Itu yang berlaku malam semalam...
Meriah sungguh wall aku di FB.
Tipulah aku tak DOWN gara-gara IBNU di tukar kepada IBLIS...
Hina sangatkah nama Ibnu hingga di samakan dengan IBLIS sedangkan...
Org yang menaipnya itu sekadar manusia biasa sahaja...
Teringat konteks ini dari Entri Langit Ilahi..
"Adakah memaafkan itu menghalalkan perbuatan salah?
Bila kita memaafkan seorang pencuri, apakah kita menghalalkan tindakannya mencuri? Bila kita memaafkan seorang yang menganiayai kita, apakah kita menghalalkan tindakannya menganiayai kita?
Tidak. Perbuatan salah itu tetap salah.
Adakah memaafkan itu bermaksud tidak menegur?
Tidak. Kita tetap menegur.
Beza orang yang memaafkan menegur, dengan orang yang marah-marah menegur,
orang yang memaafkan itu lebih bersih tegurannya.
Dia tidak bersalut emosi yang melampau. Dia menegur memang betul-betul kerana dia faham
tanggungjawabnya untuk menegur.
Apakah memaafkan ini bermaksud kita tidak boleh marah?
Tidak. Kita boleh marah. Tetapi bagaimanakah marah yang sebenarnya?
Terbina di atas apakah kemarahan kita? Semestinya kita marah pun, mengikut neraca Allah SWT.
Memaafkan adalah untuk kita sebenarnya. Dengan memaafkan, bermakna kita sedang taat kepada Allah SWT. Memaafkan, bermakna kita sedang berusaha menjaga jiwa kita.
Syaitan, menjadikan amarah manusia, sebagai kuda tunggangannya."
Biar pun kalian terasa dengan segala apa yang dinukilkan didalam FB nya..
Ingatlah.. Maafkan perbuatannya.
Mungkin dia terlalu mentah untuk berfikir di ketika ini.
Mungkin usianya begitu bergetah untuk menguasai amarahnya..
Mungkin jua, dia seorang insan yg lemah seperti kita...
:)
1 comment:
ho ho ho... ouch!
Post a Comment