Clik For Money...TQ

Friday, November 9, 2012

~ Tak Tahu...~



  Kekadang bertanya pada diri...
  Mampukah aku menempuh segalanya berseorangan...
  Iya.. Biarpun hidup dia dah berkeluarga..
  Namun masih bergantung harapan kepadaku...
  Aku bukanlah insan yang sempurna...
  Apa tah lagi berkemampuan untuk menangung
  kepayahan mereka kini...
 
  Yang aku mahukan...
  Mereka perlu hidup lebih berdikari...
  Perlu mengorak langkah sendirian...
  Bukan berbangga pada diri...
  Segala kepayahan ku titipkan dalam diari hidupku...
  Segala kesulitan ku pendam sendirian...

  Kerna.. Bantuan yang ku pinta sering menghampakan...
  Iya.. Hampa...
  Bukan mengungkit tapi ini benar...
  Kadangkala... Ingin aku berlari jauh sebentar...
  Agar aku dapat menikmati kebahagiaan mahupun keperitan sendiri..
  Namun.. Tugasku bagaikan seorang pemuda mahupun seorang lelaki..
  Segala keperluan dan kehendak perlu dipenuhi...
  Segalanya ku dambakan untuk mereka...

  Tiada untungnya... Aku hanya mahu mereka sedar...
  Aku telah lelah kini...
  Tidak mampu ku tanggung beban sebgini sendirian lagi..
  Bukan kerana aku ego...
  Cuma.. Mereka tidak sedar akan kewujudan aku..




  Di kala mereka meniti BAHAGIA....

No comments: