Clik For Money...TQ

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu


Ini arwah mak aku...Namanya Kalthum. Diagnos Breast Cancer since 1997. I Luv her very much. Stage 3 on 13th September 2004 for 2nd time(25 kali ) untuk Kimoterapi and 10 imes for radioterapi.
Breast Cancer merebak ke liver and directly to her bone. Chances to live only 6mth. Still remember when doctor said on 24th March 2005 Ampang Putri Hospital.Tapi arwah mak kuat,dia teruskan kehidupan dengan cara berubat kampung.
thanks to Julita Jamaluddin yg sudi bantu aku dalam mencari apa yg darul syifak nak dulu.Berubat dengan Ustaz Zawawi dan Ustaz Harun din sendiri.
Waktu arwah mak sakit, aku teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Marah dan lawan cakap dia. Dia pukul aku sebab terlalu nakal namun, bila aku tertido keletihan selepas menangis, arwah mak selalu belai aku. Cuma jangka masa yang singkat ni, giliran aku membelai arwah mak. Beza sangat. 25 tahun dia belai aku tapi aku sekadar membelai dia selama setahun ke 2 tahun sahaja.Akhirnya tanggal 28 julai 2005, dia pergi meninggalkan kami semua. Aku bersyukur sebab sempat menjaganya walaupun seketika cuma.
Apa yang aku nak nukilkan di sini...hargailah ibu anda semasa dia ada...Walau sejahat mana atau seburuk mana dia,itu antara dia dengan Allah. Kita sebagai anak,perlu menghargainya,memberi kasih sayang kepadanya bukan dari segi wang ringgit tapi masa untuk bersamanya. Ingatlah...Tanpa dia, tiada kita di dunia ini...Al-fatihah untuk semua ibu-ibu yang telah meninggal dunia.
Di kesempatan ini...Aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu pada viruspadu,Mama Ranggie dan sesiapa yang telah bergelar ibu di dunia ini.
Happy Mothers Day...