Clik For Money...TQ

Monday, March 5, 2012

~ Dan sebenarnya...~



   27 Februari 2012. Cuti sebab ada appointment dengan Neurosurgeon  Specialist
   di PPUM.
   4 jam jadik pak pacak kat situ sampai adik IN mengamuk lah.
   Yang paling best, IN dibaling bagaikan bola ke sana ke sini.Oh sedehnya..
   Sekejap di hantar ke Blue team...
   Sekejep di hantar ke Red team...

  Sebenarnya dah naik malas nak follow up ngan PPUM..
  Apa yang telah berlaku 8 tahun dahulu sama sahaja....
  Tiada jawapan yang terbaik lagi..
  Masih dalam pemerhatian..
  Cyst masih di Pitutuari..
  Tapi.. Selepas 8 tahun..
  Ada pula cyst di mata.. Hurm.. Kata doktor perlu di lakukan MRI 2 kali setahun.
  Bertanya pada diri...
  Tanpa sebarang ubat.. Hanya dilakukan pemantauan.. Apa perbezaannya...
  Sama dan mendatar...

  28 Februari 2012 IN MC sebab demam pada malam Isnin. Mungkin terlalu lama menunggu..
 Sakit kepala tu menular sehingga IN demam..
 Tapi yang tak bestnya...
 Hampir seminggu demam teruk walaupun dah makan antibiotik yang di beri oleh doktor..
 3 kali berjumpa doktor tetap sama...
 Sehinggalah K. Cha mempelawa adik bersarapan di rumahnya.
 Hurm...
 Macam tak percaya... Nasik lemak yang K. Cha masak IN makan bertambah sebanyak 3 kali..
 Dan yang ajaibnya.. IN sihat seperti biasa..
 Mungkin.. IN memerlukan masakan homemade. Rindu pada masakan arwah mak...
 Yang selayaknya mampu masak seperti arwah emak.. Adik IN,K. Cha dan Auntie Jah.
 Tapi..  Mana mungkin untuk IN meminta...
 Kerana masing-masing terlalu sibuk dengan haluan masing-masing...

 Dan sebenar-benarnya... IN terlalu rindukan arwah emak.
 Tak sama pergi ke kubur..
 Tak mungkin sama dengan menatap wajahnya sahaja...
 Dan terlalu berbeza mak tiri dengan mak sendiri...
 Sekian...


 P/S: Al-Fatihah untuknya...

No comments: