Clik For Money...TQ

Tuesday, May 17, 2011

Muhasabah Diri...

  Perjalanan ke De Stadium mengambil masa dalam 1jam setengah dari Bandar Tasik Permaisuri.
Atul memandu kereta Vios berwarna hitam. Untuk seketikanya, masing-masing melayan perasaan mendengar Fly Fm . Tiada apa yang diungkapkan di ketika itu.
  Tiba-tiba.. Terlintas di fikiranku untuk bertanya sesuatu kepadanya..

  "Atul.. Masa ko dengan Nizam dulu... Hm.. Apa yang kau buat eh.. Bila dia bagitahu dia terpaksa kahwin dengan pilihan emaknya..."

  Atul memandang tepat ke arahku.
  "Ko fikirkan pasal Irwan ke?"
 
  Aku menganggukkan kepala sahaja.
 
  "IN... Is better kau pull out yourself..Memanglah sedih tapi aku tahu.. Kau tak boleh tipu diri kau..
  Kau sayangkan Irwan kan... Even dia nak kawin pun dia still contact ko... Ko ingat, bila dia dah kahwin dia tak cari ko... Kene ingat ko bukannya kain lap... Ya aku tahu ko sayang dia tapi.. Jangan ko menyakiti hati ko sendiri.. Bohonglah kalau kau tak kecewa tengok dia nak kahwin kan.." Nasihat Atul dengan panjang lebar.

  Aku sekadar mendiamkan diri sahaja. Benar katanya... Apa yang perlu aku lakukan...
  Hanya mampu melihat sahaja lah... Itu yang pasti..
  Harapan dengan pengorbanan..
  Tidak akan mungkin bercantum...
  Tidak juga akan menguntum tanpa sebarang penyesalan...

  Aku mengerti.. Kini aku berada di alam realiti... Pop kuiz sepanjang saat.. Examnya pula sepanjang hayat.. Cuma.. Sebagai insan.. Aku juga punya kelemahan... Aku juga ingin menyayangi dan disayangi.. Namun.. Tak mungkin aku mampu membohongi diri sendiri melihat Irwan bakal bernikah kelak. Ya.. Aku akui.. Ku perlu kuatkan hati ini agar tegar untuk menghadapi kekecewaan....

2 comments:

Unknown said...

hahahahadoiii...

I.N said...

wakakaka...