bagi Majalah Sekolahku,aku diperlukan untuk mengedit tiap cerpen yang kami terima dari pelajar-pelajar sekolah kami.
Bercita-cita ingin menjadi penulis namun ku tahu, niat ku ini pasti ditentang oleh ayah dan ibu. Sebagai anak, aku perlu menuruti segala perintahnya.Dalam masa yang sama, Along dan aku telah berjanji untuk bertemu selepas waktu sekolah. Katanya, lagu-lagu yang dicipta itu perlu di rekod. Ingin mencuba nasib katanya. Aku sekadar mengiyakan apa yang dikatakan oleh abangku ini.
***********
Deringan loceng memecah kesunyian kelas aku pada hari itu. Siapa tidak kenal dengan Cikgu Wan Jamilah. Sudah tentu banyak latihan Matematik Moden yang kami terima pada hari itu. Namun, aku menggemari pembelajaran darinya.Aku pulang berjalan kaki pada hari itu. Berbekalkan sepasang baju, aku menukarnya di tandas sekolah. Tujuanku bukan terus ke sekolah. Seperti biasa, Along akan menungguku di Pertama Kompleks. Hari ini dia tidak bekerja.
Setibanya di Pertama Kompleks, ku lihat beberapa rakanya telah ada di sana. Tentu aku mengenali mereka.Aku sekadar melihat mereka melangkah menuju ke bilik latihan. Bersungguh-seungguh Along kali ini.Recording telah di jalankan dengan jayanya. Biarpun habis lewat dalam pukul 8 malam.
Dalam kepala ku begitu ligat dengan apa yang bakal terjadi apabila tiba di rumah. Pasti ayah telah menanti dengan rotan di tangan.Pasti berbirat-birat badanku ini.Setibanya di rumah, yang ku jangka, ku hadapi jua. Begitu juga Along. Kami berdua sekadar mendiamkan diri sahaja.
Selang beberapa minggu, Along mendapat sepucuk surat dari Superfriends Entertainment. Along tersenyum lebar pada hari itu. Surat itu meminta Along hadir ke studio mereka.
" Gi lah Along, mana tahu jadik recording artis... " Seloroh ku.
" Ye lah tu.. Mana ade rupa..."
" Cuba jelah...Mana tahu ade rezeki kan..."
" Mungkin..Oklah Along pergi esok.." Kami berdua tersenyum sendirian. Mungkin usaha kami berdua tidak lah sia-sia.
**********************
Aku menunggu dengan penuh debaran. Dan akhirnya kelibat Along, menggembirakan aku. Namun dari riak wajahnya, dia ternyata murung. Aku menanti dengan penuh sabar apa yang ingin di ungkapkan nanti. Ku tunggu hingga dia membersihkan dirinya. Jelas wajah Along tidak begitu ceria bagaikan sesuatu yang mengganggu di benaknya.
"Kak... Sini jap.." Panggil Along.
Aku masuk ke biliknya.
" Nie hah diorg bagi..."Beritahu Along sambil menyerahkan cheque ke tangan ku. Tertulis RM2K.
" Ok lah tuh... "Balasku spontan.
" Ok. Memanglah amount tu banyak tapi... Kita yang buat lagu tu kan. Tapi nanti keluar album kat sesapa, penulis lirik dan lagu adalah orang lain... Macamana tuh.. Lagu kita lah Kak!!! Lagu kita!!" Keras suara Along kali ini.
" Akak mana lah tahu... Tak pe lah kita cuba lagi Along. Move on... Sok lusa mungkin masa kita pula nanti kan..."
Aku lihat Along membisu seribu bahasa.Aku tahu hatinya. Usaha yang kami lakukan hanyalah sia-sia.Aku tahu Along begitu kecewa dengan nasibnya. Bagi ku, itu semua takdir... Takdir dimana kami perlu lagi berusaha. Ternyata, usaha kedua dan ketiga kalinya tetap sama.
Aku masih menyimpan semua hasil usaha kami berdua. Mahu tidak mahu, ianya hanya sekadar kenangan yang tidak luput dari ingatan. Kenangan kami berdua bersama. Kenangan di mana betapa akrabnya kami pada waktu itu. Kini, aku hidup bersama kenangan lama. Harapanku hanya satu.. Supaya Along dapat meneruskan kehidupan biarpun kini dia meniti hari-hari yang tidak pasti.
Aku sebagai seorang adik, hanya sekadar mampu memberikan semangat agar dia terus meneruskan kehidupan ini dengan sempuna mungkin. Ini sajalah yang aku harapkan untuk Along. Moga dia tabah seperti arwah ibu yang sabar menghadapinya.
Maafkan IN Along.. Kalam ini hanya mampu di nukilkan untuk Along. Moga Along ceria bersama keluarga tercinta.. Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment